Malaysia kembali merekodkan tiga digit kes positif harian COVID-19 apabila dalam tempoh 24 jam yang lalu dengan 277 kes baharu direkodkan.
Sementara kes penularan tempatan di kalangan warganegara Malaysia pula hanyalah empat kes.
Dalam masa sama, tiada sebarang kematian dicatatkan hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 277 kes baharu itu, sebanyak 270 kes merupakan bukan warganegara Malaysia dari Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil.
"270 kes di kalangan bukan warganegara adalah daripada Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, di mana ini merupakan sampel ulangan bagi Orang Kena Tahan (OKT) yang dikuarantin di depot tahanan ini.
"Mereka telah terdedah kepada kes positif sebelum ini. Manakala satu (1) kes bukan warganegara adalah saringan tapak pembinaan di Pudu," katanya dalam sidang media harian, di sini pada Khamis.
Angka baharu itu sekali gus menjadikan kes keseluruhan COVID-19 di negara ini adalah 8,247 kes.
Daripada jumlah itu, 1,573 kes merupakan kes aktif dan sedang mendapatkan rawatan.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata dalam tempoh sama 28 kes pulih dicatatkan, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah 6,559 kes.
Menjelaskan berkenaan kenaikan kes berkenaan, Dr Noor Hisham berkata saringan pertama COVID-19 melibatkan PATI di DTI Bukit Jalil didapati negatif disebabkan virus tersebut masih melalui proses inkubasi dalam badan mereka.
Jelasnya, selepas beberapa hari mereka berada di depot tersebut, ia dipercayai telah menjangkiti individu lain yang turut berada bersama mereka.
"Mungkin satu atau dua daripada mereka telah jalankan saringan tetapi mereka sedang melalui proses inkubasi.
"Jadi kami (KKM) percaya kemungkin sewaktu ujian dilakukan, ia berada dalam proses inkubasi, jadi keputusan negatif.
"Apabila mereka dimasukkan ke dalam DTI, mereka telah positif dan menjangkiti individu tahanan yang lain," katanya.
Antara perkara lain yang sedang dilihat KKM ketika ini adalah keadaan yang sesak di dalam sel DTI yang sesak sekaligus memudahkan berlakunya jangkitan.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Jun 04 2020
![COVID-19: Kembali tiga digit, 270 kes baharu adalah PATI COVID-19: Kembali tiga digit, 270 kes baharu adalah PATI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/71591262575_DatukDrNoorHisham.jpg)
Menurut Dr Noor Hisham, daripada 277 kes baharu itu, sebanyak 270 kes merupakan bukan warganegara Malaysia dari Depot Tahanan Imigresen, Bukit Jalil. - Gambar BERNAMA
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
![COVID-19: Kembali tiga digit, 270 kes baharu adalah PATI COVID-19: Kembali tiga digit, 270 kes baharu adalah PATI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/71591262575_DatukDrNoorHisham.jpg)
COVID-19: Kembali tiga digit, 270 kes baharu adalah PATI
Malaysia kembali merekodkan tiga digit kes positif harian COVID-19 apabila dalam tempoh 24 jam yang lalu dengan 277 kes baharu direkodkan.