LABUAN: Satu cadangan telah dikemukakan untuk mewujudkan jeti khusus bagi pelancong dan penyelam di Terminal Feri Antarabangsa Labuan sedia ada, bermatlamat untuk merancakkan sektor pelancongan pulau bebas cukai itu.
Pengarah Jabatan Perikanan Labuan Faizal Ibrahim Suhaili berkata cadangan itu mendapat kata sepakat semasa sesi libat urus awal tahun ini, melibatkan pelbagai agensi kerajaan berkaitan.
"Inisiatif untuk mewujudkan jeti khas bagi pelancong dan penyelam yang menuju ke pulau-pulau popular dan tapak menyelam di Labuan adalah sebagai pengiktirafan terhadap peranan penting yang boleh dimainkan dalam meningkatkan daya tarikan Labuan sebagai destinasi pelancongan," katanya kepada Bernama pada Jumaat.
Faizal Ibrahim berkata Terminal Feri Antarabangsa Labuan dengan kemudahan sedia ada dan kehadiran pihak berkuasa tempatan seperti Imigresen dan pengendali terminal, menyediakan platform yang ideal untuk pengawasan dan memudahkan pergerakan pelancong.
"Terminal Feri Antarabangsa Labuan mempunyai kemudahan termasuk ketersediaan pihak berkuasa tempatan seperti Imigresen dan pengendali terminal untuk memantau aliran masuk dan keluar pelancong menerusi terminal ini," katanya.
Seperti Jesselton Point Kota Kinabalu, yang menawarkan perkhidmatan kepada pelancong mengunjungi Taman Tunku Abdul Rahman, Faizal Ibrahim berkata Labuan juga perlu mempunyai jeti khusus untuk pelawat yang menuju ke taman laut itu.
"Jeti yang dicadangkan itu dijangka berfungsi sebagai pintu masuk mudah bagi pelancong dan penyelam skuba yang ingin menerokai pulau popular dan tapak menyelam di Labuan.
"Labuan mempunyai bangkai kapal dan tapak selaman skuba Vernon Bank dan penubuhan jeti ini akan memudahkan pelancong dan penyelam mengakses tarikan ini," katanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) yang baru dilantik, Dr Zaliha Mustafa menyatakan komitmennya untuk mengubah Labuan menjadi hab aktiviti ekonomi dan pelancongan.
Beliau berkata visi ini sejajar dengan matlamat menyeluruh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk pembangunan Labuan, menekankan potensinya sebagai pemain utama dalam landskap pelancongan Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 22 2023

Feri Roro yang membawa penumpang dan kenderaan berlepas dari Terminal Feri Antarabangsa Labuan menuju ke Menumbok, Sabah, 1 Dis 2023. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Terminal Feri Labuan ditambahbaik tingkat pengalaman perjalanan penumpang - Dr Zaliha
Terminal Feri Antarabangsa Labuan akan mengalami penambahbaikan sebagai usaha mempertingkat pengalaman perjalanan lebih baik dalam kalangan pengembara.

Cadangan jeti bagi pelancong, penyelam di Terminal Feri Antarabangsa Labuan
Cadangan itu mendapat kata sepakat semasa sesi libat urus awal tahun ini, melibatkan pelbagai agensi kerajaan berkaitan.

Terminal Feri Antarabangsa Labuan umum kenaikan yuran 1 Nov
Terminal Feri Antarabangsa Labuan akan melaksanakan pelarasan semula yuran berkuat kuasa 1 Nov ini.