Dalam usaha menyekat fahaman Daish (kumpulan militan IS) yang kini menjadi ancaman global, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan pasukan siber bagi mengekang penglibatan anggotanya dalam ideologi itu.
Panglima TLDM Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata penubuhan pasukan itu merupakan inisiatif TLDM bagi memantau anggotanya daripada terjerumus dengan fahaman itu.
"Pasukan itu terdiri daripada beberapa anggota TLDM yang pakar dalam bidang siber akan mengawasi anggota melalui laman media sosial mereka dan memanggil anggota terbabit untuk sesi kaunseling sekiranya terdapat unsur-unsur menyebarkan fahaman Daesh," katanya pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat di KD Sri Gombak, di sini, pada Rabu.
Terdahulu, tiga pegawai kanan TLDM menerima kenaikan pangkat dalam majlis berkenaan bertujuan memberi motivasi kepada 'Navy People' agar sentiasa menggalas amanah yang dipertanggungjawabkan sehingga mencapai kejayaan dan pengiktirafan daripada organisasi.
Mereka ialah Laksamana Madya Ahmad Abdullah yang dinaikkan pangkat daripada Laksamana Pertama, Laksamana Pertama Jamaluddin Mohd Saman daripada pangkat Kapten dan Kapten Badarudin Taha daripada Komander.
Mengulas lanjut, Ahmad Kamarulzaman berkata pihaknya bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia melalui Kor Agama menganjurkan jerayawara di pangkalan TLDM seluruh negara dengan memberi taklimat mengenai fahaman Daesh.
"Penting bagi kami untuk memupuk kesedaran sebagai langkah awal bagi menghalang penglibatan anggota dengan ancaman itu," katanya.
Katanya, ini merupakan satu daripada inisiatif TLDM bagi mendukung hasrat kerajaan menangani ancaman Daesh.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Kamarulzaman menafikan laporan bahawa sebuah kapal asing menceroboh kawasan perairan Bintulu, Sarawak yang diviralkan di media sosial baru-baru ini.
"Kehadiran kapal-kapal asing di kawasan Zon Ekonomi Eksklusif negara dengan jarak 200 batu nautika dari perairan negara kita adalah laluan dan perkara biasa dan tidak perlu bimbang," katanya.
Bernama
Wed Dec 16 2015

Ini merupakan satu daripada inisiatif TLDM bagi mendukung hasrat kerajaan menangani ancaman Daesh. - Gambar fail
Pengeluaran akaun fleksibel cecah RM12.07 bilion
Jumlah pengeluaran Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah RM12.07 bilion setakat 31 Disember 2024, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Katanya, pengeluaran itu melibatkan sebanyak 4.11 juta ahli yang berumur bawah 55 tahun.
Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024 disebabkan ketegangan perdagangan, perubahan dasar, dan pemulihan tidak seimbang.

ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat
Kapten JDT dedikasi kejayaan pasukan itu ke ACLE buat semua 'Bangsa Johor.'

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.

Cegah penyebaran fahaman Daish, TLDM tubuh pasukan siber
Dalam usaha menyekat fahaman Daish yang kini menjadi ancaman global, TLDM) mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan pasukan siber bagi mengekang penglibatan anggotanya.