Kumpulan yang menjalani kuarantin selama 14 hari di pusat pemantauan di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dekat sini, berpuas hati dengan layanan baik yang diberikan petugas yang terlibat.
Irwan Rustang, 36, seorang kakitangan sebuah syarikat perkapalan berkata, beliau bersyukur kerana layanan yang diterima sangat memuaskan ketika menjalani kuarantin setelah dibawa pulang dari Wuhan, China pada 4 Feb lepas menerusi misi bantuan kemanusiaan kerajaan Malaysia, susulan wabak koronavirus COVID-19 di negara itu.
Beliau turut menyampaikan penghargaan terhadap segala keperluan yang disediakan termasuk dalam soal penyediaan makan minum empat kali sehari iaitu sarapan, makan tengah hari, 'tea break' dan makan malam, di samping keperluan lain seperti bekalan susu, lampin pakai buang untuk anak dan juga pakaian.
"Semasa tempoh kuarantin, saya bersama keluarga memang tinggal di dalam bilik dan akan keluar sekiranya hendak ke bilik mencuci pakaian di sini. Saya berterima kasih kepada pihak pengurusan kerana menjaga kami dan menguruskan keperluan kami dengan baik," katanya.
Beliau adalah antara 107 individu merangkumi rakyat Malaysia dan ahli keluarga mereka yang dibawa pulang dengan penerbangan khas dari Wuhan pada 4 Feb lepas, yang pada Selasa dibenarkan untuk meninggalkan AKEPT selepas tamat tempoh kuarantin dan disahkan bebas daripada jangkitan COVID-19.
BACA: COVID-19: Dua rakyat Malaysia positif dan sedang dirawat di Jepun
Seorang lagi rakyat Malaysia yang berasal dari Kuala Lumpur, Ivy Sim, 40, turut melahirkan perasaan syukur kerana dapat kembali menjalani kehidupan normal setelah dibenar meninggalkan pusat pemantauan itu.
"Sepanjang proses kuarantin di sini, saya masih boleh berkomunikasi dengan keluarga menggunakan telefon. Kami dapat saling berhubungan, tapi mereka tidak boleh datang ke sini.
"Sepanjang berada di sini, layanan yang diberi sangat baik dan kami berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana cekap dan bagus dalam soal ini," katanya.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] COVID-19 Angka kematian terus meningkat
Berkongsi pandangan serupa, seorang ibu yang hanya mahu dikenali sebagai Wu, 20, berkata petugas di pusat pemantauan itu sangat membantu sepanjang tempoh kuarantin.
"Saya dikuarantin bersama dengan bayi lelaki berumur dua bulan, dan sering meminta beberapa barang untuk mereka, tapi petugas di pusat itu amat mengambil berat soal keperluan kami, sering memberikan kami lebih daripada apa yang diperlukan seperti lampin bayi, pakaian dan sebagainya," katanya.
"Saya amat berpuas hati dengan layanan yang diterima, dan saya rasa mereka yang bukan rakyat Malaysia yang dikuarantin di sini juga mempunyai pandangan yang serupa," tambahnya.
BACA: Koronavirus: 2 daripada 107 yang pulang tidak lepasi saringan kesihatan
Jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat sepanjang operasi di pusat pemantauan itu termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 18 2020

Sebuah keluarga pesakit di bawah pengawasan menunggu kenderaan tiba ketika proses keluar dari Pusat Pemantauan di AKEPT. --fotoBERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Malaysia seru negara D-8 bekerjasama perkasa belia melalui AKEPT
Zambry menekankan peranan penting institusi pengajian tinggi dalam membuka peluang dan mendorong pemerkasaan golongan belia.

UMP terbit kamus kompetensi pertama di Malaysia
Kamus berjudul 'Kamus Kompetensi AKEPT-UMP' itu mengambil masa hampir dua tahun untuk diterbitkan.

62 jemaah tabligh terkandas di India selamat tiba di KLIA
Seramai 62 jemaah tabligh yang terkandas di India sejak Mac lalu akibat pandemik COVID-19 selamat tiba di tanah air awal pagi Sabtu.

66 rakyat Malaysia pulang dari Wuhan negatif COVID-19 - Dr Noor Hisham
Saringan kesihatan melalui ujian pengesanan COVID-19 semasa ketibaan mendapati kesemua mereka negatif virus itu

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

COVID-19: Kuarantin berjaya, pasukan bertugas patuh prosedur klinikal
Penjagaan 107 orang di bawah pengawasan (PUS) di kawasan tertutup AKEPT mendapati tugasan dilaksanakan mengikut prosedur klinikal.

COVID-19: Individu dikuarantin puas hati dengan tahap layanan
Mereka adalah antara 107 individu merangkumi rakyat Malaysia dan ahli keluarga mereka yang dibawa pulang dari Wuhan pada 4 Feb lepas.