Seorang penjawat awam berjaya memahat nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori 'Bilangan Ceramah Moral Terbanyak Yang Disampaikan Seorang Individu' selepas memberikan ceramah selama 12 hari di 37 sekolah selama 37 jam.
Affendi Rajini Kanth, 44, anak kelahiran Perlis yang bertugas sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik di Pejabat Setiausaha kerajaan negeri Pulau Pinang melakukan jelajah solo menunggang motosikal jenis BMW RT1200 pada 18 hingga 30 April 2019 melibatkan 12 Parlimen di Semenanjung Malaysia untuk mendekati Gen-Y.
Affendi memilih beberapa sekolah secara rawak, purata tiga sekolah bagi setiap Parlimen untuk menyampaikan ceramah dalam masa satu jam yang memberi pengisian nilai-nilai murni bagi generasi muda hari ini yang lebih sibuk dengan alatan sehingga wujud jurang kasih sayang antara keluarga.
"Berdasarkan kajian rambang yang saya lakukan, kasih sayang, nilai murni dan nilai peradaban semakin kurang dalam kalangan mereka (Gen-Y) dan ada yang mengaku bersalam dengan ibu bapa pada hari raya sahaja.
"Mereka juga lebih mempercayai rakan berbanding ibu bapa sendiri selain suka membuat keputusan sendiri dan saya mengambil langkah ini untuk memberi perkongsian ceramah berkaitan nilai moral," katanya ketika ditemui Bernama selepas Majlis Penganugerahan Malaysia Book Of Records di sini, hari ini.
Terdahulu Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan majlis tersebut sekali gus menyampaikan plak penghargaan kepada Affendi.
Berangkat sama Raja Puan Muda Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Affendi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Perlis (YKP) menerima tajaan utama daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selain mengeluarkan perbelanjaan peribadi RM60,000 untuk merealisasikan hasrat murninya itu.
Untuk rekod, Affendi mula bergerak dari Perlis ke Kuala Lumpur dengan memberi ceramah pertama di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Setiawangsa, sebelum meneruskan perjalanan ke Johor diikuti Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan berakhir di Kedah.
Katanya dia juga merancang untuk mengadakan jelajah fasa kedua ke kepulauan Borneo Sabah dan Sarawak sekiranya ada rezeki lebih dan penyumbang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 07 2020

Affendi Rajini Kanth, 44, anak kelahiran Perlis melakukan jelajah solo menunggang motosikal jenis BMW RT1200 pada 18 hingga 30 April 2019 melibatkan 12 Parlimen di Semenanjung Malaysia untuk mendekati Gen-Y. - BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Catat rekod MBOR ceramah 12 hari di 37 sekolah selama 37 jam
Affendi melakukan jelajah solo menunggang motosikal jenis BMW RT1200 pada 18 hingga 30 April 2019 melibatkan 12 Parlimen di Semenanjung Malaysia untuk mendekati Gen-Y.