Siapa yang tidak kenal dengan watak makhluk asing yang bernama Bumblebee di dalam filem Transformers. Ianya sebuah kereta Chevrolet Camaro berwarna kuning dan mempunyai racing line berwarna hitam yang mampu bertukar menjadi Transformers dan bertugas sebagai pelindung kepada watak utama iaitu Sam. Pengenalan model Camaro di dalam filem ini mendatangkan impak yang sangat besar dimana ramai yang tertarik dengan rekaannya dan ramai juga yang mengidam untuk memilikinya termasuklah penulis sendiri.

Pada 16 Mei 2015 yang lepas di Detroit, Chevrolet telah mengumumkan pelancaran model terbaharu Camaro iaitu Camaro 2016. Model terbaharu ini akan menggantikan model sebelum ini yang telah pun berusia lima tahun. Model terbaharu ini menawarkan prestasi enjin yang lebih tinggi, peningkatan teknologi dan perincian reka bentuk bahagian luaran.

Model Camaro 2016 ini menawarkan ruang papan pemuka yang memfokuskan kepada kawalan oleh pemandu dimana terdapat Driver Mode Selector, sistem kawalan instrumen dan lampu ruang kabin yang boleh diselaraskan.

Model ini direka dengan kerangka badan yang lebih teguh, saiz luaran yang sedikit kecil dari model terdahulu dan rekaan yang lebih aerodinamik. Ianya direka dan ditala dengan rapi di dalam terowong angin bagi meningkatkan prestasi kereta dan mengurangkan daya angkat aerodinamik untuk pengendalian yang lebih baik serta mempertingkatkan kecekapan.

Untuk menjadikan model terbaharu Camaro ini model yang terbaik pernah direka, Chevrolet memfokuskan kepada tiga perkara iaitu :

Prestasi
Terdapat enam pilihan kombinasi enjin yang ditawarkan dimana setiap satunya direka khas untuk memberikan prestasi yang tinggi serta meningkatkan kecekapan.

Bagi model Camaro LT, salah satu varian enjin yang ditawarkan adalan enjin bersesaran 2.0L Turbo dengan kuasa sebanyak 275hp dan 400Nm tork. Apabila kuasa diperlukan, enjin ini mampu memberikan 90% kuasanya diantara 2,100rpm hingga 3,000rpm dan kuasa penuh pada 3,000rpm sehingga 4,500rpm. Varian enjin ini mampu memecut dari kelajuan 0km/j hingga 100km/j dalam masa dibawah enam saat dan penggunaan petrol adalah 7.8 liter/100km di lebuhraya sekaligus menjadikannya model Camaro yang paling cekap/jimat.

Satu lagi pilihan varian enjin yang ditawarkan bagi model LT adalah enjin 3.6L V6 yang menghasilkan kuasa sebanyak 335hp dan 385Nm tork, menjadikan enjin ini sebagai enjin V6 NA (Normal Aspirated) yang paling berkuasa di dalam segmennya. Enjin ini menggabungkan tiga teknologi bagi meningkatkan prestasi dan meningkatkan penjimatan iaitu penggunaan teknologi VVT(Variable Valve Timing), sistem semburan bahan api terus (Direct Injection) dan sistem pengurusan bahan api aktif (Active Fuel Management) yang mampu memberhentikan penggunaan dua silinder enjin semasa pemanduan perlahan bagi meningkatkan kecekapan bahan api.

Bagi kedua-dua pilihan enjin pada varian LT ini, transmisi kotak gear enam kelajuan dan Hydra-Matic 8L45 Paddle Shift lapan kelajuan terbaharu ditawarkan kepada pembeli. Ianya adalah berdasarkan kepada Hydra-Matic 8L90 lapan kelajuan tetapi telah ditala bagi bersesuaian dengan enjin yang lebih kecil dan mampu memberi penjimatan bahan api sebanyak 5%.

Camaro SS adalah model Camaro yang paling berkuasa. Ianya dikuasakan oleh enjin 6.2L LT1 V8 yang telah diperkenalkan sebelum ini pada model Corvette Stingray. Ianya turut menawarkan penggabungan tiga teknologi bagi seperti varian Camaro LT iaitu penggunaan teknologi VVT(Variable Valve Timing), semburan bahan api terus (Direct Injection) dan Sistem Pengurusan Bahan Api Aktif (Active Fuel Management). Penghasilan kuasa enjin ini adalah sangat mengkagumkan iaitu 455hp dan 617Nm tork, menjadikannya model SS yang paling berkuasa pernah dihasilkan oleh Chevrolet.

Bagi enjin LT1 ini, kotak gear enam kelajuan dengan sistem kawalan putaran (Rev) aktif dan kotak gear Hydra-Matic 8L90 Paddle Shift lapan kelajuan ditawarkan sebagai pilihan.

(Klik untuk galeri penuh)

Teknologi


Rekabentuk


Pengurangan berat pada kereta ini adalah suatu yang sangat diambil berat. Buktinya adalah apabila panel instrumen besi yang digantikan dengan panel instrument aluminium dapat mengurangkan berat sebanyak 4.2kg. Penggunaan suspensi hadapan dan belakang yang diperbuat daripada aluminium pula dapat mengurangkan berat sebanyak 12kg.

Para jurutera dan pereka di Chevrolet telah menilai semua aspek pada kereta ini dan hasilnya, mereka berjaya mengurangkan berat sebanyak 90kg. Hampir 70% daripada komponen pada model Camaro ini adalah unik. Dengan bantuan penggunaan rekabentuk dari perisian komputer, ketegaran struktur Camaro ini meningkat sebanyak 28% dan berat Body In White berkurang sebanyak 60.5kg.

(Klik untuk galeri penuh)