Kementerian Kesihatan akan mengadakan perbincangan dengan pengusaha premis makanan dalam masa terdekat sebelum membuat keputusan berhubung cadangan penyediaan ruang khas merokok susulan larangan merokok di semua premis makanan mulai 1 Januari depan.
Timbalan Menterinya Dr Lee Boon Chye bagaimanapun berkata pihak kementerian sama sekali tidak menggalakkan ruang khas merokok itu diwujudkan kerana perlu mengutamakan kesihatan orang ramai terutamanya di tempat awam.
"Kita akan berbincang dengan pengusaha (premis makanan) supaya mereka faham dengan hasrat kementerian (menguatkuasakan larangan merokok di premis makanan) untuk menjaga kesihatan.
"Kita perlu mengutamakan hak individu yang tidak merokok supaya mereka bebas daripada asap rokok kerana kita semua tahu merokok itu memudaratkan kesihatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Gotong Royong Perdana Cegah Denggi di Padang Medan Pengkalan Mutiara di sini, hari ini.
Terdapat cadangan beberapa pengusaha premis makanan yang mahu menyediakan ruang khas merokok bagi memudahkan pelanggan merokok tanpa mengganggu pelanggan bukan perokok lain.
Kementerian Kesihatan sebelum ini mengeluarkan arahan larangan merokok di semua restoran dan premis di negara ini termasuk warung di tepi jalan, termasuk tindakan turut diambil terhadap perokok berkuat kuasa 1 Januari tahun depan dan cadangan itu sudah diluluskan kerajaan.
Berhubung kes keracunan makanan yang dikatakan berpunca daripada laksa yang dibeli di sebuah kedai makan di Baling, Kedah, Dr Lee berkata hasil analisis sampel makanan yang diambil di premis terbabit akan diketahui selewat-lewatnya Selasa depan.
Katanya sekiranya terbukti laksa itu menjadi punca kes keracunan makanan itu, pengusaha premis itu boleh diambil tindakan dan menurutnya siasatan turut dilakukan terhadap pembekal laksa serta bahan-bahan laksa yang lain seperti sayur-sayuran.
Pada Khamis, pemilik gerai laksa itu berkata pihaknya menimbangkan untuk menyaman Kementerian Kesihatan kerana kenyataan yang dikeluarkan mengelirukan serta memberi gambaran buruk seolah-olah laksa yang dijualnya sah beracun sedangkan keputusan sampel laksa yang dihantar ke makmal belum diketahui.
Bilangan kes keracunan makanan disyaki berpunca daripada memakan laksa itu meningkat kepada 83 orang, termasuk dua kematian susulan tiga kes baharu dilaporkan di Perak pada Jumaat lepas.
Terdahulu, Dr Lee dalam ucapannya berkata kes denggi di seluruh negara sejak awal tahun ini merekodkan sebanyak 56,608 kes setakat ini dan berharap ia mencatatkan penurunan menerusi program cegah denggi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 14 2018

Kita akan berbincang dengan pengusaha (premis makanan) supaya mereka faham dengan hasrat kementerian (menguatkuasakan larangan merokok di premis makanan) untuk menjaga kesihatan.
Suspek kes bunuh peniaga wanita disambung reman tujuh hari
Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada 13 Feb lepas, disambung reman seminggu lagi.
Kes cabul di Masjid: Polis siasat dakwaan suspek ada kad OKU
Polis sedang menyiasat dakwaan yang mengatakan lelaki ditahan berhubung kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di masjid di Batang Kali pagi Jumaat, memiliki kad orang kurang upaya (OKU).
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.
Kes tercekik 'gummy': Keluarga reda, enggan salahkan mana-mana pihak
Keluarga Allahyarham Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin reda dengan pemergiannya yang meninggal dunia selepas tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.

Kes demam denggi menurun pada ME52, satu kematian dilaporkan
Jumlah keseluruhan kes demam denggi tahun lepas adalah sebanyak 122,423 kes dengan 117 kematian.

Kematian akibat denggi di Bangladesh hampiri 500
Bangladesh terus bergelut dengan wabak denggi yang semakin meruncing apabila hampir 30,000 kes dan 173 kematian direkodkan sepanjang November.

Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.

Kes demam denggi meningkat pada ME 45, dua kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 1,583 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 45 bagi tempoh 3 hingga 9 Nov lepas berbanding 1,346 kes pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi menurun pada ME 44, satu kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 1,346 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 44 bagi tempoh 27 Okt hingga 2 Nov lepas berbanding 1,521 kes pada minggu sebelumnya.

Pahang rekod 1,409 kes demam denggi, lima kematian
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) merekodkan sebanyak 1,409 kes demam denggi dengan lima kematian setakat 28 Sept lepas.

Kes demam denggi meningkat pada ME 36, satu kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 1,870 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 36 iaitu pada tempoh 1 hingga 7 Sept.

Kes demam denggi menurun, satu kematian direkod pada ME34 - KKM
Kes demam denggi mencatatkan penurunan pada Minggu Epidemiologi ke-34 (ME34) iaitu bagi tempoh 18 hingga 24 Ogos lepas kepada 1,980 kes berbanding 2,294 kes pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi menurun pada ME31, lima kematian direkod
KKM memaklumkan kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME31 adalah sebanyak 88,255 kes berbanding 71,193 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Kes demam denggi meningkat pada ME26, lima kematian dilaporkan
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga ME26 adalah sebanyak 75,263 kes berbanding 59,057 kes bagi tempoh sama tahun lepas.