KUALA LUMPUR:Pergerakan Pemuda UMNO berharap pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang baharu bukan sekadar indah khabar dari rupa.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki berkata, malah pelantikan itu mampu menyelami dan memahami suara hati rakyat.

Sehubungan itu, Pergerakaan Pemuda UMNO mengalu-alukan pertukaran jawatan tersebut.

"Pemuda UMNO hanya berharap dengan pertukaran jawatan ini ini bukan sekadar ‘window dressing’ atau indah khabar dari rupa.

 
Sumber Facebook drasyrafwajdidusuki

"Sebaliknya kepimpinan baharu KWSP mestilah benar-benar mampu menyelami dan memahami suara hati rakyat yang amat berharap agar mereka dapat mengeluarkan wang simpanan mereka tanpa syarat dan tanpa kriteria yang menyusahkan di kala suasana luar biasa pandemik ketika ini," katanya dalam satu hantaran di Facebook, di sini, pada Rabu.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata, keadaan luar biasa memerlukan pendekatan luar biasa.

KWSP hari ini mengesahkan pelantikan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KWSP berkuatkuasa 1 Mac 2021.

BACA: KWSP dapat CEO baharu, Amir Hamzah ganti Tunku Alizakri

Menurut KWSP dalam satu kenyataan hari ini, pelantikan itu diumumkan selepas menerima kelulusan Kementerian Kewangan.