KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan 15,941 kes baharu COVID-19 pada Rabu.

Daripada jumlah itu, 15,773 merupakan kes jangkitan tempatan, manakala 168 adalah kes import.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 15,833 kes (99.32 peratus) adalah kategori satu dan dua manakala 108 kes (0.68 peratus) adalah kategori 3, 4 dan 5.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti wabak berkenaan meningkat kepada 4,183,359.

Sebanyak 275 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 168 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah kes sembuh pula adalah 21,186 kes.

Semalam juga, satu lagi kluster baharu direkodkan, dengan 207 kluster masih aktif.

Sementara itu, nilai kadar kebolehjangkitan (R-naught atau R0) COVID-19 di seluruh negara ketika ini adalah 0.88, dengan Selangor mencatatkan bacaan tertinggi pada 1.04.