KOTA KINABALU:Kes baharu COVID-19 di Kota Kinabalu dijangka naik mendadak apabila keputusan ujian saringan di Penempatan Telipok dan Kampung Numbak di sini diperoleh dalam masa terdekat, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.
Masidi yang juga jurucakap rasmi COVID-19 Kerajaan Negeri Sabah berkata Jabatan Kesihatan Negeri Sabah masih membuat saringan COVID-19 di dua kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) itu yang mempunyai penduduk padat sekitar 21,000 orang.
"Kota Kinabalu mencatat kes baharu tertinggi COVID-19 hari ini dengan 109 kes daripada keseluruhan 346 kes seluruh negeri Sabah.
Sebanyak 36.71 peratus atau 127 kes baharu dari Kota Kinabalu, Lahad Datu, Sandakan dan Kudat yang berpunca dari saringan dibuat ke atas kontak rapat," katanya menerusi satu kenyataan.
Masidi berkata jumlah katil untuk merawat pesakit COVID-19 di negeri ini masih mencukupi kerana hanya 36.09 peratus daripada keseluruhan 6,576 katil digunakan.
"Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,007 katil, sementara di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko adalah sebanyak 5,569 katil," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 21 2020
Masidi berkata Jabatan Kesihatan Negeri Sabah masih membuat saringan COVID-19 di dua kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD). - Bernama
Madani tumpu cari persamaan, selesai pertelingkahan - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata berkata tumpuan Kerajaan Madani untuk mencari persamaan dan menyelesaikan pertelingkahan dengan sentiasa berunding.
#AWANInews
#AWANInews
MTL: Sistem amaran awal kurangkan risiko - TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sistem amaran awal dapat mengurangkan risiko bencana dengan memberitahu kumpulan berpotensi menghadapi banjir untuk berpindah lebih awal.
#AWANInews
#AWANInews
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso.
Liputan 5G capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk mencapai 82.1 peratus setakat akhir Oktober lalu.
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Sambutan Hari Malaysia 2024: Cabaran dihadapi cerminan perpaduan rakyat Malaysia
Sambutan Hari Malaysia 2024 akan diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah bermula jam 6 petang pada 16 September ini.
Serangan memerang: Operasi Taman Perdana Tanjung Aru ditutup serta-merta
Penutupan itu susulan insiden serangan kumpulan memerang terhadap orang awam yang sedang berjoging di taman itu pada Rabu.
Dua rentung dalam nahas tiga kenderaan
Identiti kedua-dua mangsa yang menaiki Perodua Axia dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, belum diketahui setakat ini.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.
51 rumah setinggan dirobohkan, enam warga asing ditahan dalam operasi di Kota Kinabalu
Pendatang yang ditahan berusia antara 25 dan 50 tahun, disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 51(c) Akta Imigresen 1959/63.
Gempa bumi Mindanao: Gegaran dirasai di Kota Kinabalu dan Tawau
Pasukan bomba turut melakukan pemantauan di daerah lain antaranya Ranau, lokasi Gunung Kinabalu, Penampang, Lahad Datu dan Sandakan.
Program Pengajaran Bahasa Inggeris: AS sedia adakan perkongsian dengan Malaysia - Duta
Amerika Syarikat sentiasa terbuka untuk membincangkan perkongsian dengan Malaysia bagi melaksanakan program pengajaran bahasa Inggeris.
Penerbangan bawa balik jenazah mendiang Joseph Kurup dibatalkan
Jenazah mendiang sepatutnya dibawa melalui penerbangan komersial dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu untuk upacara penghormatan terakhir.
Bomba Sabah padam lebih 3,900 hektar kebakaran terbuka
JBPM Sabah berjaya memadamkan kebakaran terbuka melibatkan luas kawasan lebih 3,900 hektar antara 1 Jan lepas hingga semalam.
Pelancong warga China lemas di Pulau Sapi
Seorang pelancong lelaki warganegara China meninggal dunia selepas dipercayai lemas di Pulau Sapi, semalam.