Cadangan supaya pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan semula mengeluarkan wang daripada akaun kedua bagi membeli komputer akan dibincangkan di peringkat Kementerian Kewangan.
Timbalan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Lee Chee Leong berkata beliau akan membawa cadangan itu untuk perbincangan kerana ia dilihat dapat memberi manfaat kepada rakyat.
Katanya, setiap tahun Kementerian Kewangan akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai sektor untuk mendapatkan maklum balas, idea dan cadangan sebelum proses penyediaan belanjawan negara untuk tahun berikutnya.
Justeru, input yang diterima mengenai pengeluaran caruman KWSP bagi membiayai pembelian komputer serta permintaan supaya Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) ditukarkan kepada Baucar Buku dan IT 1Malaysia akan dibawa ke meja perbincangan, katanya.
"Biarpun masih awal untuk proses penyediaan belanjawan untuk tahun depan namun cadangan ini akan dikemukakan kepada kementerian," katanya pemberita selepas merasmikan Pameran IT, Buku dan Kasut serta pelancaran Telefon Pintar OPPO R9S di IT Mall@Tasek Square di sini, pada Ahad.
Kedua-dua cadangan itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan IT Mall Perak, Kevin Chang yang meminta kerajaan mempertimbangkan semula pengeluaran wang simpanan KWSP untuk membeli komputer bagi keluarga yang mempunyai anak di institut pengajian tinggi.
Mengenai cadangan penukaran Baucar Buku 1Malaysia itu, Chang menjelaskan kemudahan tersebut boleh dipanjangkan kepada pelajar yang layak membeli kelengkapan lain termasuk mesin cetak dan gajet lain yang berkaitan.
Pada 19 Ogos 2002, kerajaan memutuskan Skim Pengeluaran Pembelian Komputer (SPPK) KWSP dibatalkan selepas mengesan beberapa kegiataan penyelewengan di bawah skim itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 16 2017

CHEE LEONG: Cadangan supaya pencarum KWSP dibenarkan semula mengeluarkan wang daripada akaun kedua bagi membeli komputer akan dibincangkan. - Gambar fail
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

Pelajar boleh mohon BB1M mulai hari ini - Idris
Seramai 1.3 juta pelajar pra-universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara boleh memohon Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) bernilai RM250 mulai sekarang.

Cadangan sambung semula skim beli komputer menerusi KWSP akan dibincang
Cadangan supaya pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan semula mengeluarkan wang daripada akaun kedua bagi membeli komputer akan dibincangkan di peringkat Kementerian Kewangan.

Kerajaan akan senarai hitam pelajar, kedai buku salah guna BB1M
Kementerian Pendidikan akan mengambil tindakan menyenaraihitamkan mana-mana pelajar dan kedai buku yang didapati menyalahgunakan BB1M.

Penerbit buku 'indie' tidak setuju dengan garis panduan BB1M baru
Penerbit buku berpendapat untuk menjadi bangsa yang bijak, tidak perlu tertumpu kepada bacaan akademik sahaja.