SHAH ALAM: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sembilan kematian baharu akibat COVID-19 menjadikan jumlah kematian berpunca daripada pandemik itu kini seramai 35,564 orang.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, daripada jumlah itu, lima kematian adalah di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian BID adalah sebanyak 7,528 orang.
Sementara itu, sebanyak 922 kes jangkitan baharu direkodkan setakat tengah malam Selasa.
Ketika ini sebanyak 31,833 kes aktif direkodkan dengan 30,821 individu atau 96.8 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah, manakala 14 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sejumlah 929 atau 2.9 peratus lagi dirawat di hospital dengan 69 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Daripada 69 pesakit yang ditempatkan di ICU, 46 memerlukan bantuan alat pernafasan.
Selain itu juga, sebanyak 5,520 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kes sembuh di negara ini adalah sebanyak 4,384,384.
* Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed May 04 2022

Sebanyak 929 atau 2.9 peratus pesakit COVID-19 dirawat di hospital dengan 69 pesakit ditempatkan di ICU. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.