KUALA LUMPUR: Sebanyak 19,702 kes sembuh bersamaan dengan jumlah kumulatif pulih kini 1,917,088 pada Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, vaksin COVID-19 mengurangkan risiko jangkitan yang serius terutama kes di kategori 3 hingga 5.

Berikut perkara penting hari ini: 

1. Sebanyak 14,990  kes baharu COVID-19 dilaporkan pada Rabu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 2,142,924.

2. Selangor kekal merekodkan kes tertinggi sebanyak 2,414 diikuti Kelantan 1,573, Johor (1,880), Sarawak (1,712), Kelantan (1,573), Perak (1,490), Pulau Pinang (1,224), Sabah (1,199) dan Kedah (1,007).




Perkembangan semasa COVID-19 di Malaysia (21 September 2021)

3. Kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah sebanyak 1,115  dengan 618 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

4. Kes sembuh pula sebanyak 19,702  menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih ialah 1,917,088 orang.

5. Jumlah kematian direkodkan pada 334 setakat Sept 21 (Selasa).