SHAH ALAM: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengambil langkah proaktif dalam membendung peningkatan kes harian COVID-19 di negara ini.
Menurut Anwar, perkembangan jumlah kes harian yang melebihi lima angka amat membimbangkan terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi.
"Kita rasa kesal bila 10,000 kes, ini bukan nombor, tapi (bilangan) orang yang terlibat bila keluarga mereka sakit, mereka tertekan dan sebagainya serta anak-anak kita di sekolah," jelasnya ketika ditemui Astro AWANI dalam Majlis Apresiasi Sukarelawan Selangor (SERVE) 2022 di sini, pada Ahad.
BACA: [KEMAS KINI] Angka terus meningkat, 10,089 kes baharu COVID-19 hari ini, 14 kematian
BACA: Kes harian COVID-19 boleh cecah 15,000 dalam tempoh terdekat - Khairy
Dalam masa sama, Ahli Parlimen Port Dickson itu menggesa agar prosedur operasi standard (SOP) diberi keutamaan terutama ketika kempen PRN yang akan dijalankan kelak.
"Selain itu masyarakat dan rakyat, semasa kempen ini jagalah tak perlu salam... jangan salam, jaga jarak," katanya lagi.
Mengulas mengenai SOP PRN Johor yang akan diumumkan kelak, Anwar mengharapkan pihak berwajib memberi penekanan aspek sama rata dan tidak berat sebelah.
Memahami bahawa syarat-syarat ketat perlu dikenakan, namun, Anwar dalam masa sama meminta pertimbangan agar ruang yang sewajarnya diberikan kepada calon-calon yang ingin berkempen untuk PRN Johor.
"Nak ada pilihan raya, kemudian dia (kerajaan) ketat kan SOP, dia boleh kempen guna media, kita minum kopi. Ini politik apa macam ini?
"Bagi saya jangan guna ini (kuasa) untuk menekan kita (pembangkang)… jangan buat macam di Melaka.
"Bagi syarat-syarat macam dalam dewan, di luar, umpamanya di kawasan padang, dihadkan jumlah," kata Anwar lagi.
Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan SOP PRN Johor hampir selesai dirangka sebelum dibentangkan kepada pengurusan tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dimuktamadkan.
Jelas Khairy, SOP PRN Johor dijangka berbeza berbanding PRN Melaka dan Sarawak, ekoran penularan varian Omicron yang turut diambil kira.
Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh juga melontarkan cadangan agar KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi sedikit kelonggaran kepada calon berkempen dalam pilihan raya itu.
Ia termasuk kebenaran melakukan 'walkabout' calon bertemu pengundi khususnya 750,000 pengundi muda berusia 18 tahun yang bakal menunaikan tanggungjawab mereka dalam pilihan raya itu.
Fareez Azman
Sun Feb 06 2022
![COVID-19: Kes harian makin meningkat, Anwar gesa Khairy ambil langkah proaktif COVID-19: Kes harian makin meningkat, Anwar gesa Khairy ambil langkah proaktif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41644146330_TBANNUARIBRAHIM.jpg)
Menurut Anwar, perkembangan jumlah kes harian yang melebihi lima angka amat membimbangkan terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi. - Gambar Astro AWANI
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720932890_TBAhmadFadhlijp.jpg)
UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.
![Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681466737_TBMASHUP.jpg)
Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.
![Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674943400_HasniMohamad.jpg)
Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.
![Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15 Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51668519732_HasniMohamad.jpg)
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
![PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81667323391_TBmuhyiddin.jpg)
PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.
![PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81649688483_MenteriBesarSelang.jpg)
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
![Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61650963416_SPRMMDBrasuah.jpg)
Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.
![Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650721800_TBHasniMohamad.jpg)
Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.
![Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-09/41505729185_DatukTeeSiewKiong.jpg)
Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
![PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61646808551_TBTUNM.jpg)
PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.