KUALA LUMPUR: Dua lagi kit ujian kendiri COVID-19 mendapat kelulusan bersyarat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) pada Jumaat.
Ini menjadikan kesemuanya lima jenis kit ujian kendiri COVID-19 mendapat kelulusan bersyarat MDA setakat ini.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman Facebook beliau malam tadi.
Menurutnya, daripada lima jenis kit ujian kendiri itu, tiga dikilangkan di China, satu di Korea dan satu di Malaysia.
Dengan kelulusan MDA, ia sekali gus membolehkan set ujian kendiri itu diimport dan diedarkan dalam negara.
Dr Noor Hisham menjelaskan, lima kit ujian kendiri COVID-19 yang mendapat kelulusan bersyarat itu kini boleh dijual untuk kegunaan orang awam.
Jelasnya, seperti kit yang terdahulu, dua yang terbaharu turut menggunakan sampel saliva atau air liur untuk melaksanakan saringan COVID-19.
Menurut kenyataan di portal MDA, kelulusan bersyarat bagi lima kit ujian kendiri COVID-19 itu diputuskan secara konsensus oleh jawatankuasa Pakar Kit Ujian COVID-19.
Kelulusan itu diberi berdasarkan bukti prestasi klinikal dan analitikal yang dilaporkan pengilang, penilaian hasil ujian daripada fasiliti ujian selaras kriteria jawatankuasa, serta dokumen sokongan Kelulusan Bersyarat Kit Ujian IVD COVID-19.
BACA: Keputusan ujian kit kendiri perlu dilapor dalam MySejahtera - Dr Adham
Pada 18 Julai, KKM menerusi MDA mengeluarkan senarai dua kit ujian kendiri COVID-19 yang telah mendapat kelulusan bersyarat untuk diimport dan diedarkan di dalam negara.
Ia dinamakan Salixium COVID-19 Rapid Antigen Rapid Test (Saliva/Nasal Swab Samples) yang dibuat Reszon Diagnostic International Sdn Bhd Malaysia dan Gmate COVID-19 Ag Saliva For Home Use oleh Philosys Co Ltd, Korea.
Pada 22 Julai, Dr Noor Hisham mengumumkan satu lagi kit ujian kendiri COVID-19 yang diberi kelulusan bersyarat MDA, iaitu Beright COVID-19 Antigen Rapid Test Device (Oral Fluid) yang dibuat Hangzhou Alltest Biotech Co Ltd.
Dua yang terbaharu juga dikilangkan Hangzhou Alltest Biotech Co Ltd di Zheijang, China, iaitu ALLTest COVID-19 Antigen Rapid Test dan JusChek COVID-19 Antigen Rapid Test.
Hafizi Rosli
Sat Jul 24 2021
Seorang pengguna menggunakan kit ujian air liur di rumahnya untuk saringan kendiri COVID-19, yang telah berada di pasaran, ketika tinjauan fotoBERNAMA di sekitar Seksyen 2 Wangsa Maju, Kuala Lumpur, 23 Julai, 2021. --fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Tarian mencolok mata, penganjur dikompaun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir kembali landa Raub, Lipis
Dua kampung terjejas di Lipis adalah Kampung Beletik dan Kampung Lubuk Kulit, dengan 18 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di dua PPS.
PBB rayu bantuan segera untuk hospital di utara Gaza
Rayuan itu dibuat pada Selasa, membabitkan bekalan makanan dan air yang sangat diperlukan, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA).
Polis tempatkan 40 anggota pastikan kelancaran hukuman sebat
Azli berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu atau kumpulan yang cuba mencetuskan provokasi kepada petugas atau pesalah.
Reaktor Iron Man akan dibina di AS menggunakan pelakuran nuklear
Reaktor ARC akan dibina di Virginia, Amerika Syarikat (AS) bagi membekalkan tenaga elektrik bersih hampir tanpa had.
Bayi dihanyut ombak tsunami jadi detik mendebarkan sehingga saat ini
Mengimbau detik itu, ibu Thulaashi, Annalmary berkata dia sedang berpantang ketika kejadian dan ombak tsunami menerjah kafe yang diusahakan bersama suaminya Suppiah.
Tiga maut dalam insiden tembak di pembukaan hospital Haiti
Tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera pada Selasa apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan wartawan sebelum sidang akhbar kerajaan pembukaan semula hospital awam terbesar di Haiti.
Mogok pekerja: lebih 300 kedai Starbucks di A.S mogok, libat 5,000 pekerja
Mogok pekerja Starbucks di Amerika Syarikat dijangka meluas ke lebih 300 kedai pada Selasa, dengan lebih 5,000 pekerja dijangka mogok lima hari dan berakhir pada malam Krismas.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Tujuh mangsa masih dirawat, dua di ICU
Datuk Ngwe Hee Sem berkata, dua daripada mereka masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.
Gagal yakin penaja punca sukar dapat tajaan - Hannah
Beliau berkata kegagalan itu antaranya berpunca daripada cadangan yang dihantar kepada pihak berkenaan turut memasukkan perkara-perkara tidak perlu.
KKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Penjual dan pengedar produk berkenaan perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas
Kes baharu naik 5.2% (1,367 kepada 1,438 kes), kes sembuh turun 8.8% (1,497 kepada 1,365), kes kematian naik 300% (dua kepada lapan).
Kes denggi meningkat minggu lepas - KKM
Sepanjang tempoh tersebut 2,149 kes demam denggi dilaporkan, meningkat sebanyak 182 kes atau 9.3 peratus.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus
Tiada perubahan dari segi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 6/2023, berbanding ME 5/2023, bagi katil bukan kritikal.
Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali
Malaysia dilantik ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021.
Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
Genap tiga tahun negara 'diserang' COVID-19
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merakamkan penghargaan kepada kesemua staf barisan hadapan yang bertungkus-lumus sejak kes pertama dilaporkan.
KKM arah premis ditutup 14 hari berikutan insiden tikus 'jamah' ayam
Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media memberitahu, lokasi kejadian dikenal pasti di Pandan Indah, Kuala Lumpur.
Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia
KKM menerusi NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian ini.
Laporan kesihatan Najib: KKM terikat etika kerahsiaan pesakit - Dr Noor Hisham
Laporan kesihatan Najib hanya boleh dikemukakan kepada mahkamah sekiranya diarahkan oleh badan perundangan itu.