Busan, Korea Selatan sudah mula bersiap sedia menerima kehadiran delegasi ASEAN bersempena Persidangan Peringatan ASEAN-ROK 2019 bermula 25 November ini.

Pelbagai persediaan dilakukan termasuk memastikan kawalan keselamatan di lokasi acara iaitu di Busan Exhibition Convention Centre (BEXCO) di sini.

Dijangkakan 10 pemimpin dari 10 negara ASEAN akan menghadiri persidangan itu.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka tiba di Busan pada 24 November ini.

Selain Malaysia, sembilan negara terlibat termasuk Indonesia, Filipina, Brunei, Kemboja, Laos, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Persidangan Peringatan ASEAN-ROK 2019 juga diadakan bersempena dengan sambutan ulangtahun ke-30 hubungan Korea-ASEAN.

Persidangan bakal menyaksikan pelbagai isu dan perkongsian idea dilakukan untuk keharmonian dan pembangunan negara ASEAN serta Korea.

Ia kemudian akan turut disusuli dengan Mekong-ROK Summit yang pertama kali bakal diadakan pada 27 November.

Ini merupakan kali ketiga Persidangan Penyatuan ASEAN-Korea diadakan di Korea Selatan.