KOTA KINABALU: Catuan bekalan elektrik dilaksanakan bermula pagi tadi di 14 daerah di negeri ini dan Labuan melibatkan 62,093 pengguna akibat masalah teknikal di stesen penjanaan.
Operator Sistem Grid Sabah dan Labuan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Adrian Mosigil berkata daerah terlibat ialah Tawau, Pitas, Beaufort, Kuala Penyu, Nabawan, Ranau, Tuaran, Kota Kinabalu, Lahad Datu, Kunak, Kudat, Sandakan, Tenom dan Papar.
Beliau berkata catuan itu bermula 11 pagi tadi serta berkemungkinan sehingga 8 malam ini dan bekalan elektrik sedang dipulihkan ke kawasan terjejas secara berperingkat.
"Catuan ini dilaksanakan bagi memastikan kestabilan grid elektrik berikutan masalah kekurangan penjanaan dalam sistem grid," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata terdapat masalah teknikal di Unit Penjanaan 2 di Stesen Janakuasa Kimanis dan Unit Penjanaan Gas Turbine 2 dan 3 di Stesen Janakuasa Patau telah terpelantik (tripping) pada 10:03 pagi tadi menyebabkan kekurangan penjanaan tersebut.
Unit penjanaan di Stesen Janakuasa Patau katanya telah berjaya dipulihkan selepas satu jam dari kejadian terpelantik, manakala unit penjanaan di Stesen Janakuasa Kimanis memerlukan sedikit masa untuk dipulihkan.
Pengguna boleh menghubungi SESB Careline 15454, 088- 515000, 019- 8525427 atau melalui aplikasi mySESB untuk sebarang pertanyaan
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 12 2024
Daerah terlibat ialah Tawau, Pitas, Beaufort, Kuala Penyu, Nabawan, Ranau, Tuaran, Kota Kinabalu, Lahad Datu, Kunak, Kudat, Sandakan, Tenom dan Papar. - Gambar hiasan
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
SESB laksana catuan elektrik di beberapa kawasan di Sabah
Catuan bekalan elektrik terpaksa dilakukan secara bergilir-gilir bermula semalam di beberapa kawasan di negeri ini, menurut Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) hari ini.
Catuan bekalan elektrik di 14 daerah di Sabah, Labuan - SESB
Catuan bekalan elektrik dilaksanakan bermula pagi tadi di 14 daerah di negeri ini dan Labuan melibatkan 62,093 pengguna akibat masalah teknikal di stesen penjanaan.
Pengecualian surcaj elektrik bukti komitmen kerajaan bantu rakyat Sabah - Pengerusi SESB
Ini membuktikan segala perancangan dan peruntukan yang diumumkan kerajaan Persekutuan untuk Sabah sebelum ini dilaksanakan dengan baik.