GEORGE TOWN: Lelaki yang ditahan kerana menyerang dan menetak seorang wanita dengan parang sehingga maut di Raja Uda, Butterworth semalam dipercayai bertindak demikian kerana cemburu.
Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad dalam sidang media hari ini berkata siasatan lanjut berhubung motif serangan itu masih dijalankan dan lelaki berusia 29 tahun itu kini direman tujuh hari.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Mohd Asri Shafie ketika dihubungi Bernama berkata lelaki yang merupakan operator kilang itu ditahan sehingga 26 Dis ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata mangsa yang juga ibu saudara kepada suspek merupakan peniaga pakaian.
"Polis akan merekodkan keterangan suspek dan beberapa saksi yang melihat kejadian tersebut bagi melengkapkan kertas siasatan kes itu," katanya.
Dalam kejadian kira-kira 11.10 pagi semalam, wanita berusia 42 tahun itu maut selepas diserang dan ditetak dengan sebilah parang oleh suspek yang kemudiannya bertindak terjun ke laut dari Jambatan Pulau Pinang.
Dia bagaimanapun diselamatkan oleh nelayan dan pemancing sebelum diserahkan kepada polis dan menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.
Sementara itu, Mohamed Usuf Jan berkata polis telah mengenal pasti beberapa suspek terlibat dalam kejadian penjual nasi maut ditikam di tempat meletak kereta sebuah apartment di Jalan Perak di sini, 5 Dis lepas.
Beliau berkata pihaknya percaya dapat menyelesaikan kes itu dalam masa terdekat berdasarkan beberapa perkembangan baharu.
"Saya tak boleh mendedahkan lebih lanjut berhubung siasatan kes itu kerana siasatan lanjut sedang dijalankan, kita bimbang ia akan mengganggu (siasatan)," katanya.
Beliau berkata tiga individu termasuk seorang wanita yang ditahan bagi membantu siasatan telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Dalam kejadian 6.18 petang itu, seorang lelaki warga emas berusia 60-an maut selepas ditikam 27 kali dengan pisau oleh seorang lelaki.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 20 2023
Dalam kejadian kira-kira 11.10 pagi semalam, wanita berusia 42 tahun itu maut selepas diserang dan ditetak dengan sebilah parang oleh suspek yang kemudiannya bertindak terjun ke laut dari Jambatan Pulau Pinang. - Sumber imej CCTV
AWANI Pagi: Jojo sedia harumkan nama Malaysia di pentas dunia
Gelanggang #AWANIPagi akan dikunjungi sensasi Muay Thai, Johan 'Jojo' Ghazali untuk berkongsi perihal langkahnya yang semakin menyinar dalam sukan itu. Jangan ketinggalan saksikan eksklusif di AWANI Pagi 7.30 pagi Sabtu
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Ular tedung tercekik botol ubat batuk
Reptilia berkenaan dilihat seperti sukar bernafas dan bergelut untuk mengeluarkan botol dari rahangnya.
PRK Sungai Bakap: Warga emas bersemangat turun undi, bangun 4.30 pagi
Walaupun hanya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke pusat pengundian, dia keluar lebih awal bagi mengelak kesesakan.
Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Pejabat Netanyahu bagaimanapun memaklumkan, masih terdapat jurang antara kedua-dua pihak.
Siapa wakil rakyat baharu di Sungai Bakap?
Sebanyak sembilan pusat mengundi membabitkan 65 saluran dibuka mulai jam 8 pagi hingga 6 petang sebelum proses penjumlahan undi berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi bagi tujuan PRK Sungai Bakap ini.
PRK Sungai Bakap: Sembilan pusat mengundi dibuka 8 pagi ini
Proses pengundian hari ini melibatkan 39,151 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu.
Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Israel mendakwa sedang menjalankan aktiviti memerangi keganasan termasuk serangan udara di Jenin.
Pameran Pendidikan Korea di Kuala Lumpur untuk tarik minat pelajar Malaysia
Pameran itu bertujuan menarik minat pelajar antarabangsa yang cemerlang, dengan menampilkan kelebihan menyambung pengajian di Korea Selatan.
Syor tambah hierarki Mahkamah Syariah - Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata antara yang akan disyorkan termasuk menambah hierarki mahkamah syariah sedia ada kepada empat peringkat berbanding tiga ketika ini iaitu mahkamah rendah, mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan.
Mohd Rabin dilantik Fasilitator Kerajaan Malaysia
Bekas Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Mohd Rabin Basir dilantik sebagai Fasilitator Kerajaan Malaysia yang baharu bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand berkuat kuasa 1 Julai lepas.
Cemburu dipercayai motif lelaki tetak ibu saudara
Lelaki yang menyerang dan menetak seorang wanita dengan parang sehingga maut di Butterworth dipercayai bertindak demikian kerana cemburu.
Polis siasat motif lelaki tetak ibu saudara dengan parang
Wanita yang maut ditetak dengan parang dalam kejadian di Jalan Raja Uda, Butterworth semalam adalah ibu saudara kepada lelaki yang menetaknya.