"Saya terdengar bunyi dentuman kuat beberapa kali sebelum melihat serpihan besi pencangkuk kren terjatuh dan menghempap kereta Perodua Kelisa di depan saya", demikian menurut seorang saksi kejadian seorang pemandu wanita yang maut akibat dihempap besi kren di Jalan Raja Chulan, di sini malam tadi.
Pemandu yang hanya mahu dikenali sebagai Elizabeth, 34, berkata ketika kejadian beliau sedang memandu selang beberapa kenderaan di belakang kereta mangsa dan sempat mengelak daripada turut terlibat dalam insiden pada 7.20 malam itu.
"Saya nampak orang ramai bertempiaran lari dan menyelamatkan diri melihat sebahagian besi kren jatuh dan menghempap kereta Kelisa itu," katanya ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian di sini, malam tadi.
Beliau berkata pemandu lain sempat mengelak dan menyelamatkan diri masing-masing, namun pemandu Kelisa tersebut tidak sempat menyelamatkan diri kerana kejadian berlaku begitu pantas.
Sementara itu, seorang penunggang motosikal Hafiz Zakwan, 29 yang turut menggunakan laluan itu, memanjatkan kesyukuran kerana tidak terlibat dalam kejadian malang tersebut.
"Saya berharap pihak pengurusan pembinaan ini akan lebih berhati-hati dan mengutamakan keselamatan semasa melakukan kerja pembinaan," katanya.
Dalam kejadian 7.20 malam tadi, mangsa Chim Khoo Sing, 24, berasal dari Pulau Pinang maut akibat dihempap serpihan besi kren seberat 1,000 kilogram yang jatuh dari tingkat 20 bangunan hotel yang sedang dalam pembinaan di Jalan Raja Chulan itu.
Menurut polis mangsa maut serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di tengkuk, dada dan rusuk kanan.
Wanita berkenaan yang berpakaian pejabat itu dipercayai dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan iaitu membunuh tanpa niat.
Bernama
Thu Aug 25 2016
![Bunyi dentuman kuat, sebelum besi pencangkuk kren jatuh hempap pemandu - Saksi Bunyi dentuman kuat, sebelum besi pencangkuk kren jatuh hempap pemandu - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/71472131293_krenjalansultani.jpg)
Dalam kejadian 7.20 malam tadi, mangsa Chim Khoo Sing, 24, berasal dari Pulau Pinang maut akibat dihempap serpihan besi kren seberat 1,000 kilogram. - Foto Astro AWANI
![Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721123744_tokandadah.jpg)
Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.
![Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719354914_Destroyedbuildings.jpg)
Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB
Beliau berkata tahap pertempuran dan kemusnahan yang melampau di Gaza tidak dapat difahami dan tidak boleh dimaafkan.
![Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721121786_MuhyiddinYassin.jpg)
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
![Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712376317_TujuanForensik.jpg)
Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas
Gen HNF4A (Hepatocyte Nuclear Factor 4 Alpha) didapati akan berhenti berfungsi pada tubuh pesakit kanser pankreas.
Pantau Agenda Reformasi: Potensi dan cabaran percambahan e-Sukan di Malaysia
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Selangor
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
Jualan kereta di Malaysia diunjur cecah 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melakukan semakan semula berkaitan sasaran jumlah keseluruhan industri (TIV) kepada 765,000 unit berbanding unjuran awal 740,000 unit untuk 2024. Semakan dibuat disokong oleh persekitaran ekonomi yang positif dan jumlah tempatan tertunggak yang masih berada pada tahap yang baik
Kementerian Digital cari kaedah kurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois
Kerajaan sedang mencari kaedah mengurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) selepas sistem itu diwajibkan untuk semua perniagaan pada 1 Julai 2025
Perbelanjaan pengguna dijangka meningkat tahun ini
Perbelanjaan Pengguna Malaysia dijangka meningkat sepanjang tahun ini
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
![Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721123609_lokasi.jpg)
Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian
Suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat, bagi memperketatkan undang-undang berkaitan buli siber.
![Tidak sempat lari, lelaki maut dihempap kayu balak Tidak sempat lari, lelaki maut dihempap kayu balak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631605861_Mautdihempapbalak.jpg)
Tidak sempat lari, lelaki maut dihempap kayu balak
Mangsa Musa Baco Tang, 46, dihempap kayu balak ketika cuba membuka ikatan pada lori yang membawa muatan kayu dalam kejadian di Kampung Kalabakan
![Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51622047173_pokoktumbang.jpg)
Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang
Seorang penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh berhampiran Taman Templer pada Rabu.
![Pekerja kilang warga Myanmar maut dihempap kren Pekerja kilang warga Myanmar maut dihempap kren](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71606747612_garisanpolis.jpg)
Pekerja kilang warga Myanmar maut dihempap kren
Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang Syamzul Razman Abd Halim berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 8.23 malam.
![Gempa di Turki, Greece ragut 26 nyawa setakat ini Gempa di Turki, Greece ragut 26 nyawa setakat ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81604125622_GempaBumi.jpg)
Gempa di Turki, Greece ragut 26 nyawa setakat ini
Gempa yang melanda pada Jumaat petang menyebabkan bangunan di Izmir, kota ketiga terbesar di Turki runtuh malah turut mencetuskan tsunami kecil di daerah Seferihisar dan Samos di Greece.
![Kereta dihempap pokok ru, suami isteri selamat Kereta dihempap pokok ru, suami isteri selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71602550004_HempapKereta.jpg)
Kereta dihempap pokok ru, suami isteri selamat
Sepasang suami isteri terselamat selepas kereta yang dinaiki mereka dihempap sebatang pokok ru.
![Wanita nyaris maut kereta dihempap besi menara kren Wanita nyaris maut kereta dihempap besi menara kren](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61600568068_TBHEMPAPKRENx.jpg)
Wanita nyaris maut kereta dihempap besi menara kren
Mangsa berusia 25 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Myvi dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
![Lelaki maut dihempap traktor di Beaufort Lelaki maut dihempap traktor di Beaufort](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/61597281372_TBMAUTTRACTOR.jpg)
Lelaki maut dihempap traktor di Beaufort
Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa Abdul Hamid Rajja, 69 tahun, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala serta leher.
![Lelaki maut dihempap pokok sewaktu hujan lebat dan angin kencang Lelaki maut dihempap pokok sewaktu hujan lebat dan angin kencang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/61566725545_kedahribut.jpg)
Lelaki maut dihempap pokok sewaktu hujan lebat dan angin kencang
Seorang penunggang motosikal maut dalam kejadian hujan lebat beserta angin kencang melanda negeri Kedah pagi ini.
![Tiga maut direnjat elektrik, cuba bantu wanita hamil dihempap tangga runtuh Tiga maut direnjat elektrik, cuba bantu wanita hamil dihempap tangga runtuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/71563692093_runtuh.jpg)
Tiga maut direnjat elektrik, cuba bantu wanita hamil dihempap tangga runtuh
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Selangor kejadian pada tengah hari Ahad itu turut melibatkan seorang lelaki warga Indonesia.
![Dua maut, tiga cedera dihempap tiang dan kerangka bumbung bangunan Dua maut, tiga cedera dihempap tiang dan kerangka bumbung bangunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81550229707_RUNTUHAN.jpg)
Dua maut, tiga cedera dihempap tiang dan kerangka bumbung bangunan
Dua pekerja binaan maut manakala tiga lagi cedera parah dalam kejadian runtuhan tiang dan kerangka bumbung bangunan yang masih dalam pembinaan di kawasan perindustrian Perai, Perai pada Jumaat.