LEBIH banyak syarikat di Malaysia cenderung untuk mengupah calon yang mempunyai kemahiran berbanding kelayakan akademik atau pengalaman bekerja.
Kajian LinkedIn: Future of Talent Report 2021 mendapati, syarikat juga bersedia untuk memberi latihan khusus kepada pekerja dalam membantu mereka mempelajari kemahiran baharu.
Laporan tersebut mendapati 38 peratus syarikat di Malaysia lebih suka mengupah calon yang mempunyai kemahiran teknikal dan 28 peratus calon yang memiliki kemahiran yang boleh dipindah milik.
Peratusan itu mengatasi kelayakan akademik iaitu 10 peratus dan pengalaman kerja yang merekodkan hanya 12 peratus.
Bahkan, dua daripada tiga syarikat terbuka untuk mengambil pekerja daripada industri berlainan sekiranya kemahiran mereka bersesuaian dengan kehendak syarikat.
Kajian tersebut melibatkan lebih 3,500 responden daripada tujuh negara iaitu Malaysia, Australia, China, India, Jepun, Filipina, dan Singapura melibatkan pelbagai industri.
Berdasarkan kajian kepada semua responden, 79 peratus organisasi akan melihat kepada kemahiran ketika mengambil pekerja baharu dan 86 peratus syarikat mempunyai program latihan untuk membantu pekerja mempelajari kemahiran baharu.
Sementara itu, 85 peratus syarikat bersedia untuk mengambil pekerja dari syarikat yang sama untuk mengisi kekosongan jawatan terutamanya berkaitan kemahiran.
Kemahiran menyelesaikan masalah, komunikasi dan pemikiran strategik pula merupakan tiga elemen utama yang diberi tumpuan ketika merekrut pekerja daripada syarikat sama.
Kajian itu juga mendapati, sebelum COVID-19, Sumber Manusia memainkan peranan penting dalam membentuk strategi perniagaan kepada 54 peratus syarikat di Malaysia.
Begitupun, ia meningkat kepada 68 peratus dalam tempoh pandemik kerana banyak syarikat menyedari pentingnya memiliki tenaga kerja yang tepat dalam membentuk semula strategi perniagaan.
Sekurang-kurangnya sembilan daripada 10 syarikat di Malaysia merasakan bahawa Sumber Manusia akan memainkan peranan penting dalam memperkemaskan perniagaan dan merangka strategi pada masa depan.
Dalam pada itu, kajian itu juga mendedahkan 30 peratus syarikat di Malaysia mengalami kemerosotan pekerja yang lebih tinggi kerana COVID-19 manakala 42 peratus rakyat Malaysia meninggalkan organisasi kerana perubahan kerjaya.
Ridauddin Daud
Sat Apr 17 2021
Berdasarkan kajian kepada semua responden, 79 peratus organisasi akan melihat kepada kemahiran ketika mengambil pekerja baharu dan 86 peratus syarikat mempunyai program latihan untuk membantu pekerja mempelajari kemahiran baharu. - Gambar Hiasan
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
KKM akan umum rangka kerja penggunaan CBD tahun ini - Khairy
Kementerian Kesihatan akan mengumumkan rangka kerja berhubung pendaftaran produk cannabidiol (CBD) tertentu yang dijangka dilaksanakan tahun depan.
Kajian Ipsos: KWSP organisasi paling dipercayai rakyat Malaysia
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjadi organisasi dan institusi tabung amanah yang paling dipercayai rakyat Malaysia pada tahun 2021.
Majoriti rakyat di 9 negara mahu kekal amalan topeng muka dan penjarakan fizikal - Ipsos
Tiga perempat masyarakat di sembilan negara akan terus mengamalkan langkah pencegahan COVID-19 dengan memakai topeng muka dan mengamalkan penjarakan fizikal meskipun setelah menerima vaksin.
COVID-19: Pertambahan 70 peratus kes baharu, PRN Sabah cetus gelombang - Kajian
Kajian tersebut turut melaporkan peningkatan 64.4 peratus kes baharu di negeri-negeri lain dengan tambahan 1,741 kes.
Pengurangan kemudaratan: Vape bukan kaedah wajar ganti ketagihan merokok
Tidak wajar jika kerajaan berhasrat untuk menjadikan vape sebagai salah satu kaedah harm reduction (pengurangan kemudaratan) bagi ketagihan merokok.
74 peratus syarikat Malaysia unjur pertumbuhan tahun hadapan- Kajian Kantar
Perniagaan di Malaysia secara keseluruhannya lebih positif berbanding negara serantau dan mampu mengatasi cabaran-cabaran ekonomi yang dihadapi ketika ini.
Kajian UNICEF, UNFPA: 1 daripada 5 murid hilang minat ke sekolah selepas PKP
Kajian UNICEF dan UNFPA mendedahkan, peratusan murid menengah atas yang tidak hadir ke sekolah agak membimbangkan semasa sekolah dibuka semula selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kajian UNICEF, UNFPA: Pendapatan isi rumah penengah meningkat 23 peratus berbanding tempoh PKP
pendapatan isi rumah penengah di 16 flat kos rendah di Kuala Lumpur meningkat sebanyak 23 peratus berbanding semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), iaitu kepada RM2,233.
Dakwa Veveonah menipu: Pemimpin kerajaan tidak boleh kelihatan sombong - ILHAM Centre
Pemimpin perlu berhati hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan agar tidak memberi persepsi kurang baik terhadap kerajaan.
Individu berdarah A cenderung alami gejala lebih teruk - Kajian
Analisis genetik pesakit COVID-19 menunjukkan bahawa jenis darah dapat mempengaruhi sama ada seseorang mengalami gejala yang lebih teruk.