DUNGUN: Tindakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang memproses tuntutan faedah berkaitan kes COVID-19 di bawah kategori Penyakit Khidmat bermula 1 April lepas, dibuat memandangkan Malaysia kini telah beralih ke fasa endemik.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata tuntutan faedah berkaitan kes COVID-19 yang sebelum ini dikategorikan sebagai tuntutan pekerja Orang Berinsurans (OB) merupakan inisiatif Perkeso untuk bersama-sama kerajaan membantu rakyat menghadapi kesan penularan wabak tersebut.
"Kalau ikutkan dalam perjanjian semasa kita menjadi ahli Perkeso tidak ada perkataan yang kita nak bagi kepada (pekerja dijangkiti) COVID-19 sebab siapa pun tidak menjangkakan wabak ini, bukan setakat Malaysia malah seluruh dunia.
"Kita cuba bantu rakyat dengan tambah satu bantuan prihatin ini jadi ia tidak akan berkekalan la. Ia atas inisiatif Perkeso," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara UiTM Cawangan Terengganu bersama Chefonic Kitchen Equipment Sdn Bhd dan Amni Food Industries Sdn Bhd di sini hari ini.
Awang berkata tuntutan faedah berkaitan kes COVID-19 yang sebelum ini dikategorikan sebagai tuntutan pekerja Orang Berinsurans (OB) adalah bagi membantu golongan pekerja yang dijangkiti COVID-19 memandangkan semua pihak termasuk majikan dan pekerja di kebanyakan sektor terkesan dengan penularan wabak tersebut.
BACA: Tuntutan faedah kes COVID-19 diproses di bawah kategori Penyakit Khidmat - Perkeso
Perkeso dalam kenyataan sebelum ini berkata bermula 1 April, pertubuhan tersebut akan memproses tuntutan faedah berkaitan kes COVID-19, di bawah kategori Penyakit Khidmat.
Pada majlis tersebut, Awang turut mengadakan lawatan ke tapak pertandingan WorldSkills Malaysia (Belia) 2022 dan WorldSkills Malaysia (Pengajar) 2022 di UiTM Cawangan Dungun.
Kedua-dua pertandingan tersebut disertai oleh pelajar dan pengajar dari pelbagai universiti di negara ini dan diadakan selama empat hari bermula Sabtu (28 Mei).
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 30 2022

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim pada sidang media selepas Majlis Menandatangani MoU antara UiTM Cawangan Terengganu dan syarikat swasta berkaitan penyediaan makanan serta kulinari di UiTM Kampus Dungun hari ini. - Foto BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Lebih 66,000 kes bencana kerja dilaporkan Perkeso pada 2024 - Abdul Rahman
Kes kemalangan semasa perjalanan meningkat sedikit kepada 33,638 kes pada 2024, berbanding 33,181 kes pada tahun sebelumnya.

Lebih 19,000 pencarum dapat manfaat kemudahan dialisis Perkeso - Sim
Peruntukan lebih RM400 juta disediakan bagi rawatan dialisis di pusat dialisis yang disediakan Perkeso sepanjang tahun lepas.

Waris kru kapal maut di perairan Bangladesh layak terima faedah Perkeso
Hasil semakan mendapati kru kapal MTT Sapangar itu adalah pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 2011.

Pemandu e-hailing cedera dalam kejadian pokok tumbang terima faedah Perkeso
Pemandu e-hailing yang cedera dalam kejadian itu menerima bayaran faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pencen penakat bantu ringankan beban ibu tunggal besarkan anak
"Pencen yang diterima ini amat bermakna buat saya untuk meneruskan kehidupan membesarkan empat lagi anak yang masih bersekolah."

Kesedaran golongan belia terlibat dalam e-panggilan untuk mencarum akan dipertingkat
Adam Adli berkata pihaknya telah memulakan kempen mencarum sejak tahun lepas bagi memberi perlindungan buat diri sendiri dan keluarga mereka.

Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.

Perkeso perlu sentiasa perbaharui dasar selaras perkembangan semasa
Perkara itu disampaikan Menteri Sumber Manusia yang baharu Steven Sim Chee Keong, ketika ke melawat Menara Perkeso, Jalan Ampang pada Khamis.

Warga emas buat tuntutan palsu Perkeso untuk dapat pencen ilat dihadap ke mahkamah
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Selayang pada Selasa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.

Keluarga pemandu bas ekspres maut kemalangan ketika Aidilfitri terbela
Keluarga mangsa menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 yang disampaikan oleh Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.