KOTA KINABALU: Semua individu yang memasuki Sabah perlu menjalani ujian RT-PCR COVID-19 dalam tempoh lima hari sebelum melakukan perjalanan, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.
Beliau berkata hanya individu yang tidak bergejala dengan keputusan ujian negatif akan dibenar memasuki Sabah dan perlu menjalani kuarantin 14 hari mengikut ketetapan kerajaan negeri.
"Individu dari Sabah yang mahu ke Labuan pula perlu menjalani ujian RT-PCR COVID-19 dalam tempoh tiga hari sebelum masuk ke Labuan manakala individu dari Sabah yang mahu memasuki Sarawak dan Semenanjung tidak perlu menjalani ujian RT-PCR berdasarkan ketetapan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia," menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Masidi, yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19, berkata pergerakan rentas daerah bagi tujuan pergi dan balik ke tempat kerja adalah dibenarkan dengan syarat individu terbabit menunjukkan surat kebenaran majikan.
"Rentas daerah juga dibenarkan untuk tujuan mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, tujuan kembali ke universiti, pulang ke kediaman tetap setelah menjalani kuarantin, urusan mahkamah dan menghadiri temu duga kerja dengan menunjukkan dokumen yang berkaitan.
"Untuk tujuan lain seperti menziarahi kematian ahli keluarga terdekat, kecemasan dan pasangan jarak jauh pula perlu mendapatkan permit daripada pihak polis untuk merentas daerah," katanya.
Masidi juga berkata Sabah hari ini merekodkan satu kluster baharu iaitu Kluster Kalabakan Selatan di Kalabakan yang merupakan kluster tempat kerja melibatkan pekerja Ladang FGV Holdings Kalabakan Selatan.
"Kes indeks merupakan seorang lelaki berusia 55 tahun, yang juga pengurus ladang itu, disahkan positif COVID-19 hasil saringan bergejala di klinik swasta pada 20 Mei sebelum 21 lagi kes positif dikesan dalam kalangan kontak rapat, menjadikan jumlah kumulatif 22 kes setakat hari ini.
"Berdasarkan maklumat awal, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan ketika menziarahi rumah pekerja di kuarters Ladang FGV Holdings Kalabakan Selatan pada Aidilfitri," katanya.
Mengulas perkembangan COVID-19 di Sabah, beliau berkata sebanyak 266 kes baharu positif COVID-19 direkodkan di negeri itu hari ini, menjadikan jumlah kumulatif 60,828 kes manakala 89 pesakit telah sembuh menjadikan jumlah kumulatif pesakit sembuh di Sabah kini 58,887 orang.
Bernama
Tue May 25 2021

Masidi berkata hanya individu yang tidak bergejala dengan keputusan ujian negatif akan dibenar memasuki Sabah dan perlu menjalani kuarantin 14 hari mengikut ketetapan kerajaan negeri. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Dakwaan rasuah: Masidi Manjun tetap fokus jalankan tanggungjawab kepada rakyat
Masidi berkata beliau memilih untuk memberi fokus kepada tugasan dan tanggungjawabnya.

Masidi beri keterangan sukarela di SPRM
Masidi berkata, kunjungannya ke SPRM adalah untuk membantu siasatan serta tanda sokongonnya untuk membanteras rasuah di negeri ini.

'Saya tidak tahu mengenai wang RM300,000 kononnya diserahkan kepada pegawai saya' - Masidi
Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun memaklumkan tidak tahu menahu mengenai wang sebanyak RM300,000 yang didakwa diserahkan melalui pegawai khas beliau.

Tiada rancangan tutup operasi Sabah International Petroleum - Masidi
Kerajaan Sabah tidak merancang untuk menutup operasi Sabah International Petroleum (SIP) kerana ia kini bebas daripada hutang dan telah menjadi anak syarikat SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE).

DUN Sabah lulus RUU Perbekalan Tambahan, berjumlah lebih RM833 juta
Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan Tahun 2023 melibatkan peruntukkan RM833,019,462 diluluskan sebulat suara di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

Belanjawan 2023: Tingkatkan kecekapan pengurusan, kurangkan birokrasi - Masidi
Kerajaan Sabah menyarankan agar Kerajaan Pusat meningkatkan kecekapan pengurusan belanjawan yang diumumkan setiap tahun kepada negeri itu.

Hajiji pengerusikan mesyuarat kabinet pertama selepas rombakan Jemaah Menteri
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mempengerusikan mesyuarat Kabinet Negeri pertama pada Rabu selepas rombakan kabinet minggu lalu.

Tiada cerita politik Sabah, hanya bincang Persidangan Khas DUN - Masidi
Tiada isu lain yang dibincangkan dalam perjumpaan hari ini tetapi berbincang mengenai penyelarasan perjalanan Persidangan Khas DUN.

Politik Sabah: GRS adalah parti politik maka Hajiji ada parti - Masidi Manjun
Kenyataan mengelirukan mengenai dakwaan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor tidak berparti selepas meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merupakan kenyataan tidak berasas.

Politik Sabah: Dakwaan Bung terhadap Hajiji tidak benar - Masidi
Masidi berkata, tiada merit kepada dakwaan Bung Moktar bahawa Hajiji tidak mempunyai locus standi untuk menjadi Ketua Menteri Sabah.