GEORGE TOWN:Kerajaan Pulau Pinang meluluskan peruntukan berjumlah RM115,984 sebagai bantuan bekalan makanan dan minuman kepada kakitangan Jabatan Penjara Negeri Pulau Pinang serta pasukan keselamatan lain yang bertugas di kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata ia meliputi penyediaan makanan dan minuman kepada kakitangan bertugas serta bakul makanan kepada keluarga kakitangan Jabatan Penjara Negeri Pulau Pinang.
"Peruntukan ini meliputi bakul makanan masing-masing bernilai RM100 kepada keluarga kakitangan Jabatan Penjara Pulau Pinang dan Pengkalan Perubatan kepada petugas-petugas perubatan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Penjara reman dan kuarters kediaman di daerah Timur Laut, Pulau Pinang dikenakan PKPD berkuat kuasa semalam (15 Okt) membabitkan 2,306 banduan, 304 petugas dan keluarga di kuarters kediaman. Turut terbabit 220 kakitangan penjara yang tidak menetap di dalam kuarters.
Dalam pada itu, Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang Mohamed Jusoh Ismail berkata semua ahli keluarga kakitangan Penjara Reman Pulau Pinang yang tinggal di kuarters berkenaan akan menjalani ujian saringan COVID-19 secara berperingkat bermula hari ini.
Sementara itu, kerajaan negeri Sabah turut menyalurkan bantuan bakul makanan kepada 1,900 ketua isi rumah di Felda Umas, Kalabakan yang dikenakan PKPD berkuat kuasa 13 hingga 26 Okt ini.
Pegawai Daerah Kalabakan Abdul Rashid Abdul Harun berkata pihaknya akan memastikan bantuan makanan tersebut sampai kepada kesemua penduduk.
Dalam pada itu, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Ahli Dewan Undangan Negeri Labuk, Samad Jambri juga menyampaikan bantuan peralatan perubatan dan keperluan seperti alat pengimbas suhu badan, alat penyukat tekanan darah dan cecair pembasmi kuman kepada petugas barisan hadapan di Hospital Beluran dan Ibu Pejabat Polis Daerah Beluran hari ini.
- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 16 2020
![COVID-19: Kerajaan P. Pinang, Sabah hulur bantuan di kawasan PKPD COVID-19: Kerajaan P. Pinang, Sabah hulur bantuan di kawasan PKPD](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51602411412_PenjaraReman.jpg)
Chow Kon Yeow berkata, peruntukan itu meliputi bakul makanan masing-masing bernilai RM100 kepada keluarga kakitangan Jabatan Penjara Pulau Pinang dan Pengkalan Perubatan kepada petugas-petugas perubatan. - Gambar fail/Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![COVID-19: Kerajaan P. Pinang, Sabah hulur bantuan di kawasan PKPD COVID-19: Kerajaan P. Pinang, Sabah hulur bantuan di kawasan PKPD](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51602411412_PenjaraReman.jpg)
COVID-19: Kerajaan P. Pinang, Sabah hulur bantuan di kawasan PKPD
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan peruntukan berjumlah RM115,984 sebagai bantuan bekalan makanan dan minuman kepada kakitangan Jabatan Penjara Negeri Pulau Pinang serta pasukan keselamatan lain.