Malaysia percaya Amerika Syarikat (AS) dan China bertanggungjawab kepada global untuk mencari penyelesaian secara baik berhubung perang perdagangan mereka.
Berucap pada forum di Washington DC, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil perhatian bahawa semua ekonomi adalah sebahagian daripada ekosistem ekonomi global.
Perlu ingat, katanya, bahawa adalah sewajarnya bagi AS dan China untuk mula memberi pertimbangan bukan sahaja terhadap kepentingan mereka sendiri, tetapi juga kepentingan semua negara lain dalam mencari jalan untuk menamatkan perang perdagangan.
“Hanya dengan menjadi berhemah dan bertimbang rasa terhadap kepentingan semua negara akan membawa kemakmuran kepada global dan dapat dikongsi semua," katanya.
Muhyiddin yang sedang dalam rangka lawatan kerja di AS, berucap pada Forum Kepimpinan Banyan, bertema hubungan ekonomi, politik dan strategik AS-Malaysia, di Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa di ibu negara AS ini pada Isnin.
Muhyiddin berkata, tatkala dua ekonomi terbesar dunia itu makmur sebahagian besarnya disumbangkan oleh perdagangan mereka dengan negara membangun, sebarang pengurangan jumlah dagangan ekonomi membangun berkenaan akibat daripada perang perdagangan yang sedang berlaku akan turut memberi kesan buruk terhadap ekonomi kedua-dua negara.
Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, Malaysia melihat perang perdagangan antara AS dan China dengan kebimbangan serius kerana ia mendedahkan ekonomi negara kepada masalah daripada ketegangan perdagangan itu.
Keadaan itu, katanya, juga mewujudkan ketidaktentuan yang telah menyebabkan peralihan dalam rantaian bekalan global dan peningkatan perlindungan.
"Ketidaktentuan itu akan memberi kesan meluas kepada perdagangan dunia untuk tahun-tahun akan datang, dan tentu saja mengancam kemakmuran global," katanya memberi peringatan, dan menurutnya ekonomi membangun yang banyak bergantung kepada perdagangan dengan kedua-dua negara untuk memacu pertumbuhan domestik akan terjejas teruk oleh konflik yang berlaku.
Muhyiddin tiba di sini pada Ahad untuk lawatan kerja peringkat pertama yang bertujuan memperkukuhkan hubungan Kuala Lumpur-Washington dalam bidang keselamatan. Kunjungan itu turut termasuk melawat New York.
Menteri itu juga bercakap tentang keperluan untuk menjaga keamanan dan kestabilan di Asia Tenggara, prasyarat penting bagi meningkatkan kemakmuran serantau dan global.
Dalam konteks itu, Muhyiddin berkata beliau ingin membayangkan Malaysia sebagai negara pelopor dengan peranan utamanya untuk merapatkan lagi hubungan kawasan Pasifik dan Lautan Hindi.
Peranan lain, katanya, juga mengenai menjalin kerjasama dengan negara di kedua-dua kawasan untuk memacu pertumbuhan ekonomi domestik, serantau dan global, dan mengikat negara-negara itu menerusi institusi yang menggalakkan keselamatan bersama, kemakmuran bersama dan identiti bersama.
"Ketiga-tiga pelopor itu penting untuk memainkan peranan dalam merapatkan hubungan, membina dan mengikat kedua-dua kawasan laut yang memerlukan Malaysia untuk mengusahakan inisiatif dan mengukuhkan kerjasama yang tulen dengan pelbagai negara termasuk AS," katanya.
Muhyiddin juga menggariskan kepercayaan Malaysia bahawa jika semua negara berusaha mengekalkan keamanan dan keselamatan serantau dan global dengan saling menghormati kedaulatan dan kebebasan masing-masing, semua negara akan menuai hasil daripada kemakmuran global.
Beliau menegaskan, untuk keamanan dan keamanan global dikekalkan, kepentingan memelihara keselamatan satu sama lain mesti dikongsi oleh semua negara.
"Kita perlu mencapai persetujuan bahawa keselamatan anda juga keselamatan saya. Hanya apabila semua negara komited untuk mengekalkan keselamatan bersama, keamanan dan kemakmuran global akan terserlah," kata Muhyiddin.
Beliau turut mengingatkan bahawa apabila negara-negara memilih untuk mengejar kepentingan mereka sendiri dan terjebak dalam permainan untuk mengaut keuntungan semata-mata yang akan mengancam keselamatan masing-masing, seluruh dunia akan runtuh.
"Dan kita semua akan menderita daripada ketidaktentuan global, kemiskinan dan kurang kebebasan. Ini pastinya bukan matlamat kita, " katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Sep 17 2019

Muhyiddin berkata, Malaysia percaya Amerika Syarikat dan China bertanggungjawab kepada global untuk mencari penyelesaian secara baik berhubung perang perdagangan mereka. - Gambar fail BERNAMA

5,091 kes penipuan dalam talian direkod di Selangor tahun lepas - MB
Sebanyak 5,091 kes penipuan dalam talian dengan kerugian RM386.4 juta direkodkan di Selangor pada 2024.

