Kerajaan akan menanggung kos pemberian diskaun bil elektrik sebanyak RM662 juta, yang mana kos diskaun bagi negeri Sarawak berjumlah RM122.5 juta dan Sabah RM37.5 juta, kata Menteri Tenaga dan Sumber Manusia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Kos ini akan ditampung oleh kerajaan melalui dana Kumpulan Wang Industri Elektrik bagi Semenanjung, manakala bagi Sabah dan Sarawak pula, kos pemberian diskaun akan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan, katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Diskaun elektrik sebanyak dua dan 15 peratus untuk tempoh enam bulan bermula April, 2020, yang diumum semasa Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 adalah sebahagian daripada bantuan untuk meringankan beban rakyat dalam keadaan ekonomi negara yang mencabar berikutan kesan penularan wabak COVID-19.
Shamsul Anuar berkata pemberian diskaun sebanyak 15 peratus kepada enam sektor perniagaan terpilih yang menguna pakai tarif perdagangan dijangka memberi impak pengurangan bil elektrik sebanyak RM40 juta untuk tempoh 6 bulan bagi Semenanjung, manakala bagi negeri Sabah, ia akan melibatkan kos sekitar RM20 juta dan negeri Sarawak dianggarkan RM8.5 juta.
Menurutnya, diskaun 15 peratus ini melibatkan 10 ribu pemilik akaun dari enam sektor iaitu pengendali hotel, agensi pengembaraan dan pelancongan, kompleks membeli-belah, pusat konvensyen, taman tema dan pejabat syarikat penerbangan tempatan.
"Bagi pengguna komersial, industri dan pertanian pula akan mendapat diskaun dua peratus.
"Ia dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1.6 juta pemegang akaun Tenaga Nasional Bhd (TNB) dengan penjimatan bil elektrik dianggarkan berjumlah RM370 juta bagi tempoh 6 bulan," katanya.
Bagi negeri Sabah, katanya, ia akan memberi manfaat kepada sekitar 99,322 pemilik akaun yang melibatkan anggaran kos sebanyak RM11.5 juta manakala bagi negeri Sarawak pula, ia melibatkan anggaran kos sebanyak RM107.2 juta untuk 100,000 pemilik akaun.
Pengguna domestik atau rumah kediaman pula akan menikmati penjimatan bil elektrik melalui pemberian diskaun dua peratus ke atas penggunaan elektrik bagi tempoh bermula 1 April sehingga 30 Sept, 2020.
"Ini bermakna rakyat akan menikmati diskaun dua peratus dalam tempoh tersebut sebagai tambahan kepada diskaun enam peratus yang telahpun dinikmati oleh pengguna domestik pada masa ini bagi tempoh 1 Jan sehingga 30 Jun, 2020," kata Shamsul Anuar.
Ia dijangka memberi anggaran penjimatan bil elektrik sebanyak RM92 juta kepada kira-kira 7.5 juta pemegang akaun TNB untuk tempoh 6 bulan.
Bagi Sabah, katanya, ia akan memberi manfaat kepada 520,378 pengguna domestik dengan kos dianggarkan sekitar RM5.7 juta manakala bagi Sarawak, ia akan memberi manfaat kepada 585,637 pengguna domestik dengan kos dianggarkan sekitar RM6.8 juta
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 19 2020
![COVID-19: Kerajaan akan tanggung kos diskaun elektrik sebanyak RM662 juta COVID-19: Kerajaan akan tanggung kos diskaun elektrik sebanyak RM662 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/41546564976_pecawangelektrik.jpg)
Bagi pengguna komersial, industri dan pertanian pula akan mendapat diskaun dua peratus, kata Shamsul. - Gambar fail
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128485_Uzbekistanflag.jpg)
ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan
Pinjaman itu bagi membantu Uzbekistan meningkatkan penjagaan pranatal untuk wanita hamil dan bayi mereka.
![Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721127722_NurFarahKartini.jpg)
Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
Kakak ipar mangsa Syeril Norsyuhada Suhaimi, 29, berkata mereka sekeluarga masih terkejut dan sedih atas kejadian yang menimpa Nur Farah Kartini.
![Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721125507_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata
Sultan Selangor Sultan kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata.
Enam MP kekal : Tak adil salahkan Speaker - Gobind
Mengenai keputusan mengekalkan enam kerusi Parlimen bekas ahli Bersatu, Gobind Singh Deo berkata tidak adil untuk salahkan Speaker buat keputusan yang diperuntukkan undang-undang.
