IPOH: Ahli Parlimen Tanjung Malim Chang Lih Kang kini menggalas tugas sebagai Menteri Sains dan Teknologi dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Chang, 42, memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan juga Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Universiti Nasional Singapura (NUS).
Anak kelahiran Ipoh itu pernah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Pembangunan Infrastruktur Parlimen Malaysia, Jawatankuasa Pilihan Khas Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri dan Koordinator Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).
Dalam kerjaya politik, bapa kepada dua anak itu sebelum ini pernah menjadi Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR sebelum dilantik Setiausaha Angkatan Muda Keadilan PKR dan kini Naib Presiden PKR.
Di peringkat negeri, beliau sebelum ini memegang jawatan Naib Pengerusi PKR Perak dan kini Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Perak selepas mengambil alih kepimpinan yang dikosongkan oleh Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang kemudiannya diisi sementara oleh bekas Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Chang memenangi kerusi Parlimen Tanjung Malim dengan majoriti sebanyak 3,541 undi daripada 25,140 undi menewaskan pencabar utamanya Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi daripada Perikatan Nasional (PN) yang mendapat 21,599 undi manakala calon Barisan Nasional (BN) Datuk Dr Mah Hang Soon memperoleh 20,963 undi.
Chang juga sebelum ini pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja selama dua penggal pada 2008 hingga 2018 sebelum digantikan oleh Sandrea Ng Shy Ching yang kini Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Perak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 04 2022
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan surat cara pelantikan jawatan sebagai Menteri Sains dan Teknologi kepada Chang di Istana Negara, 3 Dis 2022. --fotoBERNAMA
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
AWANI Ringkas: Cederakan rakan pelatih, pegawai kadet UPNM didakwa di mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan udara Israel mengenai sebuah bangunan di pinggir selatan Beirut pada Khamis.
Rakaman yang diambil dari Baabda menunjukkan saat-saat serangan itu mengenai bangunan, diikuti dengan letupan yang kuat dan asap tebal yang memenuhi ruang udara.
#AWANInews
#AWANInews
Chang Lih Kang galas tanggungjawab majukan sains dan teknologi negara
Chang memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari UPM dan juga Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari NUS.