KOTA KINABALU: Bilangan kes harian di Sabah sejak kebelakangan ini berada pada tahap stabil dan hanya 176 kes positif dilaporkan pada Jumaat.
Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, bagaimanapun rakyat perlu sentiasa berhati-hati dan tidak alpa memandangkan peratusan jangkitan sporadik kekal tinggi iaitu 68 peratus.
"Secara keseluruhan, empat daerah di Sabah mencatatkan kes dua angka iaitu Kota Kinabalu 57 kes; Penampang dan Sandakan 12 kes serta Papar 10 kes.
"Sebanyak 21 daerah lagi mencatatkan kes baharu satu angka dengan 17 daripadanya mencatatkan antara satu hingga lima kes sahaja. Tiada kes baharu di Nabawan dan Tongod," katanya dalam kenyataan pada hari ini.
Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, 164 daripada 172 kes adalah dalam Kategori 1 dan 2. Manakala lapan kes dalam Kategori 3 hingga 5.
Astro Awani
Fri Apr 08 2022
![COVID-19: 176 kes positif harian di Sabah, hanya lapan kategori 3 hingga 5 COVID-19: 176 kes positif harian di Sabah, hanya lapan kategori 3 hingga 5](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51645030656_TBmasidimanjun.jpg)
Secara keseluruhan, empat daerah di Sabah mencatatkan kes dua angka iaitu Kota Kinabalu 57 kes; Penampang dan Sandakan 12 kes serta Papar 10 kes.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![COVID-19: 176 kes positif harian di Sabah, hanya lapan kategori 3 hingga 5 COVID-19: 176 kes positif harian di Sabah, hanya lapan kategori 3 hingga 5](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51645030656_TBmasidimanjun.jpg)
COVID-19: 176 kes positif harian di Sabah, hanya lapan kategori 3 hingga 5
Bilangan kes harian di Sabah sejak kebelakangan ini berada pada tahap stabil dan hanya 176 kes positif dilaporkan pada Jumaat.
![COVID-19: Sabah terus catat trend penurunan 176 kes harian COVID-19: Sabah terus catat trend penurunan 176 kes harian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51646531869_COVID.jpg)
COVID-19: Sabah terus catat trend penurunan 176 kes harian
Sabah terus menunjukkan trend penurunan kes positif COVID-19 apabila hari ini merekodkan 176 kes berbanding 188 kes semalam.
![Jangkitan sporadik di Sabah masih tinggi, patuh SOP kesihatan di bazar ramadan - Masidi Jangkitan sporadik di Sabah masih tinggi, patuh SOP kesihatan di bazar ramadan - Masidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71644651326_TBmasidimanjun.jpg)
Jangkitan sporadik di Sabah masih tinggi, patuh SOP kesihatan di bazar ramadan - Masidi
Hal ini kerana peratusan jangkitan sporadik kembali meningkat hari ini iaitu 55 peratus berbanding 43 peratus semalam.
![COVID-19: 714 kes positif baharu di Sabah libatkan kanak-kanak bawah 11 tahun COVID-19: 714 kes positif baharu di Sabah libatkan kanak-kanak bawah 11 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61644572365_PICKidsGeneric.jpg)
COVID-19: 714 kes positif baharu di Sabah libatkan kanak-kanak bawah 11 tahun
Sebanyak 714 daripada 3,971 kes positif yang direkodkan di Sabah hari ini terdiri daripada kanak-kanak bawah 11 tahun.
![COVID-19: Lebih 4,000 kes direkodkan di Sabah hari ini COVID-19: Lebih 4,000 kes direkodkan di Sabah hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71644651326_TBmasidimanjun.jpg)
COVID-19: Lebih 4,000 kes direkodkan di Sabah hari ini
Sabah terus merekodkan peningkatan kes positif apabila jangkitan terbaharu direkodkan sebanyak 4,107 kes.
![COVID-19: Sabah catat 3,333 kes baharu, 3,318 adalah Kategori 1 dan 2 COVID-19: Sabah catat 3,333 kes baharu, 3,318 adalah Kategori 1 dan 2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51638715228_masidiPharmaniaga.jpg)
COVID-19: Sabah catat 3,333 kes baharu, 3,318 adalah Kategori 1 dan 2
Sabah terus merekodkan pertambahan kes positif COVID-19 kepada 3,333 kes pada Rabu.
![Penggunaan katil ICU melebihi kapasiti, Kerajaan Sabah mesyuarat dengan Khairy Isnin ini Penggunaan katil ICU melebihi kapasiti, Kerajaan Sabah mesyuarat dengan Khairy Isnin ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71630659498_MesyuaratKKMCovi.jpg)
Penggunaan katil ICU melebihi kapasiti, Kerajaan Sabah mesyuarat dengan Khairy Isnin ini
Kerajaan negeri akan bermesyuarat dengan Kementerian Kesihatan bagi menambah baik sekali gus mengatasi masalah peningkatan jangkitan COVID-19.