KUANTAN: Rakyat Pahang diminta tidak menjadi punca kepada kewujudan kluster baharu jangkitan COVID-19.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ini kerana terdapat jangkitan COVID-19 iaitu kluster mini membabitkan wad lelaki di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh yang berpunca daripada seorang penjaga pesakit yang bergejala.
"Saya berasa sedih dengan laporan diterima. Jadi saya merayu kepada ahli keluarga yang mahu menjaga atau menemani ahli keluarga lain yang sedang dirawat di hospital, supaya mengelakkan diri daripada berbuat demikian terutama mereka yang bergejala seperti batuk dan demam.
“Ini penting agar kita dapat mengelakkan diri daripada menjadi punca kepada kewujudan kluster-kluster baharu apatah lagi membabitkan kemudahan kesihatan awam yang penting seperti hospital,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, susulan kejadian itu, pembersihan terminal telah dibuat di wad berkenaan selain ditutup bagi kemasukan pesakit baharu.
Sebelum itu, Wan Rosdy memaklumkan penjaga pesakit yang dimaksudkan didapati mempunyai kaitan dengan kes positif COVID-19 di Rancangan Tanah Felda Jengka 7, Maran atau dikenali Kluster Rantau Kenanga.
Ujarnya, pada Sabtu, seramai 23 individu telah disahkan positif dari wad tersebut membabitkan sembilan petugas kesihatan, 12 pesakit dan dua penjaga pesakit.
“Ia termasuk dua kematian iaitu pesakit yang dijagai oleh penjaga bergejala berkenaan iaitu pesakit berusia 71 tahun yang merupakan ayah kepada penjaga terbabit, meninggal dunia pada 9 Jun dan seorang lagi meninggal dunia pada 8 Jun,” katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Elak diri jadi punca kluster Covid-19: MB Pahang
Sinar Harian
Sun Jun 13 2021
WAN ROSDY: Saya merayu kepada ahli keluarga yang mahu menjaga atau menemani ahli keluarga lain yang sedang dirawat di hospital, supaya mengelakkan diri daripada berbuat demikian. -Gambar fail
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Pahang pandang serius isu GISB, tiada kompromi ajaran langgar akidah dan syariah
Kerajaan negeri serah sepenuhnya kepada pihak berkuasa, berhubung tindakan penguatkuasaan dan siasatan terhadap individu serta premis GISB.
Lima ADUN lantikan Pahang angkat sumpah
Majlis angkat sumpah diadakan di hadapan Speaker DUN Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dengan disaksikan Wan Rosdy dan ADUN lain.
Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67
Seramai 4,145 peserta dan 563 kenderaan daripada 111 kontinjen memeriahkan acara perbarisan dan perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Pahang itu.
MB Pahang nafi dakwaan Tanah Rizab Melayu semakin berkurang
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini menafikan dakwaan Tanah Rizab Melayu di negeri itu semakin berkurangan.
Pahang bakal negeri pertama miliki kemudahan industri maritim lengkap
Projek melibatkan kos RM2.1 bilion itu akan jadi pusat utama dalam bidang maritim, menyokong pelbagai aktiviti perdagangan dan industri.
Pengunaan media sosial tidak terkawal, risiko jejas nikmat perpaduan
Menjadi tanggungjawab semua untuk tidak menggunakan platform berkenaan bagi menyebarkan sebarang bentuk komen sensitif berbaur perkauman.
MB Pahang Wan Rosdy kembali bertugas
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kembali memulakan tugas rasmi di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
MB Pahang dibenar keluar IJN
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dibenarkan pulang ke rumah hari ini selepas menjalani prosedur pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak 7 Jun lepas.
TPM Ahmad Zahid ziarah Wan Rosdy di IJN
Ahmad Zahid berkata keadaan Wan Rosdy semakin pulih selepas menjalani pembedahan.
PM Anwar ziarah Wan Rosdy di IJN
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menziarahi Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).