KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan terhadap Chegu Bard, atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin, berhubung kenyataan beliau yang didakwa berbaur hasutan berkaitan kereta kurniaan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 itu turut dibuka terhadap Muhammad Zahid Md Arip, yang juga bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Kita sedang melengkapkan kertas siasatan ini dan kedua-dua individu akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis serah terima tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman yang baharu Datuk Khaw Kok Chin daripada Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din serta Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam yang baharu Mohd Kamarudin daripada Datuk Seri Hazani Ghazali di sini.
Mengenai notis merah terhadap menantu bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, Razarudin berkata pihaknya telah menghantar maklumat tambahan seperti yang diminta oleh Polis Antarabangsa (Interpol).
"Kini polis hanya menunggu maklum balas lanjut daripada pihak Interpol berhubung notis merah berkenaan," katanya.
Mengulas penggunaan kamera badan oleh anggota polis di lapangan, beliau berkata pihaknya menjangka menerima perkakasan itu pada Oktober ini.
"Diharapkan dengan penerimaan 7,648 unit kamera badan ini sekurang-kurangnya dapat menghindar tohmahan terhadap warga PDRM selain menjadikan pegawai dan anggota kita lebih bertanggungjawab," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 04 2024

Polis membuka kertas siasatan terhadap Chegu Bard berhubung kenyataan beliau yang didakwa berbaur hasutan berkaitan kereta kurniaan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar fail/Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Keputusan Che'gu Bard kena perintah larangan pada Isnin
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Abu Bakar Katar selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan pada Khamis.

Polis rakam kenyataan Chegu Bard dan Zahid Md Arip hari ini
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam kenyataan berkata kedua-dua mereka dirakam percakapan pada 11 pagi tadi bagi membantu siasatan.

Chegu Bard, Zahid Md Arip disiasat berhubung isu kenderaan kurniaan Agong kepada PM
Siasatan itu berkaitan kereta kurniaan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Polis KL sahkan terima laporan tentang Chegu Bard
Polis berkata kes itu akan disiasat dan dikendali oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.

'Saya jawab semua soalan dari tujuh kertas siasatan' - Chegu Bard
Badrul Hisham Shaharin dibebaskan pada pagi Jumaat dengan jaminan polis selepas selesai memberi keterangan.

Chegu Bard dibebaskan pagi ini
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegu Bard dibebaskan jam 2.15 pagi tadi selepas diambil keterangan.

Penahanan Chegu Bard tiada kena mengena dengan penganjuran perhimpunan - Polis
Menurut polis, penahanan Chegu Bard adalah berdasarkan waran tangkap yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 13 September lalu.

Chegu Bard ditahan malam Khamis?
Sekretariat Himpunan Selamatkan Malaysia, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard ditahan polis pada Khamis.

Dakwaan miliki rumah RM20 juta, Nurulhidayah akan buat laporan polis
Nurulhidayah Ahmad Zahid akan membuat laporan polis terhadap terhadap Chegu Bard ataupun nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin susulan dakwaan beliau memiliki kediaman mewah berharga RM20 juta.

Chegubard didakwa terbitkan artikel menghasut
Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard berada dalam tahanan polis selepas ditahan malam tadi.