KOTA KINABALU:Empat buah sekolah di Sandakan diarahkan tutup susulan 10 orang pelajar dan empat orang guru disahkan dijangkiti COVID-19.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata ia melibatkan seorang guru di SM St Mary Sandakan, tujuh orang pelajar asrama, seorang pelajar luar dan dua orang guru di SMK Elopura Bestari, seorang guru dan seorang pelajar di SMK Batu Sapi, dan seorang pelajar di SMK Perempuan Sandakan.
"Bagi murid yang tidak dijangkiti, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berjalan seperti biasa, iaitu melalui pembelajaran dalam talian dan menggunakan modul pembelajaran bercetak yang telah disediakan oleh guru masing-masing.
"Empat sekolah yang terbabit telah diarahkan tutup selama 10 hari oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan bagi menjalankan kerja-kerja sanitasi dan membendung penularan COVID-19 di sekolah," kata beliau dalam sidang media laporan harian COVID-19 pada Jumaat.
Dua kluster telah dikesan hari ini, iaitu Kluster Tinanom, Ranau (46 kes kumulatif) di mana kes indeks merupakan pelajar yang dikesan positif melalui saringan masuk asrama; dan Kluster Jalan Sepanggar, Kota Kinabalu (12 kes kumulatif) yang dikesan melalui saringan individu bergejala.
Dalam perkembangan lain, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memberi kelonggaran kemasukan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan berserta tanggungan (bukan berasal dari Sabah) yang bertugas di negeri ini sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
BACA: COVID-19: 5,725 kes baharu, jumlah kes di Malaysia lepasi angka 200,000
Pengecualian ini juga terpakai untuk diplomat yang layak di bawah Perintah Pengecualian (Exemption Order) dan tanggungan serta anak kapal (tidak melibatkan sektor minyak dan gas) bagi warganegara dan bukan warganegara yang masuk bagi menjalankan aktiviti sign-on atau joint ship.
Mereka tidak perlu memohon Kelulusan Khas, bagaimanapun ia tertakluk kepada syarat-syarat yang boleh dirujuk dalam Panduan Kebenaran Masuk Ke Sabah Dari Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
"Kelonggaran ini dibuat agar memastikan urusan-urusan rasmi mereka di Sabah tidak terjejas kerana kelambatan pihak kita untuk mengurus dan juga mempertimbangkan permohonan-permohonan yang sebelum ini terpaksa mereka buat," jelas beliau.
Tambah Masidi, Kerajaan Negeri juga telah bersetuju untuk melanjutkan waktu operasi kedai runcit, kedai serbaneka, pasar raya mini, pasar raya, farmasi, kedai menjual ubat-ubatan, kedai dobi serta kedai cermin mata, di antara jam 6.00 pagi hingga jam 10.00 malam.
"Kesemua aktiviti perniagaan ini tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada," ujar beliau.
Secara keseluruhan, Sabah mencatatkan 288 kes baharu positif COVID-19 dengan dua kes kematian, iaitu dari daerah Papar dan Kota Kinabalu, pada Jumaat.
Eleanor Michelle Patrick
Fri Jan 29 2021
![COVID-19: 10 pelajar disahkan positif, 4 sekolah di Sandakan diarah tutup COVID-19: 10 pelajar disahkan positif, 4 sekolah di Sandakan diarah tutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61610728403_MasidiManjun.jpg)
MASIDI: Empat sekolah yang terbabit telah diarahkan tutup selama 10 hari oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan bagi menjalankan kerja-kerja sanitasi dan membendung penularan COVID-19 di sekolah. - Gambar fail
![Kontinjen Great Britain kritik keadaan makanan di sukan Olimpik Paris Kontinjen Great Britain kritik keadaan makanan di sukan Olimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721891818_ParisOlympics.jpg)
Kontinjen Great Britain kritik keadaan makanan di sukan Olimpik Paris
Antara aduan adalah tentang kekurangan makanan tertentu, selain soal kualiti, termasuk kes daging mentah yang dihidangkan kepada atlet.
![Guru lelaki ditahan lakukan amang seksual beberapa murid lelaki sekolah rendah Guru lelaki ditahan lakukan amang seksual beberapa murid lelaki sekolah rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716563551_PolisLogoPolisP.jpg)
Guru lelaki ditahan lakukan amang seksual beberapa murid lelaki sekolah rendah
Siasatan awal mendapati guru lelaki berusia 30-an itu disyaki melakukan perbuatan terbabit di beberapa lokasi berbeza.
Rakyat Palestin berlindung di bekas penjara
Selepas berbulan-bulan serangan tentera Israel di Gaza tanpa henti, puluhan ribu rakyat Palestin terhimpit dengan isu kemanusiaan paling dahsyat yang mana mereka menjadi pelarian di tanah kelahiran mereka sendiri.
Barack Obama, isteri sokong penuh Kamala Harris
Barack Obama berkata, beliau dan isterinya yakin Harris akan menjadi Presiden Amerika Syarikat yang hebat.
Polis Sepanyol rampas 4 tan kokain di pelabuhan Barcelona
Sepanyol merampas empat tan kokain yang disembunyikan dalam guni beras di Barcelona pada Jumaat.
