KUCHING: Dua kluster baharu COVID-19 melibatkan rumah panjang dikesan di Sarawak pada Ahad, masing-masing satu di Tatau dan Meradong menjadikan jumlah kluster aktif di negeri ini kepada 97.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Kluster Sungai Entajum merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah sebuah rumah panjang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sungai Entajum, Sangan di Tatau.
"Sejumlah 112 individu disaring dan 41 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks manakala 71 kes masih menunggu keputusan makmal," menurut JPBN.
Satu lagi kluster iaitu Kluster Sungai Pelepak juga merupakan kluster komuniti yang berpunca daripada sebuah rumah panjang di bawah pelaksanaan PKPD di Sungai Pelepak, Batu 5, Jalan KJD di Meradong.
"Sejumlah 163 individu disaring dan 26 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks manakala 61 kes negatif dan 76 kes masih menunggu keputusan makmal," menurut JPBN.
Sementara itu, JPBN memutuskan akan melanjutkan tempoh tiga PKPD di Sri Aman iaitu Rumah Panjang (Rh) Majeng, Kampung Po Ai; Rh Kedeni, Kampung Batu Besai; dan Rh Mengga, Kampung Batu Besai sehingga 11 Julai ini susulan penularan COVID-19 yang belum dapat dikawal sepenuhnya di kawasan itu.
Secara keseluruhan, terdapat 365 kes baharu COVID-19 dicatat di Sarawak hari ini dengan 218 kes daripadanya dikesan di Kuching, Sibu, Tatau, Saratok dan Meradong selain satu kematian baharu dilaporkan akibat jangkitan wabak itu menjadikan jumlah korban meningkat kepada 419 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 04 2021
Dua kluster baharu COVID-19 melibatkan rumah panjang dikesan di Sarawak masing-masing satu di Tatau dan Meradong. - Gambar hiasan/BERNAMA
Pekebun boleh kemuka tuntutan akibat serangan haiwan liar
Pekebun yang mengalami kerugian hasil tanaman akibat ancaman haiwan liar boleh mengemukakan tuntutan pampasan terhadap kerosakan yang berlaku.
AWANI Ringkas: GISB Holdings | Kes tembakan di Song | PR1MA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki rugi RM224,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga tempatan berputih mata apabila kerugian RM224,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi WhastApp.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 5 Oktober 2024
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
Serangan gajah: Perhilitan terus pantau Kampung Basung
Perhilitan Terengganu akan meneruskan pemantauan di Kampung Basung di Kuala Berang bagi mengesan gajah liar yang menyebabkan kematian warga emas hari ini.
Ekonomi penjagaan berpotensi hasil pendapatan baharu untuk negeri - Saarani
Kerajaan Perak melihat potensi ekonomi penjagaan sebagai satu daripada pendapatan baharu yang berdaya maju untuk negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Polis tahan pegawai tentera kerana cabul kakitangan bawahan
Seorang pegawai tentera ditahan kerana disyaki mencabul kakitangan bawahannya sebanyak beberapa kali di sebuah premis kerajaan di Kok Lanas, Kota Bharu.
ATM lakukan siasatan penuh insiden di Wisma Transit
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan siasatan penuh berkenaan insiden kekecohan yang berlaku di Wisma Transit, Kuala Lumpur membabitkan warga Palestin baru-baru ini.
JKNK akan dapatkan bantuan negeri lain jika berlaku banjir luar jangka
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan mendapatkan bantuan khidmat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dari negeri lain sekiranya mengalami banjir luar jangka tahun ini.
PR1MA: Projek sakit dijangka siap menjelang hujung tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi jaminan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang dikategorikan sebagai ‘projek sakit’ atau bermasalah di seluruh negara akan disiapkan menjelang hujung tahun ini.
Rai ulang tahun ke-125, alumni Convent Bukit Nanas anjur majlis makan malam 2 November
Sejak pandemik COVID-19 bermula, Persatuan Alumni Convent Bukit Nanas (CBN) memulakan inisiatif memberi sokongan kepada pelajar terkesan dengan melancarkan program bantuan untuk pelajar B40.
Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya dengan firma dalam KEIND untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.
COVID-19 jejas kemajuan dalam mengurangi kemiskinan - KRI
Kemiskinan mutlak meningkat dari 2019 hingga 2022, terutamanya dalam kalangan isi rumah bandar, menokok kepada 4.5 peratus menjelang 2022 berbanding hanya 3.8 peratus pada 2019.
Invest Malaysia Iskandar 2024: Gerbang pertumbuhan ekonomi Asia Tenggara
Menjelang Invest Malaysia Iskandar 2024 esok, jangkaan semakin meningkat untuk acara penting ini yang telah meletakkan kedudukannya sebagai platform utama dalam membentuk masa depan pelaburan.
Perintah Mahkamah Majistret halang Siti Kasim daripada perhimpunan 2022 adalah sah
Hakim memutuskan perintah itu dikeluarkan untuk mengawal atau mencegah penyebaran virus COVID-19 pada masa itu.
Amazon arahkan pekerja kembali bekerja di pejabat lima hari seminggu
Pekerja Amazon diarah kembali bekerja sepenuh masa di pejabat, dengan menekankan kepentingan bekerja secara bersemuka.
Makanan tradisional Bajau Seri Semporna ubati kerinduan perantau
Meskipun nasib tidak menyebelahi Azreena apabila terpaksa menutup restoran ketika musim pandemik, setahun kemudian mereka mampu bangkit kembali.
Pesta Air Kuala Perlis medium rapatkan hubungan masyarakat
Pesta Air Kuala Perlis antara acara tradisi di Perlis sejak tahun 50-an, kini kembali selepas kali terakhir dianjurkan pada 2019.
MyPELINDUNG 2024: Jamin kehidupan selamat bersama COVID-19
Kempen MyPELINDUNG 2024 terus membantu rakyat Malaysia untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu.
Konsulat Malaysia di Pontianak anjur majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67
Konsulat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat mengadakan majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67 pada malam Sabtu yang dihadiri 300 tetamu termasuk Pemangku Gabenor Kalimantan Barat, Harisson dan iste