Penggunaan cermin gelap dan filem penghadang haba kenderaan kini tidak lagi dilihat sebagai aksesori tambahan, malah lebih kepada keperluan, oleh pemilik kenderaan.
Justeru, wujud pandangan dan saranan di kalangan pengguna kenderaan agar pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menaikkan had maksimum kegelapan cermin kepada 80 peratus berbanding 70 peratus ketika ini.
JPJ menetapkan kenderaan bercermin gelap adalah salah di bawah kaedah-kaedah kenderaan motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.
Kadar peratusan yang dibenarkan masih kekal buat masa ini iaitu 70 peratus untuk cermin belakang, 50 peratus bagi 4 cermin sisi dan 30 peratus bagi cermin hadapan.
Dalam tinjauan di sebuah kedai aksesori kereta di Ampang, Selangor, pemilik kenderaan mempunyai alasan berbeza berhubung pemasangan filem penghadang haba.
Menurut Saifulddin Osman, pemasangan cermin gelap atau tinted adalah bertujuan mengelakkan bahang dan sinaran cahaya matahari daripada menembusi tingkap kereta selain bertujuan melindungi barangan peribadi.
"Kalau hendak ikutkan spesifikasi, memang tidak ikut spesifikasi sebenar, sebab dia gelap. Kalau kita pasang yang diiktiraf oleh JPJ, masih boleh nampak barang di dalam.
"Dan kalau pakai yang diluluskan JPJ, kalau orang pecah cermin kereta kita, cermin akan pecah terus.
"Tapi kalau kita pasang yang gelap dan tebal, kalau cermin dipecahkan, ia tidak akan retak terus," ujarnya.
Bagi pengguna kenderaan jenis Sport Utility Vehicle (SUV), Nizam Mohd Tahir, keadaan but SUV yang boleh dilihat dari luar membimbangkan pemiliknya.
"Sebab panas, dan satu lagi, sebab but belakang kereta SUV tiada penutup. Itu sebabnya saya memasang penghadang haba tinted sehingga 80 peratus," ujarnya.
Bagaimanapun ramai juga yang memilih untuk mengikut spesifikasi yang ditetapkan JPJ bagi mengelak dari dikenakan tindakan undang-undang.
Menurut Uliah Harun, beliau terpaksa menambah aksesori lain bagi menampung sinaran matahari walaupun telah memasang penghadang haba yang diluluskan JPJ.
"Sebab, pukul 11 dan 12 tengahari, silau sangat. Saya tak tahan panas, sebab itu saya pasang (aksesori). Tetapi, saya takut gelap sangat, nanti kena saman.
"Jadi, saya tampallah dengan aksesori tambahan seperti sunshade dan yang lain. Tetapi, masa gelap, saya buka semula, saya tidak mahu lebih-lebih, tetapi panas itu tetap terasa walaupun pasang tinted," terangnya.
Sementara itu, permintaan terhadap pemasangan filem penghadang haba dan skrin gelap menyebabkan kedai aksesori kereta tumbuh bagaikan cendawan di bandar-bandar utama seluruh negara.
Pemilik kedai aksesori kenderaan di Ampang, Alex Yap berkata, susulan fenomena El Nino yang melanda negara, selain suhu sedia ada pada 35 hingga 37 darjah Celcius, mendorong ramai pemilik kenderaan kini memilih memasang penghadang haba dengan peratusan lebih tinggi berbanding yang ditetapkan JPJ.
"Sekarang perniagaan tinted bagus, sebab Malaysia sekarang cuaca panas. Jadi, ramai orang pasang tinted dan semua mahu gelap, sebab tidak mahu kena panas.
"Semua pelanggan akan kami nasihatkan mengenai undang-undang JPJ, iaitu belakang dibenarkan sebanyak 70 peratus, tepi 50 peratus dan hadapan 30 peratus, dan kalau pelanggan mahu pasang gelap kita akan beritahu mereka perlu tanggung risiko sendiri jika dikenakan tindakan undang-undang," katanya.
Tambah Yap, berdasarkan kepakarannya selama hampir 10 tahun dalam penjualan aksesori, beliau mengakui sekiranya pemasangan hanya dibuat dengan penghadang haba 50 peratus, sinaran dan haba panas masih boleh membahayakan sesetengah pesakit kulit.
"Kalau 50 peratus, serupa macam tidak pakai tinted. Lagi satu sebab, Malaysia memang panas, kalau kereta tiada tinted, pakai kereta apa pun, tetap akan kena panas walaupun sistem penghawa dingin dinaikkan kelajuan kipasnya," katanya.
Rata-rata pengguna yang ditemui berpendapat, timbul keperluan untuk menaikkan peratusan maksimum tahap kegelapan cermin, serta ia diseragamkan bagi keseluruhan kenderaan.
Langkah ini dianggap mampu menangani masalah yang sering didepani pengguna.
Bulan lalu, dalam satu temubual bersama Pengarah Penguatkuasa JPJ Datuk V Valluvan Veloo, beliau menegaskan buat masa ini kerajaan masih belum membuat sebarang penetapan baharu berhubung perkara berkenaan.
Apa pula pendapat anda? Sertai undian di bawah.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Sat Jul 09 2016
Pemilik kenderaan mempunyai alasan berbeza berhubung pemasangan filem penghadang haba.
AWANI 7:45 [26/11/2024] – Risiko banjir besar hujung tahun | Ramai tak bayar bil elektrik | Bunuh, simpan mayat ibu | Tak cukup syarat nikah
- Luruan monsun hingga hujung bulan, hujan sangat lebat, angin kencang, kaut bergelora
- Tunggakan bil elektrik seluruh negara cecah RM1 bilion, lebih 600,00 akaun dipotong
- Pastor didakwa bunuhm simpan mayat ibu dalam peti sejuk sejak tiga tahun lalu
- Perkahwinan bintang sensasi Indonesia, Rizky-Mahalini tidak sah
- Tunggakan bil elektrik seluruh negara cecah RM1 bilion, lebih 600,00 akaun dipotong
- Pastor didakwa bunuhm simpan mayat ibu dalam peti sejuk sejak tiga tahun lalu
- Perkahwinan bintang sensasi Indonesia, Rizky-Mahalini tidak sah
APM Kelantan tangkap ular sawa batik seberat 50 kg
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menangkap seekor ular sawa batik seberat 50 kilogram di Kampung Baru Star, di sini semalam.
AWANI Ringkas: PAGS | Pemilikan Rumah | Pelaburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Selangor dinamik | Cita sempurna Malaysia MADANI
Apakah fokus dan strategi Kerajaan Negeri Selangor dalam mengurus dan meneruskan pembangunan memacu agenda ekonomi negeri serta meningkat kesejahteraan rakyat? Ikuti temubual mengenai Belanjawan Negeri Selangor 2025 bersama Datuk Seri Amirudun Shari, Menteri Besar Selangor dalam Agenda AWANI 9.00 malam ini.
#AWANIRingkas 26 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 November 2024
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Hampir 93 peratus pilih tingkatkan kadar kegelapan cermin kereta - undian
Netizen bersetuju dengan cadangan menaikkan had maksimum kegelapan cermin untuk mengelakkan bahang dan sinaran cahaya matahari.
Cermin gelap kereta bukan aksesori, tetapi keperluan - pengguna
Justeru, wujud pandangan dan saranan di kalangan pengguna kenderaan agar pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menaikkan had maksimum kegelapan cermin kepada 80 peratus berbanding 70 peratus kini.