SHAH ALAM: Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju), Dr Mohd Muzzammil Ismail bertindak 'kunci mulut' mengenai desas-desus pemecatannya daripada jawatan itu.
Ketika dihubungi, beliau hanya menjelaskan mengenai status kontrak yang sepatutnya berakhir Oktober 2024.
"Maafkan saya kerana tidak dapat memberi sebarang komen berkenaan kontrak.
"Kontrak sepatutnya habis pada Oktober tahun hadapan (2024).
"Sekarang banyak khabar angin (pemecatan) bukan sahaja (melibatkan) Yayasan Peneraju, Teraju (Unit Peneraju Agenda Bumiputera) dan agensi lain juga begitu," katanya menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
Sebelum ini Bendahari UMNO Kuala Kedah itu dilantik ke jawatan berkenaan pada Oktober 2020.
Sementara itu semakan di laman web Yayasan Peneraju pada bahagian pihak pengurusan gagal menemui sebarang maklumat mengenai kedudukan Mohd Muzzammil sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 02 2023
Mohd Muzzammil bertindak 'kunci mulut' mengenai desas-desus pemecatannya daripada jawatan itu. -Foto Sinar Harian
‘Masih jelas suara isteri panggil anak-anak’ - Bapa empat anak rentung
Dalam kejadian itu, Muhammad Khairuddin terselamat selepas berjaya dibantu keluar dari rumah oleh penduduk setempat.
Wanita rentung bersama empat anak sedang hamil lima bulan
Wanita yang rentung dalam kebakaran bersama empat lagi anaknya di Kampung Berangan Enam, Umbai, Jasin awal pagi tadi sedang hamil lima bulan.
Facebook lubuk iklan perjudian, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022
Sebanyak 5,026 laman sesawang judi disekat dan 224,403 kandungan perjudian di platform media sosial juga turut diturunkan sehingga 1 Februari lalu.
Isu Adendum akan dijawab di Dewan Rakyat selepas selesai proses perundangan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar IBrahim menegaskan beliau akan menjawab isu titah adendum seperti yang dijanjikan di Dewan Rakyat sebaik sahaja proses perundangan selesai.
Pembinaan RTS Link Malaysia-Singapura capai kemajuan memberangsangkan
Projek pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Link antara Malaysia dan Singapura berjalan lancar mengikut jadual dengan mencapai kemajuan 100 peratus membabitkan pembinaan infrastruktur landasan kereta api setakat hujung bulan lalu.
MAIM sedia kerjasama dengan PAC Melaka isu dakwaan kakitangan terlibat penyelewengan
MAIM sedia memberi kerjasama kepada kepada PAC Melaka bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kakitangan agensi berkenaan terlibat penyelewengan.
PPR: Kenal pasti penduduk, kenakan sewa munasabah - PM
Sebarang tunggakan boleh dibincangkan dengan majlis perbandaran atau ahli dewan undangan negeri yang berkenaan, namun sewa minima mesti dibayar.
PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM
Perdana Menteri turut meluluskan peruntukan tambahan segera RM1.2 juta untuk baik pulih kemudahan termasuk lif di PPR Lembah Subang 1, Petaling Jaya.
Kerajaan Melaka ucap takziah kepada lima sekeluarga maut dalam kebakaran di Jasin
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam satu muat naik di Facebook turut menzahirkan dukacita yang amat mendalam di atas tragedi yang menimpa keluarga itu.
Hospital Kajang kini dikenali Hospital Tengku Permaisuri Norashikin
Perasmian nama baharu itu diadakan pada majlis yang disempurnakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
CEO Yayasan Peneraju 'kunci mulut' dakwaan dipecat
Ketika dihubungi, beliau hanya menjelaskan mengenai status kontrak yang sepatutnya berakhir Oktober 2024.