KUALA LUMPUR: Seorang pekerja kontrak binaan warga Indonesia dipenjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya sehingga luka di tangan serta lengan.
Majistret Nur Hafizah Rajuni menjatuhkan hukuman itu ke atas Samhaji, 48, kerana memukul, menendang dan menggigit isterinya berumur 41 tahun di rumah mereka di Pangsapuri Dahlia Jalan Desa, Bandar Country Homes Rawang, pada 12 tengah hari, 13 Feb lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya.
Sementara itu di hadapan Majistret Nik Fadli Nik Azlan, tertuduh dihukum penjara enam bulan atas pertuduhan ugutan membunuh sehingga mendatangkan ketakutan kepada anak tirinya berumur 21 tahun, serta penjara tiga bulan kerana masuk ke negara ini tanpa permit yang sah di bawah Akta Imigresen 1959/63.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di lokasi, tarikh dan masa yang sama mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara boleh sampai tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.
Bagaimanapun, kesemua hukuman itu diarahkan berjalan secara serentak dari tarikh tertuduh ditangkap pada 3 Mac lepas, dan lelaki itu perlu menjalani hukuman penjara selama tujuh bulan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Khairunnisak Hassni dan TPR Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 07 2022
Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya. - Gambar hiasan
Mangsa Pearl Harbor tertua yang terselamat, meninggal dunia pada usia 105 tahun
Individu tertua yang terselamat dalam serangan Jepun ke atas pangkalan Amerika Syarikat (AS) di Pearl Harbor semasa Perang Dunia II telah meninggal dunia pada usia 105 tahun.
LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melantik 26 pempengaruh media sosial serta selebriti sebagai rakan strategik bagi menghasilkan kandungan yang menjurus kepada kesedaran, pendidikan dan tanggungjawab percukaian kepada negara.
Kestabilan politik dan kerjasama antara negara antara fokus ASEAN - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan dalam usaha menggalakkan kerjasama antara China dan negara rantau ASEAN ketika Malaysia bersiap sedia pengerusi ASEAN pada 1 Januari depan.
Penumpang Azerbaijan Airlines kongsi detik cemas
Salah seorang penumpang Azerbaijan Airlines, Subhonkul Rakhimov mendakwa mendengar dentuman kuat ketika pesawat itu menghampiri destinasinya di Grozny, selatan Rusia.
Putin mohon maaf, ucap takziah kepada keluarga mangsa
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Sabtu menghubungi Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev berkenaan kemalangan pesawat Azerbaijan Airlines di Kazakhstan minggu ini, menyampaikan permohonan maaf dan ucapan takziah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (28 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 29 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kestabilan politik, kerjasama berkesan antara fokus untuk ASEAN - PM Anwar
Anwar menegaskan bahawa beliau akan memberi keutamaan kepada kerjasama yang berkesan untuk mengukuhkan perpaduan di rantau ini, selain meletakkan keterangkuman dan kemampanan di barisan hadapan.
Bunuh dan bakar wanita, New York mohon penjara seumur hidup terhadap pesalah
Menurut Peguam Daerah Brooklyn, Eric Gonzalez, ini kerana berdasarkan undang-undang New York, pesalah tidak akan dihukum mati jika membunuh, sebaliknya akan dikenakan hukuman maksimum iaitu penjara seumur hidup
Buruh dipenjara tujuh bulan gigit isteri, ugut bunuh anak tiri
Tertuduh memukul, menendang dan menggigit isterinya berumur 41 tahun di rumah mereka di Pangsapuri Dahlia Jalan Desa, Bandar Country Homes Rawang, pada 12 tengah hari, 13 Feb lepas.