KUALA LUMPUR: Hampir RM1 juta hadiah menanti 350 pemenang melibatkan pendeposit Simpan SSPN Plus dan Simpan SSPN Prime menerusi Kempen Cabutan WOW! 25 Tahun Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dilancarkan pada Isnin.
Kempen yang menjadi simbolik meraikan kejayaan memperkasakan amalan penabungan sempena 25 tahun penubuhan PTPTN itu terdiri daripada tiga kategori, iaitu Cabutan Tahunan Jubli Perak, Cabutan Khas Babyku Simpan dan Cabutan Siri.
Hadiah utama Cabutan Tahunan Jubli Perak kali ini berupa kereta Mercedes-Benz A250 AMG Line termasuk wang tunai RM100,000 bagi hadiah kedua dan RM50,000 untuk hadiah ketiga.
Selain itu, 22 pemenang juga berpeluang memenangi hadiah saguhati berupa motosikal Honda Dash 125 selain RM250,000 menanti 250 pemenang bagi Hadiah Cabutan Khas Babyku Simpan serta RM200,000 menanti 75 pemenang untuk kategori Cabutan Siri.
Pengerusi PTPTN, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, kempen berkenaan diteruskan pihaknya bagi terus memupuk budaya penabungan di negara ini selain mampu berdaya saing setanding produk simpanan lain di pasaran.
“Usaha murni PTPTN dalam memupuk budaya penabungan di negara ini telah bermula pada tahun 2004 dengan pelancaran produk simpanan Simpan SSPN.
“Kini, menginjak hampir dua dekad di pasaran, produk ini terus berada di landasan kukuh sebagai produk simpanan yang berdaya saing dan setanding dengan produk simpanan lain di pasaran,” jelasnya,” katanya pada Majlis Pelancaran Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN di Menara PTPTN di sini, semalam.
Turut hadir Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid; Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT), Mohd Asri Omar; Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Komersial Takaful Ikhlas Family Berhad (TIFB), Mohd Jafni Abdul Jalil dan Ketua Jabatan Korporat Takaful Great Eastern Takaful Berhad (GETB), Norazlin Mohd Dahari.
Dalam pada itu, tambah Wan Saiful, tempoh promosi Cabutan Tahunan Jubli Perak dan Cabutan Khas Babyku Simpan bermula pada 1 Januari hingga 31 Disember 2022 manakala Cabutan Siri dari 1 April hingga 31 Disember ini.
Katanya, pendeposit hanya perlu membuat simpanan bersih serendah RM50 dalam tempoh promosi untuk melayakkan mendapat cabutan.
Sementara itu, pada majlis sama turut diadakan penyampaian hadiah kepada pemenang Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2021 dan Kempen Stay Safe & Win SSPN-i 2021.
Khang Tsung Fei, 45, yang juga pemenang utama Gold Bar bernilai RM150,000 bagi Cabutan WOW! Simpan SSPN-i Plus 2021 berkata, beliau mula menyimpan sejak tahun 2020 dan perancangan selepas menerima hadiah ini sudah tentu, akan terus menabung semula ke Simpan SSPN untuk pelaburan.
"Skim Simpanan Simpan SSPN ini merupakan satu skim yang sangat kukuh dan memberikan saya keyakinan bahawa wang yang disimpan sekarang akan mendapat pulangan yang baik pada masa hadapan," katanya.
Bagi pemenang pertama Kempen Stay Safe & Win SSPN-i 2021, A Hardave Singh Gill, 41, beliau tidak menyangka akan membawa pulang kereta Proton X50 dan amat berterima kasih kepada PTPTN untuk penghargaan tersebut.
“Saya mula menyimpan sejak 2014 sehingga hari ini dan amat menggalakkan semua ibu bapa untuk menabung kerana terdapat pelbagai ganjaran lain seperti pelepasan cukai, dividen lumayan dan perlindungan takaful,” ujarnya.
Untuk rekod, setakat 28 Februari ini, RM11.51 bilion deposit telah diterima daripada para pendeposit dengan 5.29 juta akaun telah dibuka.
Bagi mereka yang ingin melakukan pembukaan akaun dan penambahan deposit Simpan SSPN boleh dibuat di www.lovesspn.com atau aplikasi mudah alih myPTPTN.
Ehsan A Marisah
Tue Apr 12 2022
Wan Saiful (dua dari kiri) pada Majlis Pelancaran Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN di Menara PTPTN. - Foto PTPTN
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
PTPTN peruntuk RM4.28 juta bagi WPP mahasiswa sesi Okt
Setiap pelajar yang layak akan mendapat RM1,500 untuk menampung sebahagian perbelanjaan bagi persiapan awal pelajar memasuki institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dan politeknik.
Pendaftaran universiti bagi pengambilan Oktober ini dipermudah bagi pelajar B40
Kementerian Pendidikan Tinggi memberi jaminan bahawa tiada pelajar daripada golongan B40 akan tercicir daripada akses pendidikan di negara ini hanya kerana masalah yuran pendaftaran.
PTPTN lanjut kempen 'Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300'
Susulan sambutan menggalakkan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melanjutkan Kempen Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300 khas untuk peminjamnya hingga 30 Sept ini.
KEMAS, PTPTN meterai MoU tingkat budaya penabungan awal
Kerjasama strategik itu bakal memberi manfaat dan meningkatkan kesejahteraan warga KEMAS serta masyarakat luar bandar.
180,000 pelajar baharu terima pembiayaan PTPTN setiap tahun
Ahmad Dasuki berkata, PTPTN merupakan penyelamat dan penyumbang kewangan yang besar kepada anak bangsa dalam mencapai cita-cita.
PTPTN lancar kempen penstrukturan pinjaman tertunggak bermula serendah RM300
Kempen dua bulan bermula 1 Jun hingga 31 Julai ini terbuka kepada semua peminjam dengan tunggakan sama ada pinjaman konvensional atau ujrah.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Peminjam PTPTN diseru rebut peluang insentif diskaun bayaran balik
Bagi tempoh 14 Okt 2023 hingga 31 Jan 2024, lebih 394,000 peminjam menikmati insentif dengan jumlah diskaun diberikan RM57.78 juta.
PTPTN catat terimaan deposit RM17.39 bilion sehingga Disember 2023
PTPTN melalui tabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional mencatat terimaan deposit berjumlah RM17.39 bilion setakat Disember lepas.