KUALA LUMPUR : Gabungan Menentang Kepelbagaian Kesatuan Sekerja (CAMU) menggesa kerajaan menangguhkan bacaan kali kedua Rang Undang-undang (RUU) Kesatuan Sekerja 1959 di Parlimen.
Pengerusinya, Zulfakar Mohamed berkata ia susulan pihaknya membantah cadangan untuk memperkenalkan peruntukan berkaitan "kepelbagaian Kesatuan Sekerja" dalam akta berkenaan.
"RUU ini mencadangkan untuk meminda Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan membenarkan lebih daripada satu Kesatuan Sekerja wujud bersama dalam pertubuhan, perdagangan, pekerjaan atau industri yang sama atau serupa.
"Ke arah mencapai objektif ini, RUU akan meminda sembilan peruntukan yang berkaitan dengan
"kepelbagaian Kesatuan Sekerja" dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959 semasa," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
CAMU juga mendakwa kerajaan telah mengabaikan Analisis Impak Peraturan (RIA) yang dikeluarkan pada 15 Julai 2013, yang menetapkan bahawa sebarang cadangan peraturan baharu atau pindaan ke atas
peraturan akan melibatkan perundingan dengan pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan.
"Kerajaan juga tidak mengendahkan Konvensyen 144 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) mengenai Perundingan Tiga Pihak yang memerlukan perundingan dengan pihak-pihak berkepentingan utama mengenai dasar buruh. Malaysia telah meratifikasi konvensyen ini pada 14 Jun 2002," ujarnya.
Justeru, CAMU menuntut kerajaan mengadakan dialog dengan Kesatuan Sekerja dengan segera bagi menyelesaikan isu berkenaan.
Rahimah Abdullah
Sun Jun 12 2022
![CAMU gesa kerajaan tangguh bacaan kali kedua RUU Kesatuan Sekerja 1959 CAMU gesa kerajaan tangguh bacaan kali kedua RUU Kesatuan Sekerja 1959](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655019726_TBZulfakar.jpg)
CAMU menuntut kerajaan mengadakan dialog dengan Kesatuan Sekerja dengan segera bagi menyelesaikan isu berkenaan.
![Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720776307_UkraineCrisis.jpg)
Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut
Mahkamah itu dalam penghakiman memutuskan bahawa mahkamah tidak meragui sama sekali bahawa MH17 telah terkena sebutir peluru berpandu BUK yang ditembak dari padang di ladang di timur Ukraine.
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang
Menurut, Pensyarah Kanan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Dr. Safiah Omar hutang boleh menjadi alat untuk memperoleh dana yang diperlukan tetapi pergantungan yang berlebihan boleh membawa kepada masalah kewangan jangka panjang, termasuk beban hutang yang tinggi serta mendorong kepada ketidakstabilan ekonomi
![Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704603925_TBMAYBANK.jpg)
Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang
Langkah ini dilakukan dalam usaha mengekang penipuan perbankan dalam talian, serta mencegah penipuan yang cuba meningkatkan had pemindahan transaksi.
![Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721188868_HBREAKHUTANG.jpg)
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar
Negara-negara yang mempunyai hutang yang tinggi sering menghadapi kesukaran untuk membayar semula hutang.
Prabayar Siswa: KPT sambut baik pengumuman pakej rahmah
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyambut baik pengumuman Kementerian Komunikasi yang menawarkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30 dengan permulaan data minimum sebanyak 30GB untuk tempoh sah laku selama 180 hari.
![George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712139037_Beca.jpg)
George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong
George Town telah dikenali seluruh rakyat Malaysia dan dunia sekian lama, justeru tiada keperluan untuk menukar nama ibu negeri Pulau Pinang itu.
Generatif AI berpotensi besar dalam sektor kewangan negara - Pakar
Generatif AI meningkatkan kecekapan dan keselamatan sektor kewangan Malaysia melalui analisis data yang cepat dan pengesanan penipuan. Namun, menurut pakar, pelaburan dalam teknologi dan keselamatan siber adalah kunci untuk kejayaan ini.
Aerotrain KLIA beroperasi semula awal tahun depan
Kementerian Pengangkutan berkata, langkah itu selaras dengan pelan penggantian Aerotrain di Terminal 1, KLIA yang dijadual siap sepenuhnya pada 31 Januari 2025.
Pemberian insentif, anak pokok Musang King perkukuh penanaman durian
Pemberian insentif kepada petani bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran buah-buahan tempatan bagi tujuan eksport dan mengurangkan kebergantungan import buah-buahan.
KKM ingatkan APHM tumpu kepada pay for outcome
Pemilik dan pemain industri kesihatan swasta khususnya Persatuan Hospital Swasta (APHM) mengambil kira menyediakan perkhidmatan untuk menampakkan hasil dan bukan menyediakan perkhidmatan tertumpu kepada kemudahan semata.
![CAMU ulangi gesaan pindaan RUU Akta Kesatuan Sekerja 1959 ditangguhkan CAMU ulangi gesaan pindaan RUU Akta Kesatuan Sekerja 1959 ditangguhkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81657773434_CAMURUUKesatuanS.jpg)
CAMU ulangi gesaan pindaan RUU Akta Kesatuan Sekerja 1959 ditangguhkan
CAMU berpendirian RUU itu akan memberi peluang kepada penindasan dan tindakan zalim terhadap golongan pekerja di negara ini.
![CAMU gesa kerajaan tangguh bacaan kali kedua RUU Kesatuan Sekerja 1959 CAMU gesa kerajaan tangguh bacaan kali kedua RUU Kesatuan Sekerja 1959](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655019726_TBZulfakar.jpg)
CAMU gesa kerajaan tangguh bacaan kali kedua RUU Kesatuan Sekerja 1959
CAMU menggesa kerajaan menangguhkan bacaan kali kedua Rang Undang-undang (RUU) Kesatuan Sekerja 1959.