Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sedang 'memujuk' kerajaan mencari mekanisma terbaik meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti, tanpa mengetepikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Pengerusi Lembaga Pengelola DBP Prof Datuk Dr Md Salleh Yaapar berkata selain kajian mendalam bagi mencari mekanisma itu, kerajaan boleh mendapatkan pandangan pakar dalam bidang pendidikan.
"Insya-Allah perlahan-lahan kita akan memujuk juga menteri untuk melihat perkara ini. Kalau mereka dapat penerangan yang jelas dan kalau ada keikhlasan mesti mereka bersetuju.
"Ini kerana kalau dilihat dengan jelas, Akta Pendidikan Kebangsaan 1996 dalam Perkara 17 menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan," katanya kepada media selepas majlis perasmian Hari Inovasi DBP 2016, di sini pada Khamis.
Md Salleh berkata demikian ketika diminta mengulas titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang antara lain mahukan satu formula yang bijaksana dicari dalam melahirkan masyarakat dwibahasa bagi membangunkan sumber manusia bersifat global tanpa meminggirkan kedaulatan bahasa kebangsaan.
Sultan Nazrin bertitah demikian pada Majlis "Titah Diraja" anjuran DBP, pada Rabu.
Md Salleh berkata persetujuan untuk memartabatkan bahasa Melayu terkandung dalam '7 Wasiat Raja-Raja Melayu' yang merupakan sebahagian daripada perjanjian yang menjadi landasan kepada penggubalan Perlembagaan Merdeka.
Majlis perasmian Hari Inovasi DBP 2016 disempurnakan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.
Terdahulu, Kamalanathan ketika berucap menyeru DBP untuk sentiasa bergerak secara kreatif dan konstruktif serta mencari kaedah baharu dalam penyampaian perkhidmatan dan produk, seiring dengan kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi.
Namun katanya, penerokaan pengembaraan inovasi tersebut tidak seharusnya secara individualistik, tetapi perlu dilaksanakan secara sinergi dengan rakan bestari daripada sektor awam dan swasta.
"Kerjasama bestari dan sinergi dengan pihak luar bukan sahaja mampu menyumbang ke arah produktiviti dan kualiti perkhidmatan yang diberikan, malah ia meningkatkan tahap kecekapan, kemahiran dan penguasaan ilmu warga DBP dalam sektor-sektor berkaitan," katanya.
Pada majlis itu, Kamalanathan turut melancarkan portal dan aplikasi DBPNiaga.my yang merupakan sistem jualan atas talian produk terbitan DBP secara maya yang pertama dihasilkan DBP.
Bernama
Thu Oct 06 2016
MD SALLEH: Selain kajian mendalam bagi mencari mekanisma itu, kerajaan boleh mendapatkan pandangan pakar dalam bidang pendidikan.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
PM Anwar mahu KPM beri penekanan penguasaan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris
Perdana Menteri mahu KPM memberikan penekanan terhadap penguasaan tiga subjek utama pendidikan iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
Ramai warga Malaysia lupa bahasa ibunda, cenderung berbahasa Inggeris - Warga Jerman
Michael Luebke gusar dengan segelintir masyarakat Malaysia yang dilihat kurang menjunjung budaya dan identiti mereka.
Kamus Braille dwibahasa, bantu OKU penglihatan pelajari bahasa
Kamus Braille dwibahasa yang pertama di negara itu, bakal memberi manfaat kepada golongan OKU penglihatan dan guru-guru yang mengajarnya.
Penjawat awam Sarawak bebas guna bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Pendirian ini adalah mengikut Perlembagaan Sarawak yang mana kedua-dua bahasa boleh digunakan dalam urusan rasmi.
Tok Pa lancar kelas tuisyen bahasa Inggeris untuk anak-anak Jeli
Sebagai permulaan, seramai 180 orang pelajar sekolah rendah membabitkan 21 buah sekolah dari Tanah Merah dan Jeli akan mengikuti kelas tambahan bermula esok.
Memahami proses pemilihan pinjaman bahasa - DBP
Terdapat sebuah jawatankuasa di DBP yang bertanggungjawab dalam mencari setiap istilah atau perkataan baharu dalam bahasa Melayu.
Keperibadian Tan Sri Arshad jadikan Melayu sedia kuasai bahasa Inggeris - Sultan Perak
Titah baginda, ia termasuk kaedah pengajaran yang dapat memberikan nilai tambah dan membantu penguasaan ilmu.
Empat tahun tewas akibat gugup, Mohd Arfaizal akhirnya muncul juara pidato
Pegawai di Jabatan Operasi Kredit Bank Muamalat Malaysia Bhd itu mengakui musuh utamanya sepanjang penyertaan dalam pidato adalah gugup pentas.
NUTP tidak setuju guru Bahasa Inggeris duduki MUET
Sehubungan itu pihaknya merayu campur tangan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan memperbetulkan keadaan yang disifatkan semakin menekan dan membebankan guru-guru Bahasa Inggeris dalam negara.
Pelaksanaan 'PPSMI baharu' dikhuatiri wujudkan dualisme pemikiran
Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr. Mohd Ali Hassan khuatir akan wujud dua kelompok yang berbeza daya fikir mengikut bahasa.