IPOH: Semua pihak diingatkan untuk bersama-sama mengambil pelbagai langkah pencegahan dalam menangani lonjakan baharu kes COVID-19.
Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menerusi teks khutbah Jumaat berkata, saranan itu dibuat susulan kebimbangan tentang kemungkinan akan berlaku lonjakan semula wabak berkenaan ekoran peningkatan mendadak kes yang meledak di China dengan munculnya varian baharu.
“(Semua pihak diingatkan untuk) mengambil langkah-langkah pencegahan yang berkesan (dalam) menangani lonjakan baharu virus Covid-19, agar rakyat tidak perlu melalui perintah berkurung sekali lagi,
“Sementara itu, ummah pula hendaklah senantiasa berwaspada (dengan) tidak mengabaikan amalan- amalan kesihatan yang disarankan (Kementerian Kesihatan) untuk dipatuhi,” katanya.
Teks khutbah Jumaat yang bertajuk ‘Menghadapi cabaran tahun 2023’ yang disediakan JAIPk itu dibacakan di semua masjid serta surau diri Jumaat seluruh Perak, hari ini.
Selain itu, teks berkenaan turut mengingatkan agar umat Islam di negara ini dapat sama-sama berusaha untuk membantu menurunkan harga dan menjamin bekalan bahan makanan.
“Jawatankuasa masjid diseru berperanan aktif menggalakkan ahli-ahli kariah memulakan budaya pertanian kecil dengan menanam sayur-sayuran di kediaman masing-masing.
“Gantikan pokok-pokok bunga di pasu-pasu dengan pokok-pokok terung, tomato, kacang bendi, cili, bayam, sawi dan kangkung.
“Di samping itu, mula memperkenalkan dalam keluarga bahan makanan gantian sumber protein seperti tempe, kacang dal dan soya.
“Mulakan budaya berhemah dan sederhana ketika berbelanja. Terapkan sikap berjimat cermat dan mengelak pembaziran, serta bijak membezakan antara keperluan dan kemahuan,” katanya lagi.
Pada masa sama, teks khutbah Jumaat itu turut menzahirkan kebimbangan akan ancaman ketenteraman awam ekoran jika masih ada pihak yang memainkan isu agama dan perkauman walaupun tempoh Pilihan Raya Umum telah berakhir.
JAIPk mengingatkan agar suara yang masih mahu mengapi-apikan persengketaan antara rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini untuk ditolak semua pihak.
“Sebaliknya hendaklah dipupuk semangat bekerjasama, saling memahami dan saling menghormati antara rakyat pelbagai kaum dan berbilang agama untuk menjadi warga Malaysia yang teguh bersatu serta, memakmurkan negara kita,” ujar teks itu lagi.
Turut diingatkan agar kerajaan yang baharu ketika ini untuk tidak mengulangi sebarang amalan yang tidak disenangi rakyat seperti pembaziran, penyalahgunaan khazanah negara dan wang rakyat, serta melantik pemegang jawatan dalam kalangan orang yang tidak memiliki kepakaran yang seterusnya akan menyebabkan berlaku kerosakan.
“Semua pihak harus berazam untuk) memastikan berlakunya kestabilan politik melalui kerajaan yang mendapat keyakinan, kepercayaan dan sokongan rakyat.
“Kerajaan (hendaklah) yang sentiasa mengutamakan rakyat bawahan dan membela nasib rakyat miskin, dapat membuktikan berlakunya keadilan, tertegaknya undang-undang secara saksama, tanpa pilih kasih dan tanpa prasangka, serta sistem penyampaian yang cekap,” jelasnya lagi.
Amirrul Rabbani
Fri Jan 06 2023
Teks khutbah Jumaat yang bertajuk Menghadapi cabaran tahun 2023 yang disediakan JAIPk itu dibacakan di semua masjid serta surau diri Jumaat seluruh Perak, hari ini. - Gambar fail
Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir
Banjir juga menyebabkan beberapa kenderaan di bandar itu terkandas di jalan yang ditenggelami air berhampiran Jambatan Dundas.
Dua warga AS antara yang ditemui maut di hotel Thailand
Menurut polis Thailand, kesemua mangsa adalah berketurunan Vietnam, dengan dua daripadanya membawa pasport AS.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Julai 2024]
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 17 Julai 2024 7.30 pagi,
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
1. Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
2. Kim Pan-gon akui akan rindui sokongan rakyat Malaysia
3. Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
1. Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
2. Kim Pan-gon akui akan rindui sokongan rakyat Malaysia
3. Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta Menteri Ekonomi menyatakan langkah tersebut pada sesi jawab lisan.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta pastikan kemampanan sektor air
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air.
[INFOGRAFIK] Tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Berikut adalah info berkenaan dengan tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Juri di Mahkamah Persekutuan Manhattan membacakan keputusannya pada Selasa selepas berbincang selama lebih 12 jam selama tiga hari.
Tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram - CAP
CAP menggesa Lembaga Racun Makhluk Perosak segera mengambil tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram di negara ini dan menguatkuasakan dengan tegas Akta Racun Perosak 1974.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi kemahiran dan keupayaan sosial.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya, seperti mahkamah syariah, pegawai penguatkuasa agama dan peguam syarie.
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
Ancaman keganasan di Asia Tenggara bersifat sederhana rendah - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ancaman keganasan masih wujud di rantau Asia Tenggara namun ia bersifat sederhana rendah.
Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
Malaysia menanggung kerugian lebih RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 setakat 11 Jun lalu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
TPR positif COVID-19, prosiding bela diri Dr Roland ditangguh ke 23 Sept
Pada 5 Julai 2021, Dr Roland didakwa atas pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video bersifat jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di Facebook.
Sarawak mahu lebih ramai kontraktor Bumiputera kelas lebih tinggi - Uggah
Kerajaan bukan setakat mahu melihat lebih ramai kontraktor Bumiputera berjaya malah pada masa sama mahu menambah bilangan mereka berdaftar dalam kelas yang lebih tinggi.
KKM keluarkan perincian semakan semula SOP bagi COVID-19 dalam masa terdekat
Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan perincian semakan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19 dalam waktu terdekat.
Dulu jurutera, sekarang usahawan cili
Srinath tinggalkan kerjaya sebagai jurutera perisian kerana mahu beri tumpuan pada tanaman cili secara fertigasi.
Bantu anak-anak istimewa autisme, fahami kekurangan mereka
Suara jeritan diikuti dengan tangisan membuatkan beberapa orang pelanggan Tong Kayu Cafe, Bayan Lepas (Pulau Pinang) berhenti makan sambil menghalakan pandangan ke arah wanita itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.