KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 22 lagi kluster baharu COVID-19 pada hari ini. 

Angka itu adalah bilangan kluster baharu tertinggi yang pernah dilaporkan setakat ini. 

Sehingga kini, sebanyak 1,426 kluster telah diisytihar tamat dan 516 kluster masih aktif.

Berikut perincian ringkas 22 kluster baharu berkenaan:

1. Kluster Victoria Merdeka 
* Melibatkan Labuan 
* Kes dilapor positif pada 14 Mei
* 151 individu disaring, 16 dikesan positif

2. Kluster Jalan Kampung Bakau  
* Melibatkan daerah Kangar, Perlis
* Kes dilapor positif pada 14 Mei
* 8 individu disaring,7 dikesan positif

3. Kluster Jalan Tuan Hitam   
* Melibatkan daerah Besut, Terengganu
* Kes dilapor positif pada 9 Mei
* 323 individu disaring, 38 dikesan positif

4. Kluster Paya Rumpur Utama
* Melibatkan daerah Melaka Tengah, Melaka
* Kes dilapor positif pada 6 Mei
* 49 individu disaring, 11 dikesan positif

5.Kluster Jalan Inang 
* Melibatkan daerah Melaka Tengah, Melaka
* Kes dilapor positif pada 7 Mei
* 34 individu disaring, 10 dikesan positif

6. Kluster Taman Sri Rampai
* Melibatkan daerah Titiwangsa, Kuala Lumpur
* Kes dilapor positif pada 5 Mei
* 11 individu disaring, 7 dikesan positif

7. Kluster Kampung Limau
* Melibatkan daerah Lembah Pantai, Kuala Lumpur
* Kes dilapor positif pada 12 Mei
* 56 individu disaring, 27 dikesan positif

8. Kluster Kampung Batu Tiga
* Melibatkan daerah Batang Padang dan Kuala Kangsar, Perak
* Kes dilapor positif pada 10 Mei
* 66 individu disaring, 10 dikesan positif

9. Kluster Jalan Timah Empat
* Melibatkan daerah Johor Bahru, Johor
* Kes dilapor positif pada 16 Mei
* 94 individu disaring, 25 dikesan positif

10. Kluster Jalan Senduduk Satu
* Melibatkan daerah Johor Bahru, Johor
* Kes dilapor positif pada 9 Mei
* 202 individu disaring, 16 dikesan positif

11.Kluster Jalan Tanjung Kupang
* Melibatkan daerah Johor Bahru, Johor
* 953 individu disaring, 199 dikesan positif

12. Kluster Industri Bukit Raja
* Melibatkan daerah Klang, Selangor
* 194 individu disaring, 21 dikesan positif

13. Kluster Jalan Pusara
* Melibatkan daerah Sepang, Selangor
* Kes dilapor positif pada 17 Mei
* 28 individu disaring, 13 dikesan positif

14. Kluster Jalan Kenanga Pertama
* Melibatkan daerah Sabak Bernam, Selangor
* 200 individu disaring, 29 dikesan positif

15. Kluster Jalan 223 PJ
* Melibatkan daerah Petaling, Selangor
* 71 individu disaring, 16 dikesan positif

16. Kluster Kolopis
* Melibatkan daerah Penampang, Sabah
* Kes dilapor positif pada 5 Mei
* 113 individu disaring, 13 dikesan positif

17. Kluster Muhibbah Dua
* Melibatkan daerah Lahad Datu, Sabah
* Kes dilapor positif pada 17 Mei
* 22 individu disaring, 14 dikesan positif

18. Kluster Pagar Sungai Imam
* Melibatkan daerah Tawau, Sabah
* Kes dilapor positif pada 16 Mei
* 70 individu disaring, 27 dikesan positif

19. Kluster Stunggang
* Melibatkan daerah Lundu, Sarawak
* Kes dilapor positif pada 10 Mei
* 135 individu disaring, 9 dikesan positif

20. Kluster Jalan Endap Sawit
* Melibatkan daerah Samarahan, Serian dan Kuching, Sarawak
* Kes dilapor positif pada 17 Mei
* 48 individu disaring, 29 dikesan positif

21. Kluster Kampung Keranji
* Melibatkan daerah Pasir Mas, Kelantan
* Kes dilapor positif pada 9 Mei
* 37 individu disaring, 14 dikesan positif

22. Kluster Kampung Tanjong Jejulok
* Melibatkan daerah Pasir Mas, Kelantan
* Kes dilapor positif pada 18 Mei
* 26 individu disaring, 15 dikesan positif

BACA: 6,075 kes COVID-19 dalam negara, tertinggi sejak pandemik bermula