Ringkasan AI
- Mohd Nurhakiman Mohd Nasir, 35, mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencederakan isterinya menggunakan seterika.
- Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A, yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan, dengan kemungkinan hukuman penjara dua kali ganda.
- Hakim Zulkifli Abdullah menetapkan 29 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes untuk lantikan peguam dan serahan dokumen.
Mohd Nurhakiman Mohd Nasir, 35, didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Kampung Rambutan Rendang di sini pada 7.30 pagi, 23 Sept lepas.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara dua kali ganda daripada tempoh itu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Hasyime Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Kamarul Hasyime tidak menawarkan jaminan memandangkan tertuduh masih suami isteri dan tinggal bersama dalam satu rumah.
Hakim Zulkifli Abllah menetapkan 29 Okt ini sebagai tarikh sebutan semula kes untuk lantikan peguam dan serahan dokumen.
-- BERNAMA