KUALA LUMPUR: Pelaksanaan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk wartawan khususnya "stringer" atau wartawan sambilan perlu disegerakan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata ia bagi membolehkan semua pengamal media mendapat manfaat daripada Perkeso termasuk Pencen Ilat yang lebih menjamin keselamatan sosial pekerjaan.
"Kita perlu perjuangkan dan pastikan rakan-rakan media merupakan pencarum sama ada bekerja sepenuh masa atau separuh masa kerana tanpa rakan media kita takkan dapat berita... tidak kira penyunting atau jurugambar, " katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Fahmi berkata beliau telah meminta beberapa persatuan pengamal media termasuk Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia untuk berbincang dan mencari penyelesaian berhubung perkara itu.
Beliau berkata demikian selepas menziarahi keluarga wartawan hiburan portal Boom Malaysia dan Jurnal Malaysia milik KRU Media, Siti Nor Hafiza Kamarudin yang meninggal dunia di London 28 Dis lepas, di kediaman Allahyarhamah di Ampang di sini.
Turut sama menziarah keluarga Allahyarhamah, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Entertainment Datuk Norman Abdul Halim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya yang juga penyanyi rap Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet.
Sementara itu, ibu Allahyarhamah, Siti Nooriah Hasan, 69, reda dengan pemergian anak sulungnya yang disifatkan sebagai anak yang banyak berbakti kepada ibu bapa.
"Setiap tahun pada Hari Raya arwah mesti akan balik tolong kemas rumah dan pelbagai persiapan lain, pasti akan terasa ketiadaan dia pada Hari Raya akan datang," katanya.
Wartawan hiburan majalah Suria7, Asraf Aided pula menyifatkan Siti Nor Hafiza sebagai sahabat yang periang dan sering menjadi penceria suasana.
"Allahyarhamah juga seorang yang tabah, kuat dan pejuang dalam melawan penyakitnya (kanser payudara), dia tidak pernah menzahirkan kesakitan walaupun kita yang nampak dia lemah dan tidak sihat, " katanya yang pernah bertugas bersama Siti Nor Hafiza di Astro Gempak.
Siti Nor Hafizah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Jalan Kuala Lumpur-Karak di sini kira-kira 12.50 tengah hari tadi.
Siti Nor Hafiza, 40, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Charing Cross pada 3 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia) pada 28 Dis lepas dan meninggalkan suami Mohd Roshdi Ramli, 40, dan dua cahaya mata Riyadh Haziq berusia 10 tahun dan Raisya Hannah, 8.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 06 2024
Fahmi (kanan) menziarahi keluarga Allahyarham Siti Nor Hafiza di kediaman keluarganya di Taman Sri Raya Ampang Kuala Lumpur hari ini. - Gambar/ Bernama
Polis tahan dua lelaki miliki senjata api, dadah di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menahan dua lelaki berusia 19 dan 34 tahun yang disyaki memiliki senjata api dan dadah di Kampung Degong, Pasir Mas, semalam.
Lebih 1,400 kematian akibat kemalangan babit lori
Sebanyak 1,457 kematian dicatatkan dalam 3,500 kemalangan membabitkan lori di seluruh negara sejak Januari 2019 hingga November lepas.
Trump minta Mahkamah Agung tangguhkan tarikh akhir larangan TikTok
Trump, yang lantang mengkritik TikTok semasa penggal pertamanya, menyuarakan kebimbangan terhadap isu keselamatan negara.
CEO FAM: Tokoh korporat paling layak, Tony Fernandes calon sesuai - Penganalisis
Tokoh korporat dilihat sebagai individu paling layak untuk mengisi kerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pertama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Ronaldo pertimbang ambil alih Manchester United
Bintang bola sepak Cristiano Ronaldo menyatakan minat untuk kembali ke Old Trafford, namun kali ini sebagai pemilik Manchester United, dengan harapan dapat mengembalikan kegemilangan bekas kelabnya itu.
Pemain berusia 39 tahun itu yakin mampu menangani isu yang melanda United ketika ini.
Pemain berusia 39 tahun itu yakin mampu menangani isu yang melanda United ketika ini.
Samenta gesa Kelantan pertimbang semula keperluan pensijilan halal bagi pengusaha F&B
Katanya, kerajaan Kelantan perlu bekerjasama dengan pengusaha F&B untuk promosi sijil halal dan dengan pihak berkuasa untuk kurangkan beban mereka.
7 laporan dibuat terhadap Hannah Yeoh
Polis setakat ini menerima tujuh laporan terhadap Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berhubung penerbit buku berjudul Becoming Hannah yang dipercayai mengandungi unsur penyebaran agama Kristian secara halus.
Bayi di Gaza meninggal dunia akibat cuaca sejuk, kekurangan tempat perlindungan - UNRWA
Selimut, tilam dan bekalan musim sejuk lain tersekat selama beberapa bulan sementara menunggu kelulusan untuk dibawa masuk ke Gaza.
'Becoming Hannah': 7 laporan polis dibuat terhadap Hannah Yeoh
Polis setakat ini menerima tujuh laporan terhadap Hannah Yeoh berhubung penerbit buku berjudul Becoming Hannah yang dipercayai mengandungi unsur penyebaran agama Kristian.
Kebuluran semakin tenat di Gaza - WFP
Menurut WFP, pihaknya hanya dapat membawa masuk kira-kira satu pertiga daripada bekalan makanan yang diperlukan.
'Kami tinggalkan 10 minit, dia pergi seolah-olah tak mahu lihat kami sedih' - Suami Fiza Kamarudin
Roshdi berkata sekiranya hajat tidak tertunai, dia akan berasa terkilan kerana tidak dapat menunaikan hasrat terakhir isterinya itu.
Caruman Perkeso untuk pengamal media termasuk wartawan sambilan perlu disegerakan - Fahmi
Pelaksanaan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk wartawan khususnya "stringer" atau wartawan sambilan perlu disegerakan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Jenazah Allahyarham Fiza Kamarudin selamat dikebumikan
Allahyarham Fiza Kamaruddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, di sini, tengah hari ini.
Jenazah Siti Nor Hafiza dibawa ke Masjid Kampung Baru sejurus tiba di KLIA
Sebaik urusan di KLIA selesai, jenazah akan terus dibawa ke masjid untuk urusan solat jenazah sekitar pukul 10 ke 11 pagi.
Jenazah wartawan hiburan Siti Nor Hafiza tiba esok
Jenazah akan berlepas dari London dengan menaiki pesawat MH0003 hari ini sebelum dijangka tiba di KLIA 7.15 pagi esok.