
Chevrolet Camaro baharu ini dikatakan mendapat rekaan untuk mencerminkan sebuah kereta yang lebih lincah dan dapat memberi pengalaman pemanduan lebih baik.
“Camaro telah pergi gim dan keluar dengan fizikal lebih lincah dan atletik untuk model generasi ke-6 ini" kata Ed Welburn, timbalan presiden, GM Global Design.
Bahagian luar direka untuk kelihatan rapi membalut komponen-komponen mekanikal dengan ketat.

Hud enjin daripada aluminium (gambar di atas), contohnya, diberi penggayaan yang terdiri daripada garisan keras dan lengkungan yang cermat. Dikatakan ia membawa kesan seakan-akan hud ini membalut bahagian enjin.
Fender pula menjadi satu faktor visual yang penting, sepertimana yang ditunjukkan Camaro sekarang. Tetapi ia dikemaskini dengan perincian untuk menampakkan seperti kereta baharu adalah lebih rendah dan lebar daripada sebelumnya. Sebenarnya, Camaro akan datang ini mempunyai tapak yang lebih kecil.
Chevorlet Camaro baharu ini akan dipersembahkan kepada umum pada Mei 16 ini. Kita tunggu bagaimana rupanya nanti.