PUTRAJAYA: Peningkatan kes harian COVID-19 di Selangor sejak kebelakangan ini adalah hasil aktiviti pengesanan dan ujian saringan secara aktif di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata sebanyak 25,005 saringan telah dijalankan pada 6 Julai berbanding 19,614 pada 5 Julai dan ujian saringan akan ditingkatkan dari semasa ke semasa.
"Semalam Selangor catat 4,400 kes dan 4,152 pada 8 Julai. Daripada data ini, kita akan melihat aktiviti pengesanan kontak dan ujian saringan yang lebih banyak di kawasan PKPD.
"Memang aktiviti kesihatan awam dan ujian saringan akan ditingkatkan apabila kawasan tersebut diisytiharkan PKPD," katanya.
Dr Adham berkata demikian dalam sidang media khas berhubung langkah kesiapsiagaan dan strategi Kementerian Kesihatan (KKM) mengurus pandemik COVID-19 di Lembah Klang, di sini hari ini.
Beliau berkata aktiviti pengesanan dan ujian saringan perlu giat dilaksanakan di kawasan PKPD untuk mengawal serta mengekang penularan COVID-19.
Semasa ujian saringan, individu yang dikenal pasti positif akan diasingkan dan diberi rawatan mengikut kategori jangkitan manakala bagi pesakit kategori empat dan lima, iaitu mempunyai gejala radang paru-paru, memerlukan bantuan pernafasan akan dihantar ke hospital untuk rawatan rapi.
Aktiviti pengesanan ini perlu dijalankan untuk mengesan individu yang tidak bergejala supaya dapat diasingkan daripada komuniti serta mengelakkan penularan terus berlaku.
"Inkubasi virus adalah selama 14 hari tetapi varian baharu ini boleh sampai 21 hari. Jadi 14 hari itu kita akan melihat peningkatan ujian saringan dibuat untuk mengesan, mencari dan saring," katanya.
Beliau berkata usaha membendung COVID-19 bukan sahaja dilihat daripada kes harian tetapi kadar vaksinasi kerana ia mampu mengurangkan kes kemasukan ke hospital dan kematian sekali gus dapat menyelamatkan lebih banyak nyawa.
Menurut, Dr Adham KKM juga membuat keputusan untuk melaksanakan proses vaksinasi di kawasan diisytiharkan PKPD di seluruh negara dan ia akan dilaksanakan selepas individu yang positif diasingkan daripada mereka yang tidak dijangkiti.
"Tempoh PKPD selama 14 hari, jadi dalam masa itu petugas akan buat saringan. Individu yang negatif akan diberi jadual untuk vaksinasi. Vaksinasi perlu diberi secepat mungkin selepas PKPD selesai," katanya menambah individu terbabit mungkin akan divaksin di kawasan masing-masing atau di pusat yang berhampiran dengan lokaliti terlibat.
Mengenai kesiapsiagaan KKM dalam pengurusan COVID-19, Dr Adham berkata usaha penyumberluaran pesakit bukan COVID-19 ke hospital swasta atau daerah sedang giat dilaksanakan dengan tujuan meningkatkan kapasiti katil COVID-19 di hospital awam di Lembah Klang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 10 2021
![COVID-19: Kes di Selangor meningkat susulan aktiviti pengesanan dan saringan aktif COVID-19: Kes di Selangor meningkat susulan aktiviti pengesanan dan saringan aktif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71623112223_vaksinasisarawak.jpg)
KKM membuat keputusan melaksanakan proses vaksinasi di kawasan diisytiharkan PKPD di seluruh negara selepas individu yang positif diasingkan daripada mereka yang tidak dijangkiti. - Gambar hiasan
![Ekonomi China teruskan momentum pemulihan Ekonomi China teruskan momentum pemulihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674060668_ChinaPopulation.jpg)
Ekonomi China teruskan momentum pemulihan
Ekonomi China meneruskan momentum pemulihan dan trend perkembangan ke arah baik dengan operasinya kekal stabil secara keseluruhannya pada separuh pertama tahun ini.
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721144143_TBBANGLADESHCAMPUS.jpg)
Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Abu Sayeed, seorang daripada penyelaras dan pelajar di Universiti Begum Rokeya di Rangpur utara, terbunuh semasa pertempuran dengan polis.