![Tiada kenaikan tarif elektrik untuk semua pengguna sehingga hujung tahun - Petra Tiada kenaikan tarif elektrik untuk semua pengguna sehingga hujung tahun - Petra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719635157_TBtnb.jpg)
Tiada kenaikan tarif elektrik untuk semua pengguna sehingga hujung tahun - Petra
Kerajaan memutuskan tiada kenaikan tarif elektrik kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung Malaysia untuk tempoh Julai hingga Disember tahun ini.
![Bibik 'sakit jantung' tengok bil elektrik melambung Bibik 'sakit jantung' tengok bil elektrik melambung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715565301_seranganjantung.jpg)
Bibik 'sakit jantung' tengok bil elektrik melambung
Video berdurasi 20 saat yang dimuat naik di laman sosial, TikTok milik @Alyaninazirah, telah tular dan menjadi bualan ramai.
![Penggunaan elektrik sehingga 600 kWj, bil air tidak dikenakan cukai perkhidmatan - Ketua Setiausaha Perbendaharaan Penggunaan elektrik sehingga 600 kWj, bil air tidak dikenakan cukai perkhidmatan - Ketua Setiausaha Perbendaharaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700106396_DatukJohanMahmood.jpg)
Penggunaan elektrik sehingga 600 kWj, bil air tidak dikenakan cukai perkhidmatan - Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Lebih 80 peratus pengguna domestik yang penggunaan elektrik bulanannya sebanyak 600 kilowatt jam (kWj) dan ke bawah akan terus menikmati cukai perkhidmatan sifar bagi bil elektrik mereka.
![B40 tarik nafas lega pengumuman ST, mahu terus jimat elektrik B40 tarik nafas lega pengumuman ST, mahu terus jimat elektrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41656153064_pecawangelektrik.jpg)
B40 tarik nafas lega pengumuman ST, mahu terus jimat elektrik
Pengguna dengan bil elektrik bulanan bawah RM220 masih mendapat rebat dua sen/kwj seperti sediakala.
![Teknologi solar: Perlu kerjasama perbankan dan industri mudahkan rakyat guna solar Teknologi solar: Perlu kerjasama perbankan dan industri mudahkan rakyat guna solar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679376550_tarif.jpg)
Teknologi solar: Perlu kerjasama perbankan dan industri mudahkan rakyat guna solar
Pihak perbankan dan pemain industri solar dicadangkan menjalinkan kerjasama bagi memudahkan rakyat mendapatkan teknologi solar di negara ini.
![Cuaca panas, bil elektrik naik berganda Cuaca panas, bil elektrik naik berganda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51659580110_SelainAirFilter.jpg)
Cuaca panas, bil elektrik naik berganda
Bil elektrik meningkat kerana penggunaan kipas dan penyaman udara yang lebih kerap berbanding sebelum ini bagi meredakan bahang panas.
![Kerajaan komited laksanakan subsidi secara bersasar - Kementerian Kewangan Kerajaan komited laksanakan subsidi secara bersasar - Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-06/41465310555_KementerianKewangan.jpg)
Kerajaan komited laksanakan subsidi secara bersasar - Kementerian Kewangan
Kerajaan komited dalam melaksanakan pemberian subsidi secara bersasar bagi mengurangkan ketirisan, menurut Kementerian Kewangan.
![Curi identiti: TNB cari penyelesaian terbaik, kes sudah difailkan di mahkamah Curi identiti: TNB cari penyelesaian terbaik, kes sudah difailkan di mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81658559282_TenagaNasional.jpg)
Curi identiti: TNB cari penyelesaian terbaik, kes sudah difailkan di mahkamah
Kes berkenaan telah difailkan di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, yang menetapkan 26 Julai 2022 sebagai tarikh pengurusan kes.
![Jurutera bingung maklumat peribadi disalah guna buat akaun TNB Jurutera bingung maklumat peribadi disalah guna buat akaun TNB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81658452919_Juruterabingungma.jpg)
Jurutera bingung maklumat peribadi disalah guna buat akaun TNB
Pemilik premis menghantar surat saman kepadanya meminta dia melangsaikan hutang keseluruhan berjumlah RM379,850 sekiranya tidak mahu tindakan undang-undang diambil ke atasnya.
![Tarif asas elektrik bagi pengguna di Semenanjung kekal Tarif asas elektrik bagi pengguna di Semenanjung kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81656339815_tarif.jpg)
Tarif asas elektrik bagi pengguna di Semenanjung kekal
Jumlah keseluruhan peruntukan pemberian rebat dan kos surcaj ICPT yang ditanggung oleh kerajaan adalah sebanyak RM5.8 bilion.