KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri penurunan selama lima hari berturut-turut minggu lepas untuk ditutup tinggi pada Isnin, didorong belian pada saat-saat akhir dalam keadaan prestasi pasaran serantau yang bercampur-campur, kata penganalisis.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.42 mata kepada 1,446.39 daripada 1,441.97 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Indeks barometer dibuka 0.65 mata lebih rendah kepada 1,441.32 sebelum bergerak mencecah paras serendah 1,440.40 dan kemudiannnya berada dalam trajektori meningkat untuk berakhir pada paras tertinggi harian.
Lingkungan pasaran adalah positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 483 berbanding 397, manakala 463 kaunter tidak berubah, 988 kaunter tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 3.82 bilion unit bernilai RM2.47 bilion daripada 2.99 bilion unit bernilai RM1.99 bilion pada Jumaat lepas.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade, Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama berada dalam aliran bercampur-campur berikutan dagangan secara berhati-hati menjelang data inflasi Amerika Syarikat (AS), keputusan dasar Rizab Persekutuan AS (Fed) dan angka jualan runcit dikeluarkan hujung minggu ini.
"Di peringkat domestik, kami menjangkakan suasana pasaran kekal berhati-hati memandangkan ketidaktentuan prospek ekonomi global, namun, penilaian indeks penanda aras kekal menarik.
"Oleh itu kami menjangkakan FBM KLCI berada dalam aliran tidak banyak berubah dengan kecenderungan positif dalam lingkungan julat 1,435 hingga 1,455 bagi minggu ini," katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing menambah satu sen kepada RM9.05 dan RM4.25, CIMB naik dua sen kepada RM5.78, Petronas Chemicals meningkat 11 sen kepada RM7.17, dan TNB tidak berubah pada RM9. 91.
Bagi saham aktif, Saudee Group tidak berubah pada 2.5 sen, YTL Corp melonjak 18 sen kepada RM1.87, YTL Power International menambah sembilan sen kepada RM2.51, Ekovest naik tiga sen kepada 47 sen, dan Widad Group menokok setengah sen kepada 47 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 48.62 mata kepada 10,679.30; Indeks FBMT 100 menambah 47.36 mata kepada 10,347.66; Indeks FBM Emas Syariah menokok 42.24 mata kepada 10,773.16; Indeks FBM ACE naik 2.74 mata kepada 5,109.16 dan Indeks FBM 70 melonjak 133.26 mata kepada 14,090.23.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 30.41 mata kepada 16,364.35; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.99 mata kepada 170.69; Indeks Perladangan menokok 20.81 mata kepada 6,977.80 manakala Indeks Tenaga susut 3.34 mata kepada 792.89.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 2.12 bilion unit bernilai RM2.14 bilion daripada 1.68 bilion unit bernilai RM1.72 bilion pada Jumaat lepas.
Jumlah dagangan waran melonjak kepada 1.16 bilion unit bernilai RM127.72 juta daripada 619.82 juta unit bernilai RM72.09 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 540.09 juta saham bernilai RM203.99 juta daripada 675.75 juta saham bernilai RM204.04 juta pada Jumaat lepas.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 412.02 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (322.39 juta); pembinaan (170.24 juta); teknologi (180.98 juta); SPAC (tiada); perkhidmatan kewangan (57.18 juta); hartanah (329.20 juta); perladangan (33.05 juta); REIT (15.33 juta), dana tertutup (5,100); tenaga (155.76 juta); penjagaan kesihatan (90.48 juta); telekomunikasi dan media (23.70 juta); pengangkutan dan logistik (36.03 juta); serta utiliti (292.67 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 11 2023
![Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian, didorong belian saat-saat akhir Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian, didorong belian saat-saat akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/71590550335_BursaMalaysia.jpg)
Jumlah dagangan meningkat kepada 3.82 bilion unit bernilai RM2.47 bilion daripada 2.99 bilion unit bernilai RM1.99 bilion pada Jumaat lepas. - Gambar fail/Bernama
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711260576_SuruhanjayaSekuriti.jpg)
SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO
SC memberi amaran kepada orang ramai mengenai penipuan pelaburan yang menjerat pelabur dengan saham pra-tawaran awam permulaan (IPO) syarikat yang ingin disenaraikan di Bursa Malaysia.
![Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.43 mata kepada 1,616.75 daripada paras penutup 1,615.32 pada Rabu.
![Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street
Pada 9.12 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.18 peratus atau 3.02 mata kepada 1,618.34 daripada paras penutup 1,615.32 semalam.
![Bursa Malaysia ditutup kukuh, indeks komposit naik 1.08 peratus Bursa Malaysia ditutup kukuh, indeks komposit naik 1.08 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia ditutup kukuh, indeks komposit naik 1.08 peratus
Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini, disokong oleh belian berterusan dalam persekitaran sentimen global yang bertambah baik, kata seorang penganalisis.
![Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street
Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan lebih positif, menjejaki prestasi peningkatan semalaman di Wall Street.
![Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit susulan aktiviti pengambilan untung pada sesi akhir dagangan hari ini, diseret turun oleh indeks wajaran tinggi yang diterajui kaunter telekomunikasi.
![Bursa Malaysia dibuka tinggi lepasi paras 1,600 mata Bursa Malaysia dibuka tinggi lepasi paras 1,600 mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi lepasi paras 1,600 mata
Bursa Malaysia dibuka tinggi melepasi paras psikologi 1,600 mata pada Selasa, didorong pembelian semasa harga murah.
![Bursa Malaysia dibuka rendah Bursa Malaysia dibuka rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang lemah.
![Bursa Malaysia dibuka rendah Bursa Malaysia dibuka rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.70 mata kepada 1,583.24 daripada 1,584.94 pada Khamis.
![Bursa Malaysia dibuka tinggi sebelum alami penurunan Bursa Malaysia dibuka tinggi sebelum alami penurunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi sebelum alami penurunan
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.71 mata kepada 1,587.24 daripada 1,590.95 ketika ditutup pada Rabu.