![28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan 28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721144906_TBMAPBANNU.jpg)
28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan
Tentera menuding jari kepada kumpulan Hafiz Gul Bahadur dari Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) yang diharamkan.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718630490_Smokerises.jpg)
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
![Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721142800_AirbusA.jpg)
Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![COVID-19: Kes di Selangor meningkat susulan aktiviti pengesanan dan saringan aktif COVID-19: Kes di Selangor meningkat susulan aktiviti pengesanan dan saringan aktif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71623112223_vaksinasisarawak.jpg)
COVID-19: Kes di Selangor meningkat susulan aktiviti pengesanan dan saringan aktif
Sebanyak 25,005 saringan dijalankan pada 6 Julai berbanding 19,614 pada 5 Julai dan ujian saringan akan ditingkatkan dari semasa ke semasa.
![COVID-19: Tempat kerja sempit punca penularan kluster di Sabah COVID-19: Tempat kerja sempit punca penularan kluster di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81623858080_MasidiManjun.jpg)
COVID-19: Tempat kerja sempit punca penularan kluster di Sabah
Kluster Pintas-Lingkudau melibatkan 10 kes kumulatif dicetus seorang eksekutif wanita berusia 34 tahun di syarikat bekalan elektrik di Keningau.
![Strain baharu COVID-19 dikesan di UK, sepuluh negara lain - Laporan Strain baharu COVID-19 dikesan di UK, sepuluh negara lain - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/51581583033_TBcoronavirus.jpg)
Strain baharu COVID-19 dikesan di UK, sepuluh negara lain - Laporan
Strain baharu ditemui melalui pengesanan genom di 11 negara: UK, Nigeria, Denmark, AS, Perancis, Belgium, Sepanyol, Kanada, Australia, Ghana, dan Jordan.
![COVID-19: Thailand perluas pengesanan kes aktif untuk kekang jangkitan dalam komuniti COVID-19: Thailand perluas pengesanan kes aktif untuk kekang jangkitan dalam komuniti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81608416710_thailand.jpg)
COVID-19: Thailand perluas pengesanan kes aktif untuk kekang jangkitan dalam komuniti
DDC telah memperluaskan langkah pengesanan kes aktif bagi COVID-19 di Bangkok dan 27 wilayah yang merekodkan lebih 50 kes dalam penularan terkini.
![COVID-19: Seorang kakitangan positif, Puspakom Kota Kinabalu ditutup COVID-19: Seorang kakitangan positif, Puspakom Kota Kinabalu ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-01/41484317990_PUSPAKOMGeneric.jpg)
COVID-19: Seorang kakitangan positif, Puspakom Kota Kinabalu ditutup
Proses pengesanan kontak rapat sedang dijalankan dan semua kakitangan Puspakom cawangan Kota Kinabalu akan menjalani ujian saringan COVID-19.
![COVID-19: Thailand tingkat pengesanan kontak selepas kanak-kanak Myanmar dikesan positif COVID-19: Thailand tingkat pengesanan kontak selepas kanak-kanak Myanmar dikesan positif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/61594983805_eopleinprotective.jpg)
COVID-19: Thailand tingkat pengesanan kontak selepas kanak-kanak Myanmar dikesan positif
Kanak-kanak berusia dua tahun itu dan ibunya meninggalkan Mae Sot di Wilayah Tak ke Myawaddy, Myanmar pada 4 Sept.
![Jujur, jangan sorok sejarah perjalanan atau kontak rapat! - KP Kesihatan Jujur, jangan sorok sejarah perjalanan atau kontak rapat! - KP Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/81583759973_DATUKDRNOORHISHAM.jpg)
Jujur, jangan sorok sejarah perjalanan atau kontak rapat! - KP Kesihatan
Adalah satu jenayah sekiranya orang awam atau pesakit tidak mendedahkan atau menyembunyikan maklumat.
![Australia, Malaysia, Indonesia cuba sistem pengesan pesawat terbaharu Australia, Malaysia, Indonesia cuba sistem pengesan pesawat terbaharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-03/71394945272_295x200.jpg)
Australia, Malaysia, Indonesia cuba sistem pengesan pesawat terbaharu
Australia pada Ahad dilapor sedang menjalankan ujian percubaan sebuah sistem yang dapat meningkatkan keberkesanan tahap pengesanan pesawat pada kedalaman yang lebih jauh di dasar lautan.