GEORGE TOWN: Universiti Sains Malaysia (USM) bersama Barn Owl and Rodent Research Group (BORG) menjalankan program inisiatif Burung Pungguk Jelapang untuk Pekebun Kecil Kelapa Sawit (BOSI) bagi membantu pekebun mengawal tikus di ladang mereka.
Penyelaras BORG yang juga pensyarah Pusat Pengajian Sains Kajihayat (PPSK) USM Prof Madya Dr Hasber Salim berkata inisiatif itu dijalankan dengan kerjasama Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) dan berupaya membantu pekebun kecil mengawal serta mengurangkan populasi tikus perosak dengan berkesan.
"BOSI adalah projek khas yang menyaksikan penyerahan dan pemasangan 20 kotak sarang burung pungguk jelapang yang dikenali dengan nama saintifiknya tyto javanica javanica kepada pekebun kecil di Mukim Bagan Samak, Bandar Baharu di Kedah.
"Kotak yang dibekalkan telah direka bentuk dengan matlamat untuk menarik burung pungguk jelapang sebagai tapak sarang yang selamat dan sesuai untuk pembiakan malah pekebun juga ditunjukkan dengan demonstrasi pemasangan yang betul," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata kotak itu turut merangkumi penggunaan teknik pemetaan Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) bagi memastikan kotak sarang burung diagih secara sama rata pada ketumpatan satu kotak bagi setiap lima hektar di kawasan tersebut.
Hasber berkata sepanjang tempoh projek itu dijalankan, pasukan penyelidik akan memantau rapi kadar penghunian burung pungguk jelapang dalam kotak sarang yang dipasang dan melihat prestasi pembiakan serta memantau kepadatan populasi tikus di kawasan tersebut.
Beliau berkata BORG juga teruja dapat bekerjasama dengan MPOGCF yang disifatkan bukan sekadar berkongsi objektif yang sama dalam memulihara biodiversiti, malah turut membiaya dan memberi sokongan penuh untuk memastikan projek itu berjalan lancar dalam tempoh dua tahun akan datang.
"Burung pungguk jelapang terbukti secara meluas sebagai ejen berkesan dalam kawalan biologi terhadap tikus perosak di ladang kelapa sawit, khususnya di negara ini dan berdasarkan kajian penyelidik, tikus boleh merangkumi hingga 99 peratus diet burung pungguk jelapang serta sepasang burung itu serta anak-anaknya boleh memakan kira-kira 1,300 ekor tikus setahun," katanya.
Beliau berkata usaha itu dilihat sebagai satu daripada kaedah hijau yang dapat menggalakkan penggunaan burung pungguk jelapang oleh pekebun kecil kelapa sawit dalam menguruskan haiwan perosak itu di ladang mereka malah kaedah tersebut juga dapat mengurangkan penggunaan racun perosak yang menyebabkan kesan buruk kepada alam sekitar dan mengelak daripada berlaku lebih banyak kemudaratan kepada hidupan lain yang memakan tikus telah diracun.
Sementara itu, Pengurus Besar MPOGCF Zamakhshari Muhamad berkata pihaknya komited dalam menyokong usaha pemuliharaan dan kelestarian alam khususnya berkaitan dengan industri kelapa sawit.
Beliau turut menzahirkan keyakinan dengan output melalui pelaksanaan BOSI dalam meningkatkan kesedaran kepada pekebun kecil mengenai keberkesanan menggunakan burung pungguk jelapang sebagai penyelesaian jangka panjang kepada masalah haiwan perosak itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 15 2023

USM bersama Barn Owl and Rodent Research Group (BORG) menjalankan program inisiatif Burung Pungguk Jelapang untuk Pekebun Kecil Kelapa Sawit (BOSI) bagi membantu pekebun mengawal tikus di ladang mereka. - Foto BERNAMA

Skuad takraw Bihar 2025 buat simulasi awal Ramadan
Bekas tekong negara itu mahu pemain menggandakan usaha dalam membentuk kekuatan mental dan fizikal dalam baki sesi latihan.
FBMKLCI: Merosot 3.12 peratus, aliran keluar pelabur asing berterusan
FBMKLCI mencatat pulangan 13.02 peratus pada 2024, tetapi setakat 21 Februari 2025, indeks ini turun sebanyak negatif -3.12 peratus Kita juga melihat aliran keluar pelabur asing yang berterusan, dengan jumlah mencecah MYR10.9 bilion sejak Oktober 2024. Walaupun Ringgit semakin kukuh kepada 4.41 per USD dan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.1 peratus pada 2024 dengan inflasi kekal rendah, pasaran saham masih menunjukkan kelemahan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Februari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama GeeGee Ahmad & Farhan Hakimi
1. Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
2. KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
3. PM minta henti berganduh perkara remeh, fokus timba ilmu
1. Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
2. KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
3. PM minta henti berganduh perkara remeh, fokus timba ilmu

Pengurusan dana awam, kes buli antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Jamaludin ingin tahu langkah kerajaan bagi memastikan setiap peruntukan dana awam yang diumumkan dalam belanjawan tidak diseleweng.
Ringgit dijangka cecah paras sokongan 4.36 minggu ini
Ringgit diunjur bergerak ke arah paras sokongan pada 4.36 berbanding dolar Amerika minggu ini, dipacu oleh keyakinan terhadap pendekatan tarif kurang agresif oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.

Sybil Kathigasu bukan sekadar jururawat, memorial peringatan daif perlu baik pulih
Bangunan berusia kira-kira 100 tahun itu menyimpan khazanah dan maklumat tentang seorang jururawat yang juga wira Papan menentang pendudukan Jepun.

Dividen KWSP dijangka lebih 6 peratus
Penganalisis ekonomi berkata, ia berdasarkan prestasi ekonomi negara dan pelaburan KWSP sepanjang 2024 yang semakin positif.
23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam. #AWANInews
Beirut Dikejutkan dengan Kehadiran Pesawat Israel Ketika Pengebumian Dua Pemimpin Lubnan
Pesawat Israel dilihat terbang di Beirut pada Ahad ketika upacara pengebumian Hassan Nasrallah dan Hashem Safieddine yang terbunuh dalam serangan udara tentera rejim Zionis. Puluhan ribu rakyat di Lubnan dilihat berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada dua pemimpin itu. #AWANInews

Pengajaran buat semua komuniti Liga-M
Kesalahan menurunkan pemain tidak berkelayakan pada aksi final pertama 15 Feb lalu menyaksikan The Cops dihukum.

Burung Pungguk Jelapang bantu pekebun sawit kawal tikus
USM bersama BORG menjalankan program inisiatif Burung Pungguk Jelapang bagi membantu pekebun mengawal tikus di ladang mereka.