Kesedaran tentang anti diskriminasi perlu ditingkatkan di IPT
Kesedaran tentang anti diskriminasi terhadap pesakit HIV dan AIDS perlu dipergiatkan di peringkat institusi pendidikan tinggi bagi mengurangkan stigma.
Konsert penyanyi legenda India, operasi LRT dilanjut ke 1 pagi pada Sabtu
Operasi Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi berikutan konsert mega, penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman akan berlangsung pada Sabtu malam.
MCMC rampas 138 walkie-talkie tak diperakui
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) merampas 138 unit walkie-talkie bernilai lebih RM20,000 dari tiga premis di Jalan Pasar, Pudu, Kuala Lumpur dalam operasi baru-baru ini
Keluhan pengusaha bas kilang akan dibawa ke kabinet: Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia mendengar dan akan membawa keluhan pengusaha bas kilang yang tidak mendapat subsidi diesel baru-baru ini ke Kabinet.
MyCC denda 100 perusahaan, penalti cecah RM570 juta
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sepanjang tempoh itu, sebanyak RM570 juta penalti dikenakan terhadap semua syarikat yang didapati bersalah.
![Banjir lumpuhkan Manila dan beberapa kawasan Banjir lumpuhkan Manila dan beberapa kawasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721790835_floodManilaPhili.jpg)
Banjir lumpuhkan Manila dan beberapa kawasan
Banjir memaksa penduduk berhampiran Teluk Manila dan kawasan sungai serta pesisir di wilayah tengah dan selatan untuk berpindah.
![Puluhan ribu pelajar di Brazil tidak bersekolah akibat banjir Puluhan ribu pelajar di Brazil tidak bersekolah akibat banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716941535_TBBRAZILFLOOD.jpg)
Puluhan ribu pelajar di Brazil tidak bersekolah akibat banjir
Daripada lebih 2,000 sekolah awam negeri Rio Grande do Sul, hampir satu perlima masih ditutup melibatkan kira-kira 185,000 pelajar.
![Kilang cat terbakar, dua sekolah di Meru diarah ditutup Kilang cat terbakar, dua sekolah di Meru diarah ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714394631_TBterbakar.jpg)
Kilang cat terbakar, dua sekolah di Meru diarah ditutup
Penutupan dua buah sekolah terlibat iaitu SK Meru dan Sekolah Rendah Agama Meru 2 itu dibuat atas faktor keselamatan.
![Banjir: Tiga sekolah di Johor ditutup esok Banjir: Tiga sekolah di Johor ditutup esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704639468_banjir.jpg)
Banjir: Tiga sekolah di Johor ditutup esok
Tiga sekolah yang terjejas ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya, SK Bukit Mutiara dan SK Sungai Tiram.
![Banjir: Dua sekolah di Pekan laksana PdPR esok Banjir: Dua sekolah di Pekan laksana PdPR esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704097095_TBbanjirpekan.jpg)
Banjir: Dua sekolah di Pekan laksana PdPR esok
Dua sekolah di daerah Pekan akan meneruskan sesi pembelajaran melalui keadah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula Selasa.
![Guru sekolah mogok, sekolah tutup di Portland AS Guru sekolah mogok, sekolah tutup di Portland AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41698924653_Teachers.jpg)
Guru sekolah mogok, sekolah tutup di Portland AS
Para guru di sekolah-sekolah awam Portland melancarkan mogok pada Rabu menyebabkan kesemua 81 sekolah di bandar terbesar di negeri Oregon, Amerika Syarikat (AS) itu ditutup, lapor Xinhua.
![Jerebu: Sekolah diminta patuhi garis panduan - Fadhlina Jerebu: Sekolah diminta patuhi garis panduan - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696224971_FadhlinaSidek.jpg)
Jerebu: Sekolah diminta patuhi garis panduan - Fadhlina
Pihak sekolah diminta mematuhi garis panduan yang disediakan berikutan beberapa kawasan di negara ini telah dilanda jerebu, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
![Sekolah di Bangladesh ditutup akibat cuaca terlalu panas Sekolah di Bangladesh ditutup akibat cuaca terlalu panas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81686062693_TBHeatWave.jpg)
Sekolah di Bangladesh ditutup akibat cuaca terlalu panas
Gelombang panas berterusan menyebabkan penutupan sekolah rendah kerajaan di seluruh Bangladesh.
![Waris SK Assumption mohon tempoh setahun lagi Waris SK Assumption mohon tempoh setahun lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51642547707_SekolahKebangsaan.jpg)
Waris SK Assumption mohon tempoh setahun lagi
Sekolah tersebut sepatutnya dipelihara warisannya berikutan hampir 90 tahun beroperasi.
![Pascabanjir: Sesi persekolahan dua sekolah rendah di Taman Seri Muda ditunda Pascabanjir: Sesi persekolahan dua sekolah rendah di Taman Seri Muda ditunda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61641800619_SitiHalijahSarani.jpg)
Pascabanjir: Sesi persekolahan dua sekolah rendah di Taman Seri Muda ditunda
Dua buah sekolah rendah di Seksyen 25, Taman Sri Muda yang terkesan akibat bencana banjir dua minggu lalu, masih belum dapat memulakan sesi persekolahan hari ini.