KUALA LUMPUR:Sebanyak 65 kluster atau 41.1 peratus daripada 158 kluster aktif COVID-19 adalah berkaitan dengan tempat kerja, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Dr Noor Hisham berkata sebanyak 5,681 kes positif yang berkaitan kluster tempat kerja ini adalah melibatkan 3,369 atau 59.3 peratus warganegara manakala 2,312 atau 40.7 peratus bukan warganegara.
"Ini adalah hasil tindakan proaktif majikan yang turut sama menjalankan saringan COVID-19 terhadap pekerja-pekerja mereka. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amat berterima kasih dan ingin menyampaikan penghargaan kepada majikan dalam bersama-sama membantu mengesan kes-kes positif di kalangan warga kerja.
Tindakan ini dapat mengekang penularan COVID-19 dalam komuniti dan seterusnya membantu KKM dalam menjalankan aktiviti kesihatan awam. Hal ini sekali gus dapat melindungi individu-individu yang berisiko tinggi, warga emas dan kanak-kanak daripada dijangkiti COVID-19," katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini, hari ini.
Dr Noor Hisham berkata warga pekerja juga diseru untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dan sentiasa mengamalkan kawalan kendiri bagi membendung penularan COVID-19 di tempat kerja.
"Majikan dan warga pekerja hendaklah sentiasa memastikan persekitaran tempat kerja dan kawasan guna sama (misalnya tandas, dapur dan pantri) yang bersih dan selamat bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
"Selain daripada itu, pihak majikan juga diingatkan untuk memastikan pekerja mereka mematuhi segala SOP yang ditetapkan termasuk menjaga kebersihan di kawasan penginapan dan tempat tinggal. Didapati risiko penularan adalah tinggi bagi kawasan penginapan yang sesak dan sempit.
Mengulas mengenai empat kluster baharu hari ini, Dr Noor Hisham berkata Kluster Bonggaya yang dikesan di Sandakan, Sabah membabitkan kes indeks (ke-28154) hasil saringan komuniti pada 27 Okt dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent.
"Saringan kontak rapat mengesan 45 lagi kes positif COVID-19 dan dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, Dewan Kompleks Sukan Sibuga, Sandakan.
Dr Noor Hisham berkata bagi kluster kedua iaitu Kluster Jambatan B juga di Sandakan membabitkan kes indeks (ke-20,105) hasil saringan individu bergejala pada 17 Okt lepas.
"Saringan kontak rapat dan komuniti setempat telah mengesan sebanyak 52 lagi kes positif COVID-19 dan kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah COVID-19, Dewan Kompleks Sukan Sibuga, Sandakan," katanya.
Seterusnya, bagi Kluster Abell dikesan di Kuching, Sarawak, Dr Noor Hisham berkata ia melibatkan kes indeks (ke-42016) yang dikenal pasti hasil saringan kendiri pada 10 Nov.
"Saringan kontak rapat mengesan 13 lagi kes positif dan kesemua kes dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.
Kluster BMU pula dikesan di Jasin, Melaka dengan kes indeks (ke-45077) dikenal pasti positif hasil saringan individu bergejala pada 11 Nov dan seterusnya dimasukkan ke Hospital Melaka.
"Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak sembilan lagi kes positif COVID-19," katanya.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan tiga kluster iaitu Kluster Selasih, Kluster Bah Pengkalan dan Kluster Bah Pasir diisytihar tamat hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 13 2020

Sebanyak 5,681 kes positif berkaitan kluster tempat kerja dikesan. -Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

COVID-19: Sabah isytihar tiga kluster institusi pendidikan, kes harian naik kepada 342
Kluster-kluster berkenaan dilaporkan di Tuaran, Keningau dan Lahad Datu

73 warga SMK Sandakan positif COVID-19, cetus kluster baharu di Sabah
Sabah merekodkan satu kluster baharu melibatkan kluster institusi pendidikan di Sandakan iaitu Kluster Jalan Pertukangan, kata Datuk Seri Masidi Manjun.

28 kluster baharu dikesan, 17 daripadanya kluster tempat kerja - KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 28 kluster baharu COVID-19 di negara ini pada Sabtu.

42 lagi kluster baharu dikesan, 23 libatkan kluster Tempat Kerja
Sebanyak 42 lagi kluster baharu dikesan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kluster setakat ini adalah 1,979.

COVID: 836 kes positif baharu di Sarawak daripada Kategori 1 dan 2
Sarawak merekodkan 836 kes positif baharu COVID-19 pada Selasa, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

COVID-19: Kluster pusat tahanan antara 24 kluster baharu yang dilaporkan
Sebanyak 24 kluster baharu dikenal pasti antaranya terdiri daripada kluster tempat kerja, pusat tahanan, dan komuniti.

Vaksin COVID-19: Majikan di Sarawak perlu serah senarai nama pekerja kepada pejabat residen
Senarai nama pekerja perlu diserah kepada pejabat residen bahagian berdekatan sebelum 12 April 2021 untuk tujuan vaksinasi.

Spa, refleksologi, pusat urutan kaki dan pusat karaoke dibenar beroperasi di Sarawak
JPBN Sarawak juga turut melaporkan penambahan satu kluster baharu dikenali Kluster Chupak di Siburan.

COVID-19: Tiga kluster baharu, lima lagi ditamat
Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan kluster aktif ketika ini sebanyak 424 kluster.

PKPB Sarawak dilanjut ke 29 Mac ini
Tarikh PKP Bersyarat negeri itu sepatutnya tamat pada 16 Mac 2021 bagaimanapun dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi.