KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara pada Selasa kembali meningkat kepada 1,873, berbanding 1,210 kes yang dilaporkan pada hari sebelumnya.

Menurut data di portal KKMNOW, tiga kes kematian dicatat semalam.

Tiada kes kematian berlaku di luar fasiliti kesihatan, 'brought-in-dead' (BID).

Sementara itu, kes aktif COVID-19 dalam negara kini berjumlah 23,425 kes dengan 95.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin, (PKRC).

Manakala, 1,022 pesakit mendapat rawatan di hospital.

31 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi, manakala 12 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 1,515 kes sembuh.