SHAH ALAM: Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bakal menerima tambahan dua lagi kontena daripada Kementerian Kesihatan (KKM) sebagai persediaan Jabatan Forensik di hospital berkenaan untuk mengendalikan kebarangkalian pertambahan jumlah mayat, susulan situasi wabak COVID-19 yang dihadapi Selangor ketika ini.
Pengarah HTAR Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata dengan tambahan kontena itu, HTAR memiliki empat kontena bagi menempatkan mayat termasuk satu kontena masing-masing disumbangkan oleh MIC pusat dan satu lagi milik sedia ada jabatan berkenaan yang boleh memuatkan 120 mayat.
"Dengan empat kontena tersebut dan ditambah lagi dengan kemudahan sedia ada di bilik menempatkan mayat serta jenazah di Jabatan Forensik, kita mampu menempatkan anggaran maksimum sekitar 150 mayat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mengulas berhubung keadaan mayat yang tidak dapat diuruskan dengan rapi di Jabatan Forensik hospital itu susulan kekurangan pegawai inspektor kanan (IK) untuk menguruskan mayat COVID-19, Dr Zulkarnain berkata perkara berkenaan akan diselesaikan secara berperingkat dengan bantuan dan aset daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Beliau berkata kerjasama tersebut adalah hasil perbincangan antara Ketua Setiausaha (KSU) KKM Datuk Mohd Shafiq Abdullah bersama pihak ATM.
Selain itu, Dr Zulkarnain berkata HTAR yang dijadikan sebagai Hospital Hibrid COVID-19 memaklumkan pihaknya masih menerima kes selain COVID-19 khususnya kes-kes kecemasan melibatkan kes kemalangan jalan raya dan sakit jantung.
"Kes tersebut kita masih terima dan HTAR juga ada merujuk kes kemalangan jalan raya dan sakit jantung kepada Hospital KPJ Selangor di Shah Alam dan KPJ Klang," katanya.
Menurutnya, melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang dibuat antara KKM dengan Hospital KPJ sejak Jun lepas, HTAR setakat ini sudah merujuk lebih kurang 20 pesakit yang memerlukan rawatan lanjut di dua hospital berkenaan.
"Kita akan buat ujian saringan COVID-19 terlebih dahulu sebelum pesakit dirujuk ke hospital berkenaan serta kos perbelanjaan pesakit juga ditanggung kerajaan," katanya.
Mengenai mobilisasi petugas perubatan dari luar Lembah Klang, beliau berkata setakat ini pihaknya sudah menerima 20 orang petugas kesihatan dari Perlis untuk membantu pengurusan di hospital terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 14 2021
Selain HTAR, beberapa hospital lain termasuk Hospital Sungai Buloh (gambar) turut menggunakan kontena bagi menampung bilangan kematian kes COVID-19. - Gambar fail
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
HTAR siasat dakwaan dawai ditinggalkan dalam saluran darah pesakit
HTAR memberi jaminan bahawa setiap aduan akan disiasat secara telus dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan tanpa mengabaikan hak-hak pelanggan.
Polis sahkan penemuan rangka manusia disimen dalam kolah
Polis mengesahkan penemuan satu rangka manusia dalam keadaan disimen di dalam sebuah kolah di sebuah rumah di Kampung Pandamaran di sini, semalam.
Pesawat terhempas di Elmina: Waris tiba di HTAR untuk pengecaman mayat
Waris-waris mangsa berhimpun di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Pesawat terhempas di Elmina: Kenderaan bawa mayat mangsa tiba di HTAR
Waris hanya menunggu di laluan masuk kerana mereka tidak dibenarkan masuk ke pekarangan Jabatan Forensik ketika proses menurunkan jenazah.
Pesawat terhempas Elmina: 10 mayat, 5 bungkusan cebisan dibawa keluar
Sebanyak 10 mayat yang terlibat dengan nahas pesawat terhempas berhampiran kawasan kediaman Elmina telah dibawa keluar dari lokasi kejadian.
KKM tunggu laporan siasatan polis kes kematian kanak-kanak 10 tahun di HTAR
KKM masih menunggu laporan siasatan polis berhubung kes kematian kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun didakwa akibat kecuaian di sebuah hospital kerajaan di Klang, Selangor baru-baru ini.
HTAR siasat kematian kanak-kanak 10 tahun
Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang akan menjalankan siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ketika mendapatkan rawatan.
Hospital Klang: Menteri Kesihatan buat lawatan mengejut, mahu tangani isu pesakit tunggu lama
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata KKM akan memperkukuh segala inisiatif yang telah dilaksanakan HTAR Klang sebelum ini bagi keselesaan pesakit.
Vaksin cacar monyet hanya akan diusulkan jika ada keperluan- Pakar penyakit berjangkit
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hanya akan mengusulkan cadangan mendapatkan vaksin cacar monyet jika terdapat keperluan pada masa akan datang.
KKM sedia maklumkan hasil siasatan kematian pesakit COVID-19 di HTAR
Kementerian Kesihatan (KKM) akan menghubungi waris pesakit wanita yang meninggal dunia akibat COVID-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang tahun lepas bagi memaklumkan hasil siasatan susul