Astro Publication
Tue Nov 04 2014
Naza Euro Motors baru-baru ini telah melangsungkan 2 majlis pelancaran dengan serentak: pertama untuk ruang pameran kereta terbaru mereka diPuchong, dan kedua pula untuk model Grand C4 Picasso terbaru.
Ruang pameran 4,000 kaki persegi Citroen Puchong adalah sebuah kemudahan 1S yang dibina dengan ruang menunggu DS, bilik perbincangan dan juga kemudahan WiFi percuma. Citroen Puchong adalah yang ke-6 selepas ruang pameran di Glenmarie, Shah Alam; Island Glades, Pulau Pinang; Juru Auto City, Prai; Johor Bahru, dan Naza Automall, Petaling Jaya.
“Dengan pelancaran Citroen Puchong, kehadiran kami di Lembah Klang semakin berkembang untuk menepati kehendak pasaran dan kekal kompetitif,” ujar Dato’ Samson Anand George, ketua pegawai operasi Naza Euro Motors Sdn Bhd.
Ruang pameran ini terletak di Lot 18, 19 & 20 GF, IOI Business Park, Persiaran Puchong Jaya Selatan, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor.
Citroen Grand C4 Picasso
Ini adalah sebuah model MPV yang mempunyai penggayaan unik yang turut dilengkapi dengan imbangan ruang dalaman dan spesifikasi yang hebat. Bukaan ke ruang kargo belakang dikuasakan dengan motor elektrik dan lampu menggunakan teknologi 3D LED.
MPV ini turut dipasangkan dengan skrin 7-inci sebagai antara muka pemandu ke sistem-sistem kenderaan; sebuah lagi skrin 12-inci definasi tinggi untuk sistem navigasi, cruise control, bumbung panoramik dan fungsi urut di kerusi-kerusi pemandu dan penumpang hadapan.
Antara peralatan keselamatan yang ada termasuk Park Assist, Blind Spot Monitoring System, Lane Departure Warning System dan sistem pandangan 360 darjah. Pacuan dijana oleh enjin 2.0-liter e-HDI diesel yang menghasilkan 148hp dan 370Nm.
Harga Citroen Grand C4 Picasso ini adalah RM184,926.20 (harga atas jalan tanpa insurans) yang termasuk waranti 5 tahun (tanpa had jarak perjalanan).
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Pantau Agenda Reformasi: Kedudukan semasa ekonomi Korea Selatan, dampak kepada Malaysia
Bagaimana boleh kita memahami kedudukan ekonomi Korea Selatan dan apa yang boleh kita belajar? Sejauh mana ia beri impak signifikan kepada rantau ini termasuk Malaysia?
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Palsu dokumen UMS: Rayuan akhir Peter Anthony ditangguh ke 9 Jan
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony yang didapati bersalah memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja di UMS ditangguhkan ke 9 Jan tahun depan.
Semak semula penambahan tiga jam waktu bekerja bagi jururawat
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menggesa agar KKM dan JPA menyemak semula keputusan yang mewajibkan tambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat wad mulai 1 Disember ini.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Paras air Sungai Golok di Tanah Merah melepasi paras bahaya
Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah telah melepasi paras bahaya dengan ketinggian 25.15 meter (bahaya 23.50 meter) setakat 2.30 petang ini.
MPV Citroen Grand C4 Picasso sekarang di Malaysia
Sangat sesuai untuk mereka yang inginkan kelainan; tanpa kompromi dari segi prestasi, keselamatan atau keselesaan
Citroen Malaysia dengan model dan kemudahan baru
Naza Euro Motors lancarkan MPV dan pusat pameran terbaru serentak