KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,803 lagi jangkitan baharu dicatat dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kes kumulatif di negara ini meningkat kepada 728,462.

Peningkatan kes baharu itu menyaksikan ia lebih tinggi berbanding kes sembuh sebanyak 5,193 yang dilaporkan hari ini. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mendahului dengan 2,108 kes, diikuti Negeri Sembilan (741); Kuala Lumpur (628), manakala Sarawak (491).

Sementara itu, Perlis kekal menjadi negeri yang mencatatkan kes positif paling rendah dalam tempoh 24 jam iaitu sebanyak empat kes.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata daripada jumlah kes positif sebanyak 5,793 merupakan kes tempatan sementara 10 lagi kes import.

"Sebanyak  5,193 kes sembuh dengan menjadi jumlah kes sembuh di negara ini ialah 662,932 kes," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 81 lagi kes kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada  4,884 kes.

Setakat ini, sebanyak 866 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 435 memerlukan bantuan alat pernafasan.