Dua warga Kemboja ditahan disyaki melombong emas secara haram
Dua warga Kemboja ditahan kerana disyaki terlibat melombong emas secara haram di Sungai Jubau, Mukim Keratong Muadzam Shah, Rompin semalam.

Empat kampung di Tanah Merah dijangka banjir hari ini hingga 27 Feb
Empat kampung yang terletak berhampiran lembangan Sungai Golok di Tanah Merah dijangka mengalami banjir mulai hari ini hingga Khamis.
Tiga bekas pegawai Ismail Sabri akan dibebas dengan jaminan petang ini
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan, tiga bekas pegawai kanan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dibebaskan dengan jaminan petang Selasa.

Beras tempatan 10kg RM26 di pasaran mulai 1 Mac - KPKM
Beras Putih Tempatan (BPT) bersubsidi berharga RM26 bagi pek 10 kilogram (kg) akan dijual di pasaran bermula 1 Mac ini.
[TERKINI] Beras bersubsidi RM26 untuk keluarga miskin mula 1 Mac
Beras Putih Tempatan (BPT) bersubsidi berharga RM26 bagi pek 10 kilogram akan mula dipasarkan di seluruh Semenanjung Malaysia bermula 1 Mac ini.
Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Badrul Hisham Mohd, menjelaskan bahawa bantuan ini disasarkan kepada 400,000 keluarga miskin, termasuk 77,000 keluarga miskin tegar.
Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Badrul Hisham Mohd, menjelaskan bahawa bantuan ini disasarkan kepada 400,000 keluarga miskin, termasuk 77,000 keluarga miskin tegar.

Warga emas didenda RM30,000 muat naik hantaran bersifat palsu mengenai Agong, Majlis Raja-Raja
Seorang warga emas didenda selepas mengaku bersalah memuat naik hantaran bersifat kandungan palsu mengenai Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja menggunakan aplikasi Facebook.

Wanita rugi lebih RM100,000 ditipu "scammer"
Seorang wanita kerugian RM116,039 selepas terpedaya dengan skim pelaburan saham tidak wujud yang disertainya sejak Disember lepas.
AWANI Ringkas: Purata 4,000 kenderaan lalu depan HKL setiap jam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Senjata api: 'Saya minta maaf atas apa yang berlaku' - Hafizul Hawari
Hafizul Hawari dihukum penjara 14 tahun enam bulan dan enam sebatan atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api secara haram.

Amerika tolak usul kecaman terhadap Rusia di PBB
Keputusan AS tolak resolusi yang disokong Ukraine itu meletakkan Washington dalam kedudukan bertentangan dengan sekutu tradisionalnya di Eropah.

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

AS rancang pengurangan 10 peratus diplomat di China - Laporan
Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mengurangkan saiz misi diplomatiknya di China sebanyak 10 peratus.
![[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika [KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841420_DonaldTrump.jpg)
[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika
Masalah kos sara hidup rakyat Amerika pasti meningkat dan ia mungkin diperburuk lagi oleh tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk import.

AS, Rusia komited akhiri perang di Ukraine melalui penyelesaian adil
Kata sepakat itu dicapai dalam perbincangan peringkat tinggi antara Rubio dan Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov, di Riyadh, Arab Saudi, pada Selasa.

Sekurang-kurangnya 10 maut akibat hujan lebat, banjir kilat landa Kentucky
Selain banjir, sebahagian negeri itu turut mengalami salji dan keadaan berais, menjadikan perjalanan lebih berbahaya.

Rubio tegaskan keperluan penyelesaian Gaza Demi keselamatan serantau - Jabatan Negara AS
Rubio dan Mohammed memperbaharui komitmen mereka terhadap pelaksanaan gencatan senjata di Gaza serta usaha membebaskan semua tawanan.

Pelaburan: Ini 3 strategi berdepan risiko geopolitik dan kadar faedah tinggi
Dalam persekitaran ekonomi global yang penuh ketidaktentuan, pelabur perlu lebih strategik dalam membuat keputusan.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

AS arah mansuh program kepelbagaian di sekolah awam
Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (AS) telah mengarahkan pemansuhan program kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) di sekolah awam dalam tempoh 14 